TanSriJess Publish time 1-12-2011 09:04 AM

Hanya 46 peratus wanita Malaysia yang bekerja

Penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini adalahhanya 46 peratus, satu kadar paling rendah di rantau ini berbandingnegara jiran pada 70 peratus, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliauberkata kerajaan menggalakkan golongan wanita tempatan terutamanya surirumah untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai usaha agar bilangantenaga kerja asing di negara ini dapat dikawal.

"Kementeriansedang memikirkan strategi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerjatempatan kerana negara memang ada tenaga tempatan yang masih bolehdigunakan tetapi memerlukan pelbagai sokongan dan insentif.

"Kitaturut menggalakkan rakyat yang boleh bekerja tetapi tidak bekerjacontohnya suri rumah, pesara, OKU dan pelajar ke pasaran pekerjaandengan mewujudkan peraturan kerja separa waktu iaitu kerja kurang darilapan jam tetapi masih mendapat hak sebagai pekerja antaranya kelebihanKWSP, SOCSO dan cuti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Beliaumenjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yangingin tahu kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asingberbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan dalamsektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran.

Maznahberkata kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing bersifatsementara dan berdasarkan statistik terkini pekerja asing yangberkhidmat di negara ini yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara(PLKS) berjumlah 1.8 juta orang.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/37/a9f170b694bbaa9e209855dd11dc4acf.gif"WalaupunMalaysia menjadi pilihan warga asing sebagai lubuk mencari rezeki,kerajaan tidak mengamalkan dasar terlalu terbuka kerana ia dikhuatirimenjejaskan peluang rakyat tempatan untuk meneroka pasaran pekerjaan,"katanya.

Jumlah guna tenaga yang bekerja di Malaysia pada masa ini ialah 11.7 juta manakala kadar pengangguran ialah sekitar 3.4 peratus.

Sektor seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pertanian adalah yang banyak menggajikan pekerja asing.

Maznahberkata mereka yang hendak mendapatkan golongan berkenaan sebagaitenaga kerja hendaklah berdaftar dengan portal JobsMalaysia dan melaluiproses Jobs Clearing System.

- Bernama

------------------------------------
ramaikah wanita yg selama ini diwar warkan sbg golongan majoriti di IPT lenyap begitu saja tanpa memasuki
pasaran kerja selepas grad?

adakah salah satu puncanya :
1- kualiti mereka utk memasuki pasaran kerja tidak memadai walaupon hebat di IPT?
2- Kawen dgn lelaki yg masih konservetif -- lps kawen keja awak hnya kat dapur n bela anak?
3- terlalu kurang peluang pekerjaan utk wanita?
4- atau memang malas nk berkerja?
5- ................. sebab2 lain?

TanSriJess Publish time 1-12-2011 09:07 AM

sy suka wanita yg berkerjaya

yg ada wawasan & yg ada motivasi

jgn duk asyik bergussip jer   :$:P :lol:

cyclotron Publish time 1-12-2011 09:14 AM

duduk rumah tetapi jadi pengasuh anak orang itu juga bekerja TSJ..

MsQuerida Publish time 1-12-2011 09:14 AM

wanita sekarang perlu menjadi wanita bekerjaya. lambang jati diri.

Samsung1.3mega Publish time 1-12-2011 09:37 AM

errr org pompuan kalau tak keje alamatnye kene pijak je la ngan lelaki zaman skang nih... keje bagus... gaji byk pon org laki leh kotak katik kan.... dunia....

TanSriJess Publish time 1-12-2011 09:41 AM

duduk rumah tetapi jadi pengasuh anak orang itu juga bekerja TSJ..
cyclotron Post at 1-12-2011 09:14 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    yelah jugak kan? sbb kpd wanita takde istilah " goyang telor" ;P

tp 46% ni adalah mereka yg memasuki pasaran kerja

surirumah walaupon hakikatnya juga berkerja x boleh diketegorikan sbg "pasaran kerja"

epal10 Publish time 1-12-2011 10:02 AM

Kalau nak suruh wanita tempatan bekerja untuk mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing, nak suruh wanita tempatan jadi amah ke?

Kalau nak diikutkan, semua wanita yg berpendidikan nak bekerjaya. tapi tgk juga rezekinya
mcm wife aku ada master dlm bidang sains perubatan, pergi temuduga dah banyak kali tapi takde rezeki nak dapat. At the end give-up, then duk umah sambil berniaga kecil-kecilan secara online untuk mengisi masa lapang di samping menjaga anak kecil.

neeria Publish time 1-12-2011 10:11 AM

rugi lah belajar tinggi2 tapi x keje..

iza.moha Publish time 1-12-2011 10:19 AM

Kalau nak suruh wanita tempatan bekerja untuk mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing, nak...
epal10 Post at 1-12-2011 10:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   klu jaga anak sendiri....dapat gak mgurangkan pgambilan amah....pjagaan/pdidikan anak2 lebih tjamin....   ibu2 yg bpendidikan x perlu hantar anak ke tusyen....boleh ajar sendiri....

iza.moha Publish time 1-12-2011 10:23 AM

rugi lah belajar tinggi2 tapi x keje..
neeria Post at 1-12-2011 10:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   mmg la rugi loan belajar pun kena byr gak.....:$

alahai Publish time 1-12-2011 10:27 AM

yelah jugak kan? sbb kpd wanita takde istilah " goyang telor"

tp 46% ni adalah merek ...

adakah salah satu puncanya :
1- kualiti mereka utk memasuki pasaran kerja tidak memadai walaupon hebat di IPT?
2- Kawen dgn lelaki yg masih konservetif -- lps kawen keja awak hnya kat dapur n bela anak?
3- terlalu kurang peluang pekerjaan utk wanita?
4- atau memang malas nk berkerja?
5- ................. sebab2 lain?




TanSriJess Post at 1-12-2011 09:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


macit masuk kategori dah malas nak kerja dan sebab2 lain;P

dedulu kerja pastu berenti, pastu kerja lagi pastu berenti lagi pastu kerja lagi pastu berenti terusss...

atira Publish time 1-12-2011 10:30 AM

masih ramai wanita malaysia yg nak jadi suri rumah... macam lisasurirumah :lol:
aku respek betul la...
aku cuti bersalin yg dua bulan tu je mati kutu tak tau nak buat menda kat umah :lol:

lasagnaklcc Publish time 1-12-2011 10:30 AM

yg join MLM masuk statistik wanita berkerjaya tak? :$

alahai Publish time 1-12-2011 10:33 AM

sesetengah orang ingat kalau jadi surirumah/tak bekerja nih, hanya dok goyanggg bontot jah kat umah...
macam saya, hantar /ambil anak sekolah, mengaji quran, tusyen anak2 saya buat sendiri....cumanya kerja nih tak bergaya pakai baju cantik2, mekap tebal2....takpa esok2 nak pakai mulut merah turang bundurang time hantar atau time ajar anak2;P

atira Publish time 1-12-2011 10:38 AM

sesetengah orang ingat kalau jadi surirumah/tak bekerja nih, hanya dok goyanggg bontot jah kat umah. ...
alahai Post at 1-12-2011 10:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    sbb tu aku respek yg jadi surirumah ni :D

atira Publish time 1-12-2011 10:39 AM

alaa.. aku yg keje ni pon tak kosa nak mekap2... pakai baju cantik2 singkat2 segala... last2 masuk bengkel :lol:

MelahJanda Publish time 1-12-2011 10:45 AM

wanita bekerja sektor awam bakal mengalami masalah bila skim sbpa dilaksanakan

ibu-ibu terutamanya selalu cuti, anak sakit atau anak exam
ibu-ibu tak boleh balik lambat. meeting dari kul 530 sampai kul 900 mlm misalnya, kena hadir separuh jalan saje, sebelum masuk maghrib dah kena balik rumah.

sebab itu ramai ibu-ibu tidak bekerja. aku pun takmo keje
tapi ada kaitan pulak dengan jumlah pendapatan isirumah. bila gaji sikit, ibu-ibu terpaksa bekerja membantu suami menyara keluarga. gaji sikit dan barang harga tinggi, masalah pengangkutan awam tidak efisyen, harga tadika sangat mahal, sekolah exam oriented menyebabkan terpaksa hantar tuisyen (kos lagi)

macamana kami ibu-ibu tidak bekerja? we cannot afford to be housewife.

hatilara91 Publish time 1-12-2011 10:59 AM

skrg ni ..keje ke atau tidak..mmg x mencukupi....harga barang dah naik gila2......klu gaji setakat seribu lebih..duk bandar.......mmg miskin....tpi bersyukur...ada gak duit beli barang...

epal10 Publish time 1-12-2011 10:59 AM

kalau kat jabatan aku ni, staf wanita lebih ramai berbanding lelaki. mungkin dalam 60:40. even dalam keseluruhan tmpat aku bekerja ni boleh dikatakan nisbah wanita berbanding lelaki adalah 70:30.

Time perhimpunan bulanan, 2 baris tempat duduk dipenuhi oleh staf wanita manakala 1 baris sahaja untuk staf lelaki. Rasanya wanita bekerjaya baik lebih tinggi berbanding lelaki agaknya.

TanSriJess Publish time 1-12-2011 11:09 AM

macit masuk kategori dah malas nak kerja dan sebab2 lain

dedulu kerja pastu berenti, past ...
alahai Post at 1-12-2011 10:27 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    takpe la macit...bleh la macit mengadap porum smbil masak2 {:smileo:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Hanya 46 peratus wanita Malaysia yang bekerja


ADVERTISEMENT