owenkatz Publish time 17-3-2010 01:50 PM

dah start roboh. nampak masa naik monorel.
dunno bila settle roboh semua.

kalau lalu situ, nampak the small window for the prison cell, aku cannot imagine how can one survive such ordeal. sesak napas.

daiman Publish time 6-5-2010 10:24 PM

Post Last Edit by daiman at 6-5-2010 22:27

secara jujur aku katakan yg abg aku pernah dtempatkan dipenjara pudu ni sekitar tahun 1986 .selepas beberapa tahun dia dpindahkan ke penjara kajang iaitu d bilik akhir bersebelahan dengan bilik suami mona fendi..

penah byk kali abg aku citer..penjara pudu adalah penjara yg paling seram.berani mcm mana pun banduan tu,setiap org mesti ada cerita tersendiri tentang makhluk halus ni..

p:kat dalam penjara hari2 kita leh dengar suara2 rintihan golongan banduan ni..exp kat bilik akhir.bermcm2 kerenah,ragam dan tak lupa jgk yg berkaitan ngan makhluk2 halus ni..(ni abg aku la yg citer..)

amazed Publish time 10-5-2010 07:07 AM

Tapak Penjara Pudu dibangunkan

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0510/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_12.1.jpg

PEMANDANGAN tapak Penjara Pudu, Kuala Lumpur yang akan bertukar wajah menjadi pusat komersial terunggul tidak lama lagi. - utusan/Mohd Naim Aziz



IPOH 9 Mei - UDA Holdings akan melabur RM5 bilion untuk membangunkan Pusat Bandar Bukit Bintang di tapak bekas Penjara Pudu dalam program pembangunan Kuala Lumpur 2017, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar).

Beliau berkata, UDA sedang menyediakan pelan pembangunan semula kawasan seluas 8.6 hektar itu sebagai pembangunan bercampur dalam enam fasa yang melibatkan bangunan kondominium, hotel dan bangunan komersial.

"Satu pelan utama pembangunan itu sedang disediakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya terkemuka di Asia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, UDA akan memberi keutamaan pemilikan unit-unit kedai, kondominium dan bangunan kepada bumiputera.

Katanya, 60 peratus pemilikan dikhaskan kepada bumiputera manakala selebihnya akan dibenarkan untuk pemilikan bukan bumiputera.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, UDA belum memutuskan sama ada melaksanakan pembangunan tersebut secara bersendirian atau secara usaha sama. - BERNAMA

yumeina Publish time 10-5-2010 08:13 AM

kenapalah kerajaan malaysia nih lebih penting kemajuan dari memelihara tempat bersejarah kita nih? nak jadi mcm singapore ke malaysia nih....nak jadi sgt bandar moden...
tempat tuh blh dijadikan tempat tarikan pelancong atau lawatan bagi bdk2 skolah..bagi insaf sikit......

aku rasa sapa pi beli kondo kat atas tapak mih...misti tak lena tido...yelah..antu2 nih bukan senang nak halau....kita kaco tmpt dia....

zanna4eva Publish time 11-5-2010 01:38 PM

Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang?tertentu sahaja. ...
ranjer Post at 14-2-2009 15:36 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

hampeh ...sepenuh hati aku baca rupanya citer lawak.
n mesti amik dari mastika..lawak pisang kan..hampess:D

amazed Publish time 20-6-2010 01:16 PM

Tembok Penjara Pudu diroboh malam esok


2010/06/20

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.
Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkatdan siap sepenuhnya pada 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah.

Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Berikutan itu, pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama mendapati proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan malam esok pada jam 10 malam.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Katanya, walaupun bangunan itu pernah "menyimpan" mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya.

