CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

51 Gro Catwalk Sebelum Bertugas

7-3-2014 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8924| Komen: 26

Description: Menurutnya, Tiga Anggota Geng 08 Berusia Lewat 30-An Yang Ditahan Pula Dipercayai Menerima Bayaran Daripada Pengusaha Pusat Hiburan Itu Sebagai Pengawal Pintu Masuk Dan Dikenal Pasti Sebagai Anggota K ...
Kuala Lumpur: Seramai 51 pelayan wanita (GRO) warga asing dan tiga anggota geng kongsi gelap ‘08’ serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu   ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam.


Dalam  Op Cantas Khas bermula jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubah suai menjadi kelab malam itu.

Ketika diserbu, kebanyakan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan  ala ‘cat walk’ di pentas disediakan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita itu dipercayai  diperagakan di atas pentas sebelum dipilih pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga RM50.

Katanya, sebaik dipilih, wanita terbabit akan turun dari pentas untuk melayan pelanggan mereka di samping pelanggan itu juga perlu membelinya minuman dengan harga RM50.
“Semua 51 GRO warga asing berusia 20 hingga 30 tahun itu terdiri daripada 43 warga Thailand selain enam warga China dan dua warga Vietnam.

“Mereka ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi, semalam.

Menurutnya, tiga anggota geng 08 berusia lewat 30-an yang ditahan pula dipercayai menerima bayaran daripada pengusaha pusat hiburan itu sebagai pengawal pintu masuk dan dikenal pasti sebagai anggota kongsi gelap melalui tatu pada badan mereka.

“Buat masa ini, kita sedang menyiasat lebih lanjut mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan kongsi gelap selain menyemak rekod sekiranya ada terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah.

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek dikehendaki berhubung kes jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Sementara itu, Roslee berkata, serbuan itu   yang kedua membabitkan kelab hiburan sama. Sebelum ini, kelab berkenaan pernah diserbu pada 17 Januari lalu.

Katanya, operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha   membanteras dan mencegah jenayah.-myMetro






WANITA warga asing yang ditahan di pusat hiburan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-3-2014 06:41 PM
[youtube]LvGRMWYPejA[/youtube]



WANITA warga asing yang ditahan di pusat hiburan.

Quote lavacall 6-3-2014 06:42 PM
sebulan berapa rm lu habis ratah ayam ramli..??

Quote slavehunter 6-3-2014 06:44 PM
Calling2 for forumer yang suka ayam...sapa nama dia lupa la...dia suka ayam china :lol
Quote clarizsa 6-3-2014 06:48 PM
x abis2... hmmmm.. buatla pentas catwalk kt umah...
Quote dubuk 6-3-2014 08:22 PM
berapa ribu kondom saja untuk seekor ayam
Quote ciptaan_Awlah 6-3-2014 08:31 PM
o ayam nyam nyam
ayam ialah ciptaan khas utk ..
kalau para datuk dah penat jihad demi ketuanan bangsa kita
nyam nyam seketika utk releks mmg pahala besar
Quote AHMADVW 6-3-2014 08:33 PM
tangkap dulu,,,

nti bapa ayam kawtim ngan polis,

boleh land maaa

sedangkan engine  jet pun boleh lepas
Quote DianKdeja 6-3-2014 08:40 PM
Malaysia bakal menuju status negara maju dalam bab berjimba
Quote tongkatwaran75 6-3-2014 08:41 PM
[youtube]N-bNx1LyXx4[/youtube]
Quote noor2 6-3-2014 09:32 PM
tongkatwaran75 posted on 6-3-2014 08:41 PM

buruk ja muka lelaki ni.....ni yang artis tu kejaq..

Quote biosfree 6-3-2014 09:35 PM
Ketua geng bagi begaduh ngan pti indon...ngam tu
Quote tongkatwaran75 6-3-2014 09:40 PM
noor2 posted on 6-3-2014 09:32 PM
buruk ja muka lelaki ni.....ni yang artis tu kejaq..


muka camne la psgn ko...noor oiii ?
Quote mak_wa95 6-3-2014 09:45 PM
rosak masyarakat..
Quote BotakChinPeng 6-3-2014 10:03 PM
Kawan aku kenal gak salah sorang GRO tu.
Nama dia Kong Kek Kuat
Quote mariamaria 6-3-2014 10:04 PM
Meluatnya aku tgk video pasangan beruk tu..
Quote kambeng_masam 6-3-2014 10:13 PM
waaa...comel jugak ye baju yang dibagi dek pdrm untuk menutup tubuh seksi gro2 ni... mmg standby siap2 dah takut masa angkut naik trak nanti terdedah sana sini meruntun kepala bana abang2 polis pulak karang.
Quote mizlily 7-3-2014 11:32 AM
pesal byk sgt..
yg peliknye..dah lepas..pastu buat lagi....
Quote Simunggu 7-3-2014 11:35 AM
tapi lubang tu memang sodap....hehehehe
Quote Simunggu 7-3-2014 11:36 AM
tapi lubang tu memang sodap....hehehehe

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.080715 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top