CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nasha Aziz Buat Ujian Dna

20-2-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31940| Komen: 123

Description: Menghidapi Beberapa Penyakit Berbahaya. Jadi Apa Yang Saya Lakukan, Saya Mengambil Langkah Untuk Mengawal Penyakit-Penyakit Itu Dengan Terus Kekal Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.



Aktres dan supermodel terkenal, Nasha Aziz, 45, mendedahkan baru-baru ini beliau melakukan ujian pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai langkah penjagaan kesihatan dirinya sendiri.

"Baru-baru ini saya ada membuat ujian DNA. Selepas mendapat keputusan ujian itu, barulah saya tahu imunisasi badan saya tidak kuat dan saya berpotensi untuk menghidapi beberapa penyakit berbahaya. Jadi apa yang saya lakukan, saya mengambil langkah untuk mengawal penyakit-penyakit itu dengan terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat.

"Bila umur kita semakin meningkat, kadar metabolisma kita pun semakin menurun. Untuk kekal sihat dan nampak sentiasa segar, saya pastikan saya mendapat tidur yang cukup bersenam, saya juga mengambil suplemen berasaskan kunyit. Suplemen tersebut baik untuk sistem penceernaan sekaligus dapat membuang toksid dalam badan kita" katanya ketika diajak berkongsi rahsia dirinya kekal awet muda ketika ditemui baru-baru ini.



Perkembangan lain, Nasha bakal beraksi pada pementasan teater 'Di Bawah Lindungan Kaaba'h. Teater yang diadaptasikan daripada naskhah hebat nukilan Allahyarham Professor Dr Hamka ini bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 9 hingga 18 Mei depan.

Lebih menarik, dalam teater adaptasi arahan Rosminah Tahir ini, Nasha bakal bergandingan dengan pelakon popular Adi Putra selaku teraju utama.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ohsemmm 19-2-2014 10:37 AM
kelas kau...buat ujian DNA untuk ta kesihatan diri...
kalau banyak duit...apa pun boleh buat
Quote farah.noty 19-2-2014 10:37 AM
hidung nasha
Quote leftchopstick 19-2-2014 10:40 AM
cantik body dia..
Quote lyailya 19-2-2014 10:41 AM
gambo no 2 tu nmpk pelik plak....kecik btol muke..
Quote fifie_olin 19-2-2014 10:43 AM
dia ni smoking ke
Quote September14 19-2-2014 10:46 AM
Muka dia dh x secantik dulu la, mcm pelik...
Tp dressup dia lawa lah
Quote blackred99 19-2-2014 10:46 AM
hihihihidung..
Quote cammie1711 19-2-2014 10:47 AM
Kunyit tu bukan boleh cepatkan menopause ke?
Quote ais_kosong 19-2-2014 10:48 AM
aku suka minah nih...
Quote Innrukia 19-2-2014 10:51 AM
Sedia lawa....
Quote alesandra 19-2-2014 10:55 AM
dia berlakon di bawah lindungan ka'abah tu jadi zainab ke?bukan terlalu kertu meh tuk karekter tu?
Quote Delfina 19-2-2014 10:57 AM
dulu minat dia ni...tp skg...age gracefully plssssss
Quote nazurah 19-2-2014 10:58 AM
Nasha yang dulu lebih cantik daripada yang sekarang...
Macam pompuan Kpop dah...wajah asli dia lebih seksi
Quote PulutDereyan 19-2-2014 10:58 AM
naper makin lain je tgk dia ni..
idong nmpk lai.. pipi pun cm lain..
g edit ker??
Quote alesandra 19-2-2014 10:58 AM
cammie1711 posted on 19-2-2014 10:47 AM
Kunyit tu bukan boleh cepatkan menopause ke?

yeke?bukan kebanyakan jamu tradisional byk pakai kunyit?
Quote starcity 19-2-2014 10:59 AM
Nasha ni rasanya memang dari dulu amalkan pemakanan sihat. Dulu dia kata dia makan ikan Salmon utk jaga badan. Malam tadi tenguk drama Nek Tempawan kat TV2. Dia pegang watak Nek Tempawan tapi tak banyak dialog. Banyak guna ekspresi muka. Tapi memang muka dia dah lain sekarang
Quote Leonarzi 19-2-2014 11:00 AM
Bosan la adi bibird... Xde sapa nak tgk... Ambik la hero hero baru yg rembessss
Quote weeween 19-2-2014 11:01 AM
errr... pelik plk muka nasha skrg. hidung ngn pipi lain mcm. teknik solekan ka?
Quote _Lovesucks 19-2-2014 11:01 AM
Wah, makin tua makin aneh pulak mukanya.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070861 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top