Chew Chong Huai, 52, berkata tindakan itu amat menyedihkan keranan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

“Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini adalah salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800,” katanya. - BERNAMA

ewaty Publish time 20-6-2010 01:25 PM

al kisahnya pada 698 masihi seorg pengembara arab membawa bekalan susu dari tanah arab ke sini..seda ...
gelupur Post at 9-8-2006 23:35 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ;P;P:lol: leee..wat lawak lee gelupur nie ahaks

skymania Publish time 20-6-2010 03:55 PM

lukisan kat penjara pudu tuh....tak silpa di lukis dlm taun 80-an ..seme banduan yg kes kene gantung yg lukis..derang pakai berus nyer ..penyapu lidi jeh..

_makcik aku citer..._ ehehe..:lol:

skymania Publish time 20-6-2010 03:58 PM

:L:funk:masa form 3 dolo..sekolah aku..buat lawatan masuk pudu jail.. tergedik2 aku pegi..
seram gler..kat dinding sel penuh ngan conteng2...:L

pastu orng penjara tuh tunjuk cara hukum gantung ngan hukum sebat..:L

pas balik dr lawatan..aku demam seminggu...:lol:

tp apa pon..pudu jail neh mmg sngt seram..dr umo 6 tahun dah lalu lalang depan penjara neh sbb pi sekolah dekat2 situh..:L lalu luar jeh la..masa umo 15 taun berpeluang masuk,,

mummyqis Publish time 21-6-2010 08:29 AM

malam ni penjara pudu akan dirobohkan...
lukisan(mural) yg ader kat dinding penjara tu berusia 100thun..

Syd Publish time 22-6-2010 01:17 PM

Reply 1# arishan24

            Rebahnya Sebuah Penjara Tua         
                     
Oleh IZRA ABD RAHMAN





MALAM tanggal 21 Jun 2010 menyaksikan satu-persatu serpihanbatu-bata dari tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter berusia 100tahun itu rebah, lalu menyembah bumi.

Saat dinding merekah, disusuli adegan jentolak 'menggigit' tembokbatu yang sebenarnya masih kukuh itu sehingga pecah, hampir 1,000 wargakota secara bersilih-ganti sudi meluangkan masa mereka melawat penjaratua itu bagi menyaksikan detik penuh bersejarah lagi dramatis itu.
        http://www.mstar.com.my/archives/2010/6/22/mstar_berita/pudu2.jpgSebahagian daripada tembok Penjara Pudu yang telah dirobohkan. Foto AZMAN GHANI



Rata-rata yang berkunjung ke situ mahu melihat detik-detik tembokpenjara itu ditumbangkan walaupun Penjara Pudu selama ini dilihatdengan pandangan kosong, bagai tidak memberi makna apa.

Malah ada juga yang menganggapnya sebagai tinggalan sejarah yang'menyemak', mencemar keindahan kota dan cuma mampu menyumbang kepadakesesakan lalu lintas.

Seawal pukul 8 malam, kelihatan orang ramai mula berkumpul di sekitar Penjara Pudu, terutama di gerbang utamanya.

Bagai menjadi perkara wajib, setiap seorang yang berada di situ samaada secara sengaja atau tidak sengaja, pasti akan mengeluarkansekurang-kurangnya telefon bimbit mereka untuk merakamkan gambar merekadi Penjara Pudu yang akan lenyap dari pandangan tidak lama lagi.

Pendek kata, Penjara Pudu yang selama ini sepi dan terpinggir,sekelip mata mempunyai ribuan peminat. Tidak keterlaluan juga dikatakanmalam robohnya Penjara Pudu umpama pesta bagi sesetengah warga kota.
        http://www.mstar.com.my/archives/2010/6/22/mstar_berita/pudu.jpg



Tepat pukul 10 malam, dua jentolak yang dibawa khas oleh kontraktoryang telah dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengangagahnya telah memecahkan tembok yang terbina daripada susunanbatu-bata dan simen yang dibawa masuk dari negara Britain pada tahun1891 dulu.

