CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam

14-3-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26805| Komen: 219

Description: Beliau Berkata, Amat Mustahil Untuk Kerajaan Membenarkan Upacara Yang Bertentangan Dengan Agama Islam Dan Khurafat Itu Untuk Dilakukan. Katanya, Dakwaan Yang Mengaitkan Bomoh Yang Terkenal Di Kalanga ...

Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.
Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BurningTimes 14-3-2014 01:13 PM
apa yang tak langgarnya dik sampai gigih kena bangangkan diri pegang kelapa bagai,
seolah2 berdoa dan sembayang itu tidak cukup
kena pegang kelapa sambil hayun sampan bagai baharu elohim nampak katanya.
Quote beatgirlX 14-3-2014 01:17 PM
hmmm....
ada ke hasilnya tok moh?
dah ada jawapannya??

tapi seyes berani ke dia nak saman??
Quote whadda 14-3-2014 01:21 PM
klo berani gi la saman Jakim... siap kuar statement lg... simbolik ape klo dah mendayung ke kiri ke kanan bagai... cam menurun je...
Quote Komrade 14-3-2014 01:22 PM
ketahian apakah bomoh ini???
Quote nazsh 14-3-2014 01:23 PM
Bodoh ker apa bomoh nii..dah sah2 kurafat..ada ati nk saman sendirik yg duk show pbuatan bodoh
Quote shayjr 14-3-2014 01:24 PM
harap bomoh ni disaman sbb guna tikar terbang di kawasan larangan.
Quote aechae 14-3-2014 01:36 PM
aku x tgk pn lg ritual nya....bodoh sgt ke??
Quote naina 14-3-2014 01:41 PM
So apa hasilnya ritu tokmoh?
ada jumpa ke
Quote mixed 14-3-2014 01:41 PM
jadikk jumpa tak kapaltebang nya bomoh hoooi
Quote chubcomel 14-3-2014 01:44 PM
hayoooo....tok moh...gegeh nak saman org kannn.....
Quote Lina66 14-3-2014 01:47 PM

Tapi naper buat ritual kat KLIA?  Why?   


pas tu samer plak pesen mcm citer Laksamana Do Re Mi..    baik2 org fikir positive trus jadi bahan gelak seanterio dunia..
Quote brokenhearted 14-3-2014 01:52 PM
adoyaiiii citer pasal tok moh ni lagi.....
Quote Lina66 14-3-2014 01:52 PM


amik korang...

thread sebelah citer pasal Cina mainland nak saman..

kat sini bomoh flying carpet pon nak saman gak...






Quote shernazz 14-3-2014 01:55 PM
saman la
yang pasti kelapa hijau memang legend la
Quote NadineNajmie 14-3-2014 01:55 PM
Sedeyhh tok moh hidup in denial.
Quote OmJualGas 14-3-2014 01:59 PM
idup raja bomo 1malaysia....
Quote misz_honey 14-3-2014 02:02 PM
masalahnye..berani ke bomoh karpet terbang ni nk menyaman bagai??
Quote Zielathefatlady 14-3-2014 02:02 PM
hahahaha.. adoi.. lawak antarabangsa tak habis2 tok moh ni
Quote perang_sivil 14-3-2014 02:03 PM
whadda posted on 14-3-2014 01:21 PM
klo berani gi la saman Jakim... siap kuar statement lg... simbolik ape klo dah mendayung ke kiri ke  ...

yeap .. kalau boleh saman sekali MAZA yang gelar 'Kerja Gila'.. ada berani ke dia?

Lihat semua komen(219)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top