CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mas Pecat Pramugara Dan Pramugari Kerana Berhimpun!

28-2-2014 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19261| Komen: 60

Description: Seramai Empat Kakitangan Malaysia Airlines (Mas) Telah Dipecat Kerana Didakwa Menyertai Perhimpunan Kesatuan Di Putrajaya Pada November Lalu, Kata Salah Seorang Ahli Kesatuan. Presiden Kesatuan Kebang ...



MAS Pecat Tiga Pramugari, Seorang Pramugara Sertai Himpunan Kesatuan


         
PETALING JAYA: Seramai empat kakitangan Malaysia Airlines (MAS) telah dipecat kerana didakwa menyertai perhimpunan kesatuan di Putrajaya pada November lalu, kata salah seorang ahli kesatuan. Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin yang juga telah dipecat berkata keempat-empat mereka telah menerima surat penamatan pada Februari.


Anggota Nufam mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu. Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan. Ismail, yang dipecat dua hari selepas perhimpunan tersebut berkata penamatan datang selepas surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada 30 anak kapal, termasuk anggota exco kesatuan berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan tersebut.


"Perhimpunan itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan MAS. Kami berhimpun untuk perkara-perkara melibatkan kesatuan," tegas Ismail.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Nufam berkata MAS telah menggantung Setiausaha Agung kesatuan Mohd Akram Osman, yang juga ketua pramugara syarikat penerbangan itu yang telah berkhidmat selama 25 tahun kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang sama dan kerana mengeluarkan satu surat pekeliling kesatuan menggunakan e-mel syarikat.


Kesatuan itu bagaimanapun berkata menghantar pekeliling melalui kemudahan e-mel syarikat itu telah menjadi amalan selama bertahun-tahun dan tidak pernah dipersoalkan oleh syarikat penerbangan itu.


Ia menggesa MAS untuk menarik balik semua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada 30 anak kapal. "Kami masih menunggu kementerian dan syarikat penerbangan untuk bertindak balas terhadap perkara itu," tambah Ismail.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 28-2-2014 05:58 AM
rugi pasal kena beli nasik lemak telanjang dari supplier
Quote diner 28-2-2014 06:15 AM
Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan.  

Agak2 la nak mc pown
Quote Al-Patih 28-2-2014 06:20 AM
pasai Lembaga Pengarah ..tak kono ..pecat ..pasai rugi ...
Quote pyropura 28-2-2014 06:43 AM
diner posted on 28-2-2014 06:15 AM
Agak2 la nak mc pown


hahaha...ni kantoi tahap gaban punya...
Quote magnus 28-2-2014 07:00 AM
Kerja kopitiam je lps ni
Quote asudau 28-2-2014 07:36 AM
depa dah lama tak merasa bonus...
Quote yusryimran 28-2-2014 07:50 AM
kesian nya lain kali MC ddk aje rumah ye
Quote blackred99 28-2-2014 07:56 AM
diner posted on 28-2-2014 06:15 AM
Agak2 la nak mc pown

pecat sbb tipu MC tu bukan ke biasa?

tapi ada tempat yg suruh staf resign 24 jam.
Quote nexusys 28-2-2014 07:56 AM
Kalau MC, tak ada sapa ada hak persoalkan apa yang kita buat. cuma kat Malaysia negara ke-3  jek still ada mentaliti MC tu sesuatu yang employer ada hak ke atas pekerja derang. Samada yang amik MC tu nak berak berdiri ke, nak kuar pi beli nasik lemak kat Madam Kwan ke, itu hak masing2, bukan hak employer untuk uruskan hidup pekerja dia. Sertai perhimpunan bukan hak MAS utk amik tindakan kalo staff dia MC. Mungkin dia MC atas sebab kesihatan lain yang mana dia masih mampu utk sertai perhimpunan.

Etika kerja di Malaysia masih lagi wujud kasta dan banyak melanggar hak-hak pekerja.

Sebab tu aku kata, Malaysia masih lagi negara ke-3 mentaliti caprut pprt mereka

p/s MAS ada hak utk amik tindakan kalau Pekerja menyalahguna hak reta MAS tu sendiri, macam email tuh. Selalunya syarikat2 ada rules dan bab2 IT dan Usage.... so fair in this case kalau amik tindakan pada pekerja sebab salah guna reta MAS Last edited by nexusys on 28-2-2014 07:58 AM

Quote pelukis.plan 28-2-2014 07:56 AM
4 orang kena pecat

tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan


so betul la MAS boleh buang sebab salah guna mc

kerana mengeluarkan satu surat pekeliling kesatuan menggunakan e-mel syarikat.


ni salah guna kemudahan syarikat
so MAS ada hak
Quote sup@rm@n 28-2-2014 08:04 AM
Mangkok hayon punya mas.
Kesatuan pekerja mas ni dah lame kene tindas. Ramai2 je kasik piket. Baru diorang tau bila takleh beroperasi langsung
Quote shernazz 28-2-2014 08:13 AM
hadek ipor aku kata dh lama MAS neh x bagi bonus

OT pung kene cut

ye ke?
Quote batmana 28-2-2014 08:18 AM
klu psl email je..ptutnya sorg je la kene pecat.

ni smpai yg ada mc pi pecat..wat pe?

Quote ell768 28-2-2014 08:20 AM
mc pergi perpiket??sengal sgt...
Quote mrsLucky 28-2-2014 08:23 AM
I pasti sebelum pecat HR dah buat homework boleh pecat ker tak...tengok appoiment letter segala..
otherwise nanti kena saman derang yang susah..
Quote airfilterrezza 28-2-2014 08:45 AM
wa bukan apa.

wa ingat diorang berhimpun anjuran pembangkang

Quote shamsadis 28-2-2014 08:46 AM
teringat kisah seorang cikgu amik MC semata mata nak teman isteri dia kempen politik kat Segamat aritu....
Quote jofizo 28-2-2014 08:48 AM
biasa la, mana2 co yg rugi akan cari alasan utk terminate pekerja...... nak offer vss byk kuar duit... so be careful la pada sesapa yg tgh dok keje kat co dlm kategori nih........
Quote kecimpret 28-2-2014 08:52 AM
ni dah cam pangai gomen kpd penjawat awam


Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.098189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top