Ada yang bersorak 'hooray', tak kurang juga yang diam seribu bahasa, pilu melihat penjara yang tidak bersalah itu dirobohkan.
Ternyata, memang mudah untuk menumbangkan tembok penjara yang teguhitu. Dalam masa lebih kurang satu jam, hampir 30 peratus tembok usangitu tiba-tiba menjadi serpihan batu-batu halus.

Jika 'harimau mati meninggalkan belang', 'manusia mati meninggalkannama', Penjara Pudu yang berkeluasan 10 hektar dan dibiarkan sepiselama 14 tahun dulu meninggalkan apa pula untuk kita?

Kita mungkin boleh berbangga dengan rekod mural terpanjang di duniayang diabadikan di sepanjang tembok bekas tempat himpunan segala macampenjenayah itu, namun amat tidak wajar jika penjara yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur terus dibiar bersemadi di situ tanpadipelihara.

Zaman yang berubah, pembangunan pesat serta tuntutan masyarakat yangberterusan mendambakan kesenangan dan keselesaan pabila mereka beradadi tengah-tengah kota, khususnya semasa meluncuri jalan rayamembuktikan ada juga relevannya tindakan menumbangkan penjara yangmenyimpan 1001 kisah dan sejarah ini.

Bagi pencinta seni dan warisan misalnya, tindakan merobohkan penjara ini mungkin dilihat tidak wajar sama sekali.

Hj Piroz Ahmad, 60, ketika ditemui menyatakan kesedihannya bila manadia melihat jentolak membaham tembok Penjara Pudu tanpa rasa belaskasihan.

Dia yang juga pengusaha pasar mini sanggup menutup kedainya lebihawal dan menaiki LRT semata-mata mahu menyaksikan detik bersejarah ini.

"Saya sedih, tapi saya tiada kuasa untuk menghalang. Bagi saya, kitaperlu berbangga dengan tinggalan sejarah yang ada di negara kita,"katanya.

Menurut Hj Piroz, kerana terlalu cintakan seni, dia sudah punbergambar di hadapan Penjara Pudu 12 tahun lalu. Ketika itu kerajaancuma berura-ura untuk merobohkannya.

Sebagai kenang-kenangan, dia telah mengambil dan membawa pulang serpihan mural dan bata yang pecah.
        http://www.mstar.com.my/archives/2010/6/22/mstar_berita/piroz.jpg Hj Piroz Ahmad, 60, membawa pulang serpihan batu-bata tembok Penjara Pudu yang dirobohkan sebagai kenang-kenangan.



"Saya ambil ini tak bermaksud apa-apa. Saya cuma mahu simpan dantunjukkan kepada anak-cucu saya bahawa inilah serpihan batu daripadatembok Penjara Pudu yang satu masa dulu gah di negara kita," katanya.

Penjara Pudu kini tinggal memori. Segala apa yang tinggal hanyalahbaktinya. Bakti apabila tempat ini pernah menerima dan mengizinkanberibu-ribu penjenayah menghuni di dalamnya.

life_love Publish time 22-6-2010 03:20 PM

tak berantu ke kalo buat bangunan baru kat tapak penjara tu nanti.errr..musti keras punye..
nizam_syah82 Post at 8-7-2008 08:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    tula...kte nantikan je citer selanjutnye lpas projek tu siap...mesti mcm2 cter hantu kte dgr...

adi_iskandar Publish time 23-6-2010 02:34 AM

lepas BBGS, pudujail, besok2 diorang nak tolak VI pulak. tak caya tunggu la.

Syd Publish time 25-6-2010 11:26 AM

Post Last Edit by Syd at 25-6-2010 11:30

Reply 1# arishan24

Penamat riwayat Penjara Pudu
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0625/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg



MULUT dua buah jentolak itu dengan rakus memecahkan tembok tebal dihadapannya tanpa belas kasihan. Dalam sekelip mata tembok setinggi 4.5meter itu runtuh menyembah bumi.

