alexandria_iz Publish time 16-7-2006 11:07 AM

epo nie selamat x makan kalo kita plan to conceive / makan masa tengah mengadung?

Unagi Publish time 16-7-2006 04:21 PM

nak tanya sikit kalau dah 2months pregnant, boleh tak ambil EPO? saya makan EPO dari Amway..

tad2200 Publish time 16-7-2006 04:56 PM

ya.. me quite interested jugak dengan EPO ni.. kalau nak ikutkan me dah 3 tahun kawin n so far takde petunjuk yg membolehkan me pregnant :(. but. my period memang tak betul. dah pegi hospital check n the doc kasi makan pill hormon for stabilkan hormon. so far kalau makan pill tuh ok la period every month kalau makan.., kalau tak makan maknanyer takkan ada la period. dah setahun lebih dok makan pil tuh tapi dok macam tuh jugak period come n go. last period macam lain skit.. so i refer to klinik. n the doc said maybe normal so ada la kasi asid folic but tak banyak just for 1 week. jadi skang dah dok baca dari page 1 sampai page 10 nih.. ermm.. sape2 boleh give me some advice bout this EPO tru my pm or can share anything personel. sedih la.. dah 3 tahun kawin still got nothing.

punchup Publish time 11-8-2006 04:07 PM

Originally posted by Ice_Q at 10-3-2005 05:33 PM
Friends, kalau tak silap ice..bovine bermaksud sumbernya dari lembu..:hmm:


aaahh bovine smber dr lembu, selalu pharmacist akan nasihat kita maksud dia...setahu saya bovine ok

Syd Publish time 11-8-2006 04:16 PM

Pelbagai khasiat pokok primrose

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/59/Primula_vulgaris.jpg/609px-Primula_vulgaris.jpg

PASTINYA ramai golongan wanita mengenali tumbuhan ini.

Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita.

Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama.

Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup.

Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau.

Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.

Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak.

Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang.

Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak apabila direbus seperti kentang.

Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus.

Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang amat berguna.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia.

Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.

Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.

Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme.

Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan.

Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut.

Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.

physics Publish time 7-1-2007 10:52 PM

tumpang tanye..epo nih untuk org dah umur 30 tahun keatas je ke..just tanye..nak tau

zerozone Publish time 8-1-2007 08:11 AM

Reply #246 physics's post

Boleh diambil pada semua peringkat umur...samada dah kawin ataupun belom kawin. Tapi orang lelaki jangan ambil herbs ini...saya pernah jumpa sorang lelaki yg mengamalkan herbs ni untuk chronic eczema...suaranya jadi nyaring & halus.

arabella_8 Publish time 14-2-2007 12:53 PM

baru jer beli EPO..buy 2 free 1..cosway punya...

fiktee Publish time 14-2-2007 02:16 PM

Dulu saya ada gak ambil EPO tapi sekarang dah berhenti sebab badan makin naik mungkin tak sesuai dengan saya kot

romashikin Publish time 16-2-2007 05:52 PM

Aku baru nak cuba.Pagi tadi beli kat guardian yang 1000mg jenama blackmore.   Nak cubalah orang kata elok diamalkan.

bobbie80 Publish time 6-6-2007 10:09 AM

aku pun nak try lah...coz biras aku nyer xperien senang lekat kalo nak anak....:hmm:

Utada_Hikaru Publish time 6-6-2007 10:35 AM

How does Evening Primrose Oil help you in getting pregnant?

Evening Primrose Oil or EPO helps women to produce more fertile quality cervical fluid also known as "egg white cervical mucus". This type of cervical fluid is fertile, thin, watery, clear and "stretchy" and easily aids the sperm to swim through the uterus and into the fallopian tube, and to the egg. Also, this type of fluid helps the sperm to stay alive for up to five days inside the fallopian tube, thus enabling conception to happen even if you don't have intercourse again by the time ovulation occurs.

