CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Boeing 777-200 Boleh Terbang Bawah Radar

13-3-2014 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10813| Komen: 75

Description: Atm Mengatakan Terdapat Ufo Dikesan Dalam Radar Mereka. Tapi Ape Tindakan Yang Atm Ambil Terhadap Ufo Tersebut.



Boeing 777-200 boleh terbang bawah radar

SEPANG - Pesawat Boeing 777-200 boleh terbang di bawah radar selagi ada bahan bakar, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kebolehan pesawat Boeing 777-200 terbang di bawah radar.

"Boleh (terbang bawah radar) selagi ada bahan bakar," katanya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentang kekeliruan maklumat berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut MH370 dipercayai berpatah balik.


"Plot terakhir dikesan pada 2.15 pagi di Pulau Pinang. Ia adalah plot yang tidak dikenali. Ia terbang 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari aras paras laut.

"Saya tak kata ini (plot tak dikenali pada radar) adalah MH370. Dari awal kami kata 'ada kemungkinan'. Kami masih siasat," katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa meminta sedikit lagi masa untuk menyiadat perkara tersebut.


3

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sup@rm@n 12-3-2014 06:25 PM
Dah jadi barulah nak meraban. Tipikal melayu
Quote artgeex 12-3-2014 06:30 PM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak dapat mengesahkan rakit penyelamat yang dikatakan ditemui di Port Dickson adalah daripada MH370 yang hilang.

Setakat ini, APMM tidak dapat memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum memberi sebarang pengesahan.

"Kami tidak menerima sebarang pengesahan daripada MAS dan DCA.

"Pengesahan perlu dibuat oleh pihak berwajib, iaitu MAS dan DCA," kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish pada sidang media di pangkalan APMM di Pasir Puteh, hari ini.

Mohd Amdan bagaimanapun tidak menafikan APMM di Melaka melihat rakit tersebut tetapi gagal membawanya naik ke atas kapal.

"Bot yang menuju ke lokasi rakit dikatakan ditemui cuba bawa naik, tapi ia tiba-tiba tenggelam," katanya.

Usaha cuba membawa naik tersebut gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi dan ia terlalu berat.

"MAS sendiri perlu mengesahkan sama ada objek itu milik mereka atau tidak," katanya dan memaklumkan masih menunggu pengesahan MAS.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam. - 12 Mac, 2014.


MACAMANA MAS NAK SAHKAN OBJEK TU DARI PESAWAT TU KALAU KAU HILANGKAN BENDA ALAH TU HA???????????
Quote artgeex 12-3-2014 06:32 PM
alamak salah thread akakakaka
Quote pakweneelofa 12-3-2014 07:27 PM
ufo??? lol ufo pulak dah!?
Quote sahamboi 12-3-2014 07:30 PM
pakweneelofa posted on 12-3-2014 07:27 PM
ufo??? lol ufo pulak dah!?

UFO tu peswat yang tidak dikenal pasti. Bukan setakat alien, tapi mungkin juga mh370
Quote AdamBillionaire 12-3-2014 08:02 PM
artgeex posted on 12-3-2014 06:30 PM
MACAMANA MAS NAK SAHKAN OBJEK TU DARI PESAWAT TU KALAU KAU HILANGKAN BENDA ALAH TU HA???????????

wa gelak2 je tgk dia org punya bijak ikat pelampung bot guna tali putus...

yg penting gmbr muka tu ada..

hahaha.. adeh..



Quote freebird 12-3-2014 08:03 PM
nak percaya atm??? lanun sulu dah dah lama berkampung, atm relax je...
Quote gogo2 12-3-2014 08:07 PM
UFO Komersil yg masuk negara Malaysia tanpa kebenaran adalah ok.

Tiada SOP utk menghalang UFO komersil (haram) masuk Malaysia.

Jadi TUDM akan biarkan UFO Komersil tanpa kebenaran masuk Msia.

Sekian



Last edited by gogo2 on 12-3-2014 08:08 PM

Quote sahamboi 12-3-2014 08:12 PM
gogo2 posted on 12-3-2014 08:07 PM
UFO Komersil yg masuk negara Malaysia tanpa kebenaran adalah ok.

Tiada SOP utk menghalang UFO ko ...

Tapi adakah laluan yang digunakan oleh UFO komersil laluan yang biasa atau apakah UFO komersil boleh lalu mana2 jer dlm negara kita, yerla dekat udara bukannya ada garisan putus2 atau garisan berkembar ataupun divider.
Quote gogo2 12-3-2014 08:15 PM
sahamboi posted on 12-3-2014 08:12 PM
Tapi adakah laluan yang digunakan oleh UFO komersil laluan yang biasa atau apakah UFO komersil bol ...

Nampaknya melalui PC, kita boleh tengok bahawa UFO komersil boleh lalu dimana2 di atas Malaysia. SOP ialah tidak buat apa2.
Quote thome 12-3-2014 08:36 PM
Tak kira lah komersil ke tak, bila asal ada ufo mesti kena ada response.
Camne kalau ufo komersil yg dihijack utk langgar klcc ke?
Why malaysia, oh why?
Quote sahamboi 12-3-2014 08:37 PM
gogo2 posted on 12-3-2014 08:15 PM
Nampaknya melalui PC, kita boleh tengok bahawa UFO komersil boleh lalu dimana2 di atas Malaysia. S ...

Bila semua benda nak dirahsiakan inilah jadinya. Perbelanjaan pertahanan biliyon2 setiap tahun. Tapi tak tau la ape yang dibelanjakan, kenapa sampai begitu lemah pertahanan kita.
Quote mziskandar 12-3-2014 08:49 PM
spekulasi... ayat "kami mematuhi sop"
jgn kata ufo, makhluk asing bukak pasar malam mata pun gagal di-identifED.
..area51.
Quote AHMADVW 12-3-2014 08:52 PM
sedangkan engine jet xleh nak jaga dlm kem askar,

ni nak jaga radar
Quote payatengang 12-3-2014 08:59 PM
semua SOP yg ada nampaknya adalah SOP yg gagal atau terlalu byk kelemahan..
Quote Babai 12-3-2014 09:00 PM
Budak2 pengKAGUM yang ada bersidai kat blog malaysian military tak berani ke nak komen kat sini?
Quote thome 12-3-2014 09:00 PM
Bila dah jadi camni, semua pun nak 'save face' masing2.
Bila reporter tanya, semua bagi jawapan ambiguous , sbb tak nak citer kelemahan dari awalnya.
Last2 kantoi lagi haru.
Tengok kat forum antarabangsa semua kata betapa incompetent nya malaysia handle benda ni.
Especially bila handle media.
Org mula2 ingat mesti government tahu sesuatu tapi tak nak reveal sbb tertentu.
rupa2nya, tak nak reveal dari awal sebab ada kelalaian
Quote sahamboi 12-3-2014 09:33 PM
thome posted on 12-3-2014 09:00 PM
Bila dah jadi camni, semua pun nak 'save face' masing2.
Bila reporter tanya, semua bagi jawapan am ...

Bila ditegur bila dikomen bila dicaci macai2 kata kita tak patriotik nak dedahkan rahsia negara. Lepastu guna akta rahsia nak tutup kelemahan dan kecuaian mereka.
Quote brownstone 12-3-2014 10:02 PM
Jgn perleceh kehebatan tenteta kita...mampu ceroboh kem Singapore...tampal setem kat flag Singapore atas meja panglima depa bagai...

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072610 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top