Sisa-sisa runtuhan yang terdiri daripada ketulan batu-bata itu kemudian berebut-rebut dikutip oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk dibawa pulang.

Tindakan itu ada asasnya kerana tembok tebal yang dirobohkan itu bukan sebarangan bangunan. Ia merupakan sisa tembok Penjara Pudu yang satu ketika dahulu menjadi 'rumah' kepada sejumlah penjenayah yang antaranya paling terkenal dalam sejarah perundangan di Malaysia.

Antara yang diingati sudah pasti Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, seorang ketua penjenayah bersenjata yang digeruni sekitar 1970-an. Dia akhirnya digantung sampai mati di Penjara Pudupada 11 Jun 1981.

Seperti tamatnya riwayat hidup Botak Chin, begitulah juga yang akan dialami Penjara Pudu yang telah berusia lebih 100 tahun itu, apabila temboknya mula dirobohkan Isnin lalu oleh dua buah jentolak milik kontraktor Syarikat Pertama Makmur Sdn. Bhd.

Melibatkan 30 pekerja, syarikat tersebut merupakan pihak yang diberitanggungjawab untuk merobohkan tembok penjara itu selepas keputusan dibuat untuk tidak mempertahankan bangunan berkenaan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0625/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
PINTU gerbang Penjara Pudu dan dualukisan mural yang akan dikekalkan menjadi tinggalan sejarah untukdisaksikan oleh generasi akan datang.


Ternyata, selepas berdiri teguh selama 118 tahun (dikira daripada tahun ia disiapkan pada tahun 1982), bangunan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri kepada mereka yang tahu menilainya itu terpaksa'tunduk' kepada sesuatu yang digelar pembangunan.

Selepas tembok, bangunan itu pula secara berperingkat-peringkat akan dirobohkan keseluruhannya.

Tapak Penjara Pudu selepas ini akan dilingkari dengan bangunan moden gah sekali gus memegang status sebagai Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC). Pembangunan kawasan itu akan dimajukan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dengan melibatkan nilai pembangunan kasar RM5 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam pembentangannya di Parlimen baru-baru ini memberitahu kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, servis apartmen, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan premis perniagaan.

"Tapak Penjara Pudu ini bukan tapak warisan dan ia tidak akan dijadikan sebagai warisan. Penjara Pudu bukan sesuatu yang dibanggakan walaupun lama. Kerajaan juga tidak akan membangunkan muzium khas bagi penjara ini," katanya.

Projek itu dibahagikan kepada enam plot yang akan disiapkan dalam tempoh 10 tahun dan agihannya adalah 40 peratus untuk unit kediaman dan60 peratus komersial di samping projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah.


Bernilai ekonomi

Apa yang pasti, rebahnya Penjara Pudu ternyata sedikit sebanyak menimbulkan polemik tersendiri lantaran wujud pro dan kontra daripada pembangunan di tapak itu.

Walaupun bernilai sejarah, namun berada dalam radius segi tiga emas Kuala Lumpur, ternyata nilai ekonomi kawasan itu terlalu tinggi untuk dikorbankan demi sebuah lokasi penempatan banduan.

Melihat dari sudut yang positif, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid bersetuju dengan keputusan untuk memajukan tanah tinggalan Penjara Pudu.

"Kenapa perlu disimpan kalau ia tidak memberi sumber ekonomi danmanfaat kepada rakyat. Dengan status penjara, imej yang dibawa bukanlah sesuatu yang wajar dimegahkan untuk dikekalkan," ujarnya yang melihat pembangunan di kawasan tengah Kuala Lumpur itu akan membawa keuntungan ekonomi kepada negara.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr.Jariah Masud pula memberitahu, tiada siapa yang boleh menyangkal Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah, tetapi tiada siapa boleh menolak pembangunan.

Bagaimanapun pintanya, sebagai menghormati nilai sejarah seharusnya ada struktur-sturktur ditinggalkan agar generasi akan
datang tidak melupakannya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0625/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
LAKARAN artis mengenai projek pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang ihsan Kumpulan Senireka Sdn. Bhd.


