CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

2 Sarjan Sejoli Kantoi Khalwat

23-1-2014 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11888| Komen: 54

Description: Pendakwa Syarie Jais Shafezan Rusli Dalam Hujahnya Memaklumkan Mahkamah, Tertuduh Sebagai Penguat Kuasa Seharusnya Lebih Tahu Undang-Undang Dan Menunjukkan Contoh Kepada Masyarakat.

Zainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam.


Kuala Selangor: Dua anggota polis berpangkat sarjan masing-masing didenda RM3,000  Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah di daerah ini, Ogos lalu.

Mohd Che’ Puteh Omar, 29, dan pasangan Zainurul Azilawaty Azizan, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Taman Paduka, di sini, 19 Ogos tahun lalu, jam 5.55 pagi.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 29(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes  diakui benar  kedua-dua tertuduh, mereka ditahan Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang menyerbu  rumah itu hasil maklumat  awam.

Ketika ditahan, tertuduh lelaki duduk di ruang tamu dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram.

Sementara itu, Mohd Che’ Puteh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan sudah berkahwin dengan Zainurul Azilawaty selain isterinya mengandung.

Malah, dia juga menghantar representasi kepada pejabat agama untuk menggugurkan kes sebelum dibicarakan, namun ditolak.

Zainurul Azilawaty pula merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia mengandung dan digantung kerja.

Pendakwa Syarie JAIS Shafezan Rusli dalam hujahnya memaklumkan mahkamah, tertuduh sebagai penguat kuasa seharusnya lebih tahu  undang-undang dan menunjukkan contoh  kepada masyarakat.

Tegasnya, walaupun mereka sudah berkahwin, namun, satu hukuman sewajarnya perlu diberikan  agar tidak diulangi  masa akan datang.

“Tidak kira apa pekerjaan (tertuduh), tetapi perbuatan itu boleh menyebabkan fitnah selain mencalarkan imej anggota penguat kuasa di mata masyarakat,” katanya.

1

Bagus
2

Marah
49

Terkejut

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 23-1-2014 07:26 AM
Lor masa buat x teringat nak nikah bagai ...
Quote nurul_akmar 23-1-2014 07:44 AM
aku rasa ringan betul hukuman berkhalwat ni. kebyakkannya byr denda je
Quote gaara_X 23-1-2014 07:59 AM
ada yang kita leh percaya..and banyak yang jenis pandai makan but akhirnya kantoi.....
Quote Bell 23-1-2014 08:08 AM
Siapa yg report? Mesti jiran-jiran kan? Dan jiran-jiran bukannya perasan kalau buat sekali dua (pengalaman sendiri). Mesti dah selalu mereka buat.
Quote tongkatwaran75 23-1-2014 09:11 AM
bertaubat...
mulakan penghidupan baru...
tapi keje kena gantung ker buang ?
Quote saGOO_Return 23-1-2014 09:34 AM
kome tu polis...tunjuk le teladan elok sikit
emmmm ngesek hotel mane best?
Quote biggirlduncry 23-1-2014 09:35 AM
menyampah aku bila baca rayuan alasan mereka-mereka ni,
masa sedap tak memikir lak
bila dah tertangkap, mula la rayu itu ini...
Quote solstice 23-1-2014 09:46 AM
Apa jadi ngan kerja depa?
Masa intebiu bukan main sanggup bulan bintang
Dah keja mula lah buat perangai
Quote RedClip 23-1-2014 09:51 AM
macam2x hal
Quote Z77 23-1-2014 09:52 AM
takde detail lak macam kes guru besar sama guru... ini macam diskriminasi jer...kami mau detail..
Quote twins 23-1-2014 10:06 AM
ada jugak hikmahnya dorang di tangkap khalwat tu.... sekurangnya kesan dari kes kena tangkap dorang bernikah... Alhamdulillah... dah kurang 'mangsa' nak digoda dek syaitan
Quote Bell 23-1-2014 10:08 AM
tongkatwaran75 posted on 23-1-2014 09:11 AM
bertaubat...
mulakan penghidupan baru...
tapi keje kena gantung ker buang ?

Takdenya kena gantung, buang. Habis kuat kena tukar atau kena pindah dept. Pegawai polis terlibat money laundering RM6 juta kena tukar jer..

Quote dahliateck 23-1-2014 10:26 AM
alah 6k jer pun, ringan sgt nyer pun
Quote annehuda 23-1-2014 10:31 AM
   Ketika ditahan, tertuduh lelaki duduk di ruang tamu dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram.

    Sementara itu, Mohd Che’ Puteh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan sudah berkahwin dengan Zainurul Azilawaty selain isterinya mengandung.


   Malah, dia juga menghantar representasi kepada pejabat agama untuk menggugurkan kes sebelum dibicarakan, namun ditolak.


   Zainurul Azilawaty pula merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia mengandung dan digantung kerja.


kawen lari tak daftar kt malaysia ke ni? subur betul die ni bini dua-dua sekali mengandung.
Quote tongkatwaran75 23-1-2014 02:12 PM

Zainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. - Foto Sinar Harian
Quote Maideen. 23-1-2014 04:06 PM
Semoga duit RM6,000.00 yang dikutip dapat di salorkan kepada Baitulmal supaya Baitulmal dapat menjalankan program program untuk mempamirkan keindahan Isle agar dapat menarik ramai kafir kafir laknatullah untuk masuk Isle dan mendapat cahaya kerahmatan.....
Quote tapibukanaku 23-1-2014 04:51 PM
lahaiii...macam2 alasan
Quote gede-bab 23-1-2014 05:25 PM
dua2 sarjana ni memang bodoh piang...kenapa milih khalwat...kalu kawen kan molek...nak 'bergasak' siang malam orang tak kisah...dah sabit  bersalah tentu kena buang kerja kan....
Quote sekngucing 23-1-2014 08:51 PM
melayu cuma pikir satu benda je siang malam

SEX
kaum lain sibuk baca buku/mentelaah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.272013 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top