CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Bunuh Kerana Kucing Ceroboh Rumah

24-1-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5875| Komen: 16

Description: Ampang: Angkara Kucing, Sepasang Suami Isteri Berusia 29 Tahun Diugut Bunuh Oleh Jiran Mereka Dalam Kejadian Di Taman Mulia, Di Sini, Kelmarin.



Ampang: Angkara kucing, sepasang suami isteri berusia 29 tahun diugut bunuh oleh jiran mereka dalam kejadian di Taman Mulia, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian  jam 1 pagi itu, jirannya yang berusia 30-an dikatakan mengugut pasangan terbabit selepas mendakwa kucing peliharaan mereka menceroboh rumahnya.


Sumber berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu sedang tidur sebelum dikejutkan dengan  ketukan pintu bertalu-talu selain bunyi bising di luar rumahnya.


Sebaik membuka pintu, seorang lelaki yang juga jirannya sudah berdiri di luar sambil memegang penyapu.


Lelaki itu kemudian memaki hamun pasangan suami isteri itu dan mendakwa kucing peliharaan mereka menceroboh rumahnya,” katanya.


Beliau berkata, pasangan terbabit kemudian menerangkan kucing peliharaan mereka tidak pernah dilepaskan daripada sangkar dan memberitahu, kemungkinan kucing liar yang masuk ke rumah jirannya itu.


Bagaimanapun, penjelasan itu tidak diterima sebaliknya lelaki terbabit terus memarahi mereka,” katanya.


Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian mengarahkan pasangan suami isteri itu supaya membuka jeriji rumah, namun mangsa enggan berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini.


Tidak berpuas hati, lelaki itu mengugut untuk membunuh pasangan terbabit sebelum melontar penyapu dipegangnya ke arah mangsa.


“Lelaki itu beredar dari rumah mangsa selepas pasangan terbabit menutup pintu rumahnya,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang kerana bimbang dengan ugutan berkenaan.


Harian Metro difahamkan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK).-

16

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ip_lepat 24-1-2014 07:09 AM
mental..........................
Quote Dewa19XKangen 24-1-2014 07:19 AM
tuan kucing kadang serupa pelaq,patut tu amik taruh gundi buang ujung taman,senyap2..
Quote nurul_akmar 24-1-2014 07:31 AM
alahai, kucing je pon. xyh la nak mengamuk mcm tu skali
Quote mommymonster82 24-1-2014 07:32 AM
Klu bela kucing silalah tahu uruskn najis2nya jugak...
Faham perasaan org tu klu kucing tu masuk berak dalam rumah...

Tp xpatutlah sampi nk ugut bunuh...huhuhu
Quote batmana 24-1-2014 07:33 AM
Cite sblah pihak
Ntah2

Ugut buang kucen - anggap bunuh pemilik kucen
Quote fire_place 24-1-2014 08:04 AM
aku paham org ni xthn sgt..mcm blkang umah dulu gaduh..
Kucing org kat situ berak kat rumah dia..dia xmengaku.
Tp mmg aku pun tau kucing dia..
Laki2 ni tak tahan sgt..dia amik batu bata baling kat pintu blakang
Laki2 ni xtahan coz dh lama pendam,lpstu kucing tu pecahkan pasu kesayangan ke apa..
Acik ni..bgaduh perang mulut dua org.acik ni org dh senyap..
Lpstu bakar lagi laki2 tu..pg maki kat umah dia.
Laki2 ni amik penyapu nak rodok mulut makcik ni,tahu ketetel lari.
Menjerit2 nak selamatkan diri.
Tp lawak sgt..sbb gaduh mcm budak2.
Sbbnya acik ni kejap maki,kejap masuk tutup grill larikan diri,pastu maki lagi.
Quote fire_place 24-1-2014 08:08 AM
batmana posted on 24-1-2014 07:33 AM
Cite sblah pihak
Ntah2