Lambang ketamadunan

Menyorot pandangan peribadi pencinta sejarah bagaimanapun ramai yang mengakui berdukacita dengan keputusan merobohkan bangunan itu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Datuk Dr. Adi Taha memberitahu, secara peribadi dia kurang bersetuju apabila melihat bangunan nostalgik itu diruntuhkan. Baginya Penjara Pudu boleh dianggap satu warisan lambang ketamadunan negara dalam sistem pentadbiran yang berusaha membanteras jenayah ketika itu.

"Jadi, tindakan ini sekali gus menyebabkan satu bangunan khazanah warisan negara telah hilang begitu sahaja. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dalam aspek warisan, ia harganya tidak ternilai," luahnya yang kini merupakan Felo Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim melihat tindakan tersebut sebagai sesuatu yang merugikan.

"Terus-terang saya memang sedih dengan keputusan tersebut. Situasi itu menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia kini sanggup mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan.

"Ini bukan cara terbaik dalam melaksanakan pentadbiran negara. Nilai-nilai murni mengenai bangsa dan kepentingan mempertahankan warisan serta sejarah negara semakin terhakis," tegas Khay Kim ketika dihubungi Kosmo!.


Pintu gerbang dikekalkan

Bagaimanapun Penjara Pudu bukanlah dirobohkan dengan sewenang-wenang tanpa tindakan dokumentasi dan langkah-langkah
penting untukmengekalkan ia sebagai satu tinggalan sejarah negara.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0625/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
KERJA-kerja merobohkan tembok Penjara Pudu menggunakan dua buah jentolak bermula Isnin lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad memberitahu pihaknya telah membuat dokumentasi berbentuk gambar dan video sebelum tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Proses dokumentasi itu bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang oleh semua pihak.

"Malah, Jabatan Warisan sudah meminta agar pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural di bahagian kiri dan kanan pintu utama dikekalkan sebagai kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi masa depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat dan semua pihak bersetuju untuk mengekalkannya," jelas A. Ghafar.

mizsela Publish time 26-6-2010 04:38 PM

sayang sungguh...pernah buat lawatan ke penjara pudu...xde ape yng menakutkan kalau setakat wat lawatan..lain la nak tinggal kt situw....

KimoraHakim Publish time 26-6-2010 08:14 PM

sayang...tapi nak buat camana, pembangunan memerlukan pengorbanan...tapi at least pintu gerbang di kekalkan....untuk di kongsi di masa akan datang..

yumeina Publish time 28-6-2010 02:01 PM

rasanya dgn lihat gambar, dokumen tanpa berada di tempatnya ada dtgkan keinsafan atau kebanggaan ke pd generasi akan dtg?

kalu di US, akan dipelihara hingga bila2 sbb sejarah fizikal, adalah sesuatu yg blh di sentuh, dilihat sekelilingnya, bukannya berbentuk gambar atau dokumen....

norh8850 Publish time 3-7-2010 12:15 AM

sejarah x bole terbina dlm satu hari...:'(..
warisan bangunan sejarah tuh :cry:

shazuyi. Publish time 5-7-2010 12:19 AM

yg menarik lam penjara ni sume pakar ade,pakar curi kete,motor,pakar komputer,pakar wat umah,pakar repair kete sume ade.senang kot pihak penjara nak dapatkan bantuan depa:lol:..agak2 kunci kete ilang,cari depa la nak idopkan kete:lol:

jatiarjuna Publish time 5-7-2010 10:44 AM

sedihnyer kan...klo g jalan2 kl xpat la tengok penjara pudu g..lambang sejrah tuh..
n lukisan yg terpanjang tuh..pae salahnya kalo dorang recolour balik...hurmm
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7
View full version: Penjara Pudu -


ADVERTISEMENT