If your cervical fluid is thick, brown or dry, it can obstruct or prevent fertilization. Some women are very dry, and have problems in producing an adequate amount of fertile quality cervical fluid. Drinking a lot of water and taking the Evening Primrose Oil or EPO can certainly help in the production of fertile cervical fluid in these women.

http://www.babyhopes.com/articles/epo.html

batricia Publish time 7-6-2007 12:35 AM

kalau nak ambik EPO, kena check betul2 gelatin utk capsule tu...
ambik yg confirm halal, mcm UPHA (Naturalle).

i penah terbaca somewhere, dia kata, kalau kat label tu tak ada mention dari mana source tu...biasanya ia dibuat dr pig bones. dan kalau ada tulis bovine...kita pun tak boleh terus ambik...bovine pun belum tentu halal, sebab kita tak tahu cara lembu tu disembelih...

ada juga gelatin yg dibuat dr vegetable (vegecaps), tapi i dah try cari, ada la, tapi tak byk choice....lagipun apa yg i tau, kalau dari vege ni, dia keras sikit, susah nak telan. (but still better than ambik yg tak halal).

masa mula2 nak makan epo dulu, jenuh check label kat setiap botol2 kat pharmacy, lenguh berdiri......yang confirm halal cuma UPHA je....(tak tau la kalau ada brand lain).

so...carefullllll.......!!!

tapi memang best makan epo ni, dulu i punya period cuma 1-3 hari je...even first day pun tak heavy langsung...tapi sekarang ni kadang2 sampai 2x sebulan...banyak pulak tu...

[ Last edited bybatricia at 7-6-2007 12:56 AM ]

mamalija Publish time 7-6-2007 02:55 PM

Reply #253 batricia's post

boleh tak anak dara amalkan mkn epo ni ????

Dilto Publish time 7-6-2007 03:07 PM

Reply #253 batricia's post

ye ke bat...
I suggest my sister yg ada masalah kulit ambik epo ni..nampak la dia ada amalkan tapi brandnya taktau la plak...main belasah aje..

sweetgurl Publish time 7-6-2007 04:28 PM

Saya pun amalkn makan EPO mmg bagus utk kulit, period & sengugut....sejak saya mkn epo kulit jadi cantik. I luv EPO:loveliness:

batricia Publish time 7-6-2007 08:41 PM

Originally posted by mamalija at 7-6-2007 02:55 PM
boleh tak anak dara amalkan mkn epo ni ????

boleh...no problem....

batricia Publish time 7-6-2007 08:59 PM

Originally posted by Dilto at 7-6-2007 03:07 PM
ye ke bat...
I suggest my sister yg ada masalah kulit ambik epo ni..nampak la dia ada amalkan tapi brandnya taktau la plak...main belasah aje..

i pun sama ada masalah kulit....tapi tak serius la...cuma gatal2 je...sebab i ada asthma...memang allergic dgn macam2 benda...kalau salah sikit...confirm gatal2 dan merah2 sana sini, kadang2 satu badan, 2-3 hari baru hilang. sekarang bila i ambik vitamin c + vit e + epo + garlic oil...nampak kurang, jarang gatal2. tak tau yg mana satu yang membantu...sebab ambik sekaligus.

tapi kalau epo ni, memang i tak nak stop la...nak continue je...memang best rasa sekarang ni...period pain pun tak ada...

adrienero Publish time 9-6-2007 11:55 AM

laki-laki boleh amik EPO ni tak?..tujuan utk kulit kering dan rambut...

kang aku amik datang period pulak haru..he.he;P

syahza Publish time 9-6-2007 12:01 PM

dulu syahza amik vege EPO dr 21st century tapi stop sbb malas nk bli.. hehe..

tapi arini syahza pegi bli carik 21st cent xde so syahza pun bli la 1 jenama lain, eurobio EPO 1000mg cold pressed..

a natural source of Gamme Linolenic Acid.. pakai vegicaps..

pengedar kt mesia ni: zuellig pahrma..


pengalaman masa amik EPO 21st century dulu, syahza ade baca kalo utk kulit elok amik 6000mg perday so syahza bantai makan smpi 6 bijik.. kulit mmg lembut.. sihat jer... tp rase mcm terlebeh dos lak bile baca topik ni ;P
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: Khasiat EPO [Evening Primrose Oil]


ADVERTISEMENT