Ni mmg aku buat.
Sbb xtahan dgn kucing jiran.
Kencing dlm rumah.
Berak atas rak kasut,berak atas rumput hingga xtumbuh.
Xknlh rumah dia busuk,nk org lain busuk.
Xtau ke dosa bela haiwan tp xtau jaga..hingga menyakitkan hati jiran.
Dh banyak kali sgt.aku xtahan..mls nk bising.
Mak aku dtg..mak aku tangkap..buang kat pasar.
Jiran dok tanya..nampak x kucing banyak2.. mana tah hilang.
Kalo nk bela,bg makan,pastu lepaskan kucing berak umah org..
Jahat sgt perangai.
Quote CincinKristal 24-1-2014 08:59 AM
aku pun bela kucing gak...tp x penah lpas...mmg aku pasang jaring ijau keliling umah aku...so kucing2 aku x kluaq tp depa still dapat udara sbb jaring tu still dpt masuk udara...tp jiran aku ni hampeh plak...dok main2 jolok2 pakai penyapu plak...kucing aku baek2 dlm umah korang kacau...ptg2 aku dok dgr depa dok ngumpat aku plak....wakkk luuuuuu....manusia ni aku x paham jgk kekadang....bela kucing kurung dlm umah ko bising...kalo lpas ko pun bising....bela rimau biar makan korg bau tau...sorry ter-emo plak
Quote cheeky_meal 24-1-2014 09:10 AM
paling baik jgn dok bela kucenla..ayam ke itik ke lembu ke..klau rumah hang ada sebuah je kt ulu kampung hang nk bela gajah pun hang punya pasaila..tp ni ada jiran kena jagala adab2 jaga haiwan peliharaan..kampung aku dulu dari aku pasti (macam tadikala tp berunsur islamik sket) sampaila la ni dah tua bangka adala lembu2 kambing sapa ntah dok berak tengah jalan lepak2 bagai..dh byk kali org xcident tmpat y sama pulak 2..klau sehari 10 org dok maki,
10(sehari)X30(sebulan)=300X12(setahun)=3600X10 tahun total = 36000 ( betul ke ak kira ni hehe)..
aku pun xtaula mai mana pahala tuan punya lembu 2 nk cover..huhu..
moral of da story : xyah dok gatai bela klau xtau nk jaga..pui!!!!
Quote mamapea 24-1-2014 09:14 AM
kwn aku dok rumah flat...jarak pintu rumah dia dgn pintu jiran depan dlm 1 meter jer..
yg tak tahannya jiran dpn bela kucing brp puluh ekor tak tau la..
bau jgn ckp la..mmg rasa nk muntah
terlalu busuk sgt2..nak mkn pun xde selera..
kesian kwn aku..mmg kena tutup pintu jer memanjang.
Quote BungaSaffron 24-1-2014 10:19 AM
macam la anjing tak berak merata, dahlah memekak tak kira masa pagi petang siang malam
Quote BungaSaffron 24-1-2014 10:21 AM
nah baca ni, aku cilok dari page pesbuk dunia kucing

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda juga boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Quote Cik_Eena 24-1-2014 10:23 AM
uih sampai ugut bunuh ni....mujurlah rumah jauh2 dgn jiran tetangga...siap berak atas syiling umah lak kucing mak ni sebab takutkan kucing jantan tua....
Quote im_cyclist 24-1-2014 10:32 AM
Alhmdulillah setakat ni,fmly aku bela kucg, x pnh lg tjdi yg buruk2 bgini.
Dok plak kt kg,kucg2 aku ni,mmg dlpskan..x de kurung2.
Membuang pun dlm longkang.
Quote amyainsamad 24-1-2014 10:37 AM
mental.......
Quote surwanis 27-1-2014 10:33 AM
alhamdulillah,..aku bela kucing..umah apartmen...sib baik jiran faham...sbb bkn aku je yg bela binatang..bru je start membela...
mmg ske kucing ni....ade jiran yg faham sesuatu yg bagus....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.091412 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top