CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Seronok! Rakam Anak Tengah Mandi

12-2-2014 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20417| Komen: 140

Description: Hukuman Itu Diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman Terhadap Tertuduh Yang Berusia 40 Tahun Selepas Mengangguk Faham Dan Mengaku Bersalah Pertuduhan Kes Yang Dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, ...

Tertuduh melarikan diri bagi mengelakkan gambarnya dirakam media.


AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.

Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.


Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.

“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.

Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.


Gambar hiasan

22

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lizaliza 12-2-2014 09:46 AM
dah tahu miskin, buat kerja tak senonoh...
ni silap tak silap gi rogol anak la ni..
species tak boleh diharap...
otak letak kat lutut
Quote ip_lepat 12-2-2014 09:46 AM
bapak setan...
Quote mixieleo 12-2-2014 09:46 AM
Bodoh piang!
Quote ad_hoc79 12-2-2014 09:47 AM
dia boleh buat duit ke dengan adanye video tuh
Quote sashin 12-2-2014 09:48 AM
sial punya bapak!mak dia patut mintak cerai saje
Quote dubuk 12-2-2014 09:48 AM
selangkah ke alam incest
Quote fifie_olin 12-2-2014 09:48 AM
mcm2 pangai jantan zmn skg...mmg dh x bole jd pemimpin kuarga lgsg...
ngan anak sendrik leh stimmm
Quote AdsMsia 12-2-2014 09:49 AM
kasi potong dia punya anu !!!!
Quote xtahumenahu 12-2-2014 09:50 AM
seb baik anaknya berkemban...kalo x????
Quote deananie 12-2-2014 09:51 AM
mula2 rakam, pas2 tu terkam.

nih yg jadi haruan makan anak ni.
Quote LENS2U 12-2-2014 09:51 AM
bahaya ni..mula2 merakam jer...lama2 nnti dia terkam pulak...
Quote wak_karman 12-2-2014 09:51 AM
tak salah la kalo budak2 skrg perangai mcm haram jadah

dah MAK BAPAK sekarang pun HARAMJADAH jugak kekdahnyaa





Quote shiro82 12-2-2014 09:52 AM
Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.


takkan 6 hari je?......bakal2 pewaris perogol dan perosak bangsa tu dah ada........agak2 la hukuman pun.
Quote mizzacu 12-2-2014 09:52 AM
apa perangai bapak cmnih???
Quote NyuNyu 12-2-2014 09:56 AM
Spesis ikan haruan ??
Quote d-7-0ne 12-2-2014 10:04 AM
dah lah miskin duit, miskin moral pula tu.
Quote vv2005 12-2-2014 10:07 AM
bongos punya owg..anak sendiri pun ada hati nak buat benda tak baik
Quote amiraira 12-2-2014 10:12 AM
bapak x de akhlak....
ni punca haruan mkn ank ni...

sian ank yg x tahu apa2...
jadi mangsa bapak sendiri...
Quote blinkazwa 12-2-2014 10:12 AM
So lepas 6 hari, dia boleh balik umah macam biasa?
then anak dia mesti rasa x secure.. unless mak dia mintak cerai dan keluar rumah bawak anak2..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059846 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top