CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4177|Reply: 30

mengejek azan kemudian jadi muazin

[Copy link]
Post time 19-5-2016 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ibnur at 21-5-2016 12:13 PM

Assalamualaikum warahmatullah forumer sekelian.

Kita biasa sangat dan tahu muazin pertama di Masjid nabawi ialah Bilal Bin rabah r.a.  
Di masjid al-haram pula siapa muazin yang pertama?  Ini hadith dari kitab riwayat ibnu majah, hadith 215.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bashar dan Muhammad bin yahya keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim berkata; telah menceritakan kepada kami ibnu Juraij berkata; telah mengabarkan kepadaku Abdul aziz bin Abdul malik bin Abu Mahzurah dari Abdullah bin Muhairiz - anak yatim yang berada dalam asuhan Abu Mahzurah bin Mi'yar - tatkala dia mengirimnya ke Sham, lalu aku berkata kepada Abu Mahzurah:

"Wahai Paman, aku keluar ke Sham, dan aku ingin bertanya cara azan mu?"

Lalu dia mengabarkan kepadaku bahawa Abu Mahzurah berkata; "Aku keluar bersama beberapa orang, maka ketika di tengah perjalanan muazin rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan solat di sisi Rasulullah s.a.w.  Kami mendengar suara muazin dan kami menjauh sambil berteriak seraya menceritakan dan memperolok-oloknya.  Maka hal iyu didengar oleh Rasulullah s.a.w. hingga beliau mengirimkan beberapa orang kepada kami lalu mereka mendudukan kami dihadapannya."

Beliau bersabda "kaliankah orang-orang yang aku dengar suaranya meninggi?"

"Maka semua orang menunjukan kepada ku dan membenarkan.  Lalu beliau melepaskan mereka dan menahanku, setelah itu berkata kepada ku, "Bangun dan azanlah"."

"maka aku pun bangun, tidak ada sesuatu yang aku benci selain rasulullah s.a.w. dan apa yang dia perintahkan kepada ku.  Lalu aku berdiri di hadapan Rasulullah s.a.w. dan beliau sendiri yang mengajarkan lafaz azan kepadau ku."

Beliau bersabda, "Ucapkanlah AllahuAkbar AllahuAkbar.  Ash hadu an laa ilaaha illallah. Ash hadu an laa ilaaha illallah.  Ash hadu anna Muhammadan Rasulullah.  Ash hadu anna Muhammadan Rasulullah.

kemudian beliau bersabda kepada ku, "Keraskan suaramu ketika mengucapkan Ash hadu an laa ilaaha illallah Ash hadu anna Muhammadan Rasulullah"

"hai ya alassolah.  Hai ya alassolah.  hai ya alal falah.  Hai ya alal falah.  AllahuAkbar AllahuAkbar la ilahaa ilallaah."

"Selesai aku mengumandangkan azan, beliau memanggilku.  Beliau memberikan bungkusan yang di dalamnya terdapat perak."  

Kemudian meletakan tangannya di atas ubun-ubun Abu Mahzurah, melewatkannya di depan wajahnya, terus kepada kedua susunya hingga pada bahagian hatinya.  Bahkan tangan rasulullah sampai ke pusar Abu Mahzurah setelah itu bersabda, "Semoga allah memberi mu berkah disaat suka mahu pun duka."

"Maka aku berkata, "Ya Rasulullah, apakah engkau menyuruhku untuk azan di Makkah?"
"Beliau menjawab, " benar aku telah menyuruh mu".

"Maka segala sesuatu yang aku benci pada diri rasulullah s.a.w. menjadi sirnah dan berganti dengan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.  Kemudian aku datang kepada Attab bin Usaid, pegawai Rasulullah di Makkah, lalu bersamanya aku mengumandangkan azan solat berdasarkan perintah rasulullah".

Dia berkata; orang yang berjumpa Abu mahzurah telah mengabarkan kepada seperti itu, sebagaiman kabar yang disampaikan oleh Abdullah bin Muhairiz kepadaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal."

Hadis ini jelas "bertepatan dgn dalil ini".
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 19-5-2016 11:14 PM

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. "

"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik?"

Mengenai status hadis ini, penjelasan pada ayat sebelum dan selepasnya. Kita perlu faham, Alquran menjelaskan perkara dahulu, kini dan akan datang. Maka itulah jawapan utk "status" hadis ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya "perawi hadis" tidak lupa Alquran, maka hadis ini tidak akan sampai kpd kita.

Hadis ini direka semula oleh manusia. Itu sahaja penjelasannya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilal bin Rabah antara sahabat yg dihormati dan disegani oleh umat baginda Rasullullah saw pada zaman itu.  Malah, "mustahil" jika ada umat baginda ketika itu "mengejek" Bilal Bin Rabah.

Hadis ini tidak menjelaskan hal yg sebenarnya. Ianya "direka" utk "mengaburi" pandangan dgn tujuan meraih "tempat" menerusi hadis dan juga "kelebihan" pada ketika itu (sebagai umpan).

Kosa kata "terlalu detail".
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alquran itu petunjukNya. Ilham itu milikNya. Jika dihati memilih dunia sebagai tujuan, maka Allah akan ilhamkan apa yg dinamakan "petunjukNya".

Dahulu, kini dan akan datang. Itulah Alquran. Adakah "benar" bawaan hadis ini dari puak salafi? Fikir2kanlah sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya cukuplah ilmu yg bersaiz atom dari saya. Tak patut saya ganggu urusan "pemerintah" kerana mereka lebih "tahu" dari saya. Lagipun kita sudah ada pihak yg "berautoriti",ditugaskan oleh pemerintah. Selepas ini boleh tanya sendiri kesahihan "hadis2" ini dari mereka2 yg ditauliahkan oleh pemerintah.

Kang "pemerintah" tangkap saya kerana "mendustakan" hadis lak. Lebih baik tuan dapatkan kepastian dari para mufti dari menerima apa yg tak "berautoriti" dari saya ini.

Bubai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 09:26 AM | Show all posts
alasala replied at 19-5-2016 11:18 PM
Sekiranya "perawi hadis" tidak lupa Alquran, maka hadis ini tidak akan sampai kpd kita.

Hadis ini ...

Sila bertenang.  Hadith di atas sekali tu saya tulis semula sebiji sebiji dari kitab Sunan Ibnu Majah.  Oleh sebab tuan minta pengiktirafan JAKIM, inshaa Allah, di bawah saya berikan hadith kisah yang sama tapi diriwayatkan oleh Imam Muslim dan di copy dari website JAKIM.

Cara-Cara Azan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tarikh:  Jul 19, 2011
Riwayat:  Riwayat Muslim
Kategori:  Ibadah
Hadith:
Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali.



Tuan juga boleh rujuk kitab tafsir ibnu katsir, Surah al-Maa-idah, ayat 58.  Ibnu katsir menulis hadith Imam Ahmad yang serupa ceritanya.  Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2016 09:32 AM | Show all posts
alasala replied at 19-5-2016 11:09 PM
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat ag ...

Hadith berkenaan terdapat dalam beberapa kitab hadith.

Mungkin tajuknya mengelirukan dan saya minta maaf.  

Salah satu dari jalur hadith itu menyatakan pada masa itu Abu Mahzurah belum Islam dan memeluk Islam selepas saat itu.  Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 20-5-2016 11:32 AM
ibnur replied at 20-5-2016 09:32 AM
Hadith berkenaan terdapat dalam beberapa kitab hadith.

Mungkin tajuknya mengelirukan dan saya m ...


Yup. Saya setuju dgn keterangan ini.

Utk post awal tadi, sememangnya hadis itu bermasaalah sikit. Cuma "tidak salah utk dirujuk" kerana ada manfaat pada makna mengetahui "tatacara azan dan iqamat".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:13 PM | Show all posts
alasala replied at 19-5-2016 11:18 PM
Sekiranya "perawi hadis" tidak lupa Alquran, maka hadis ini tidak akan sampai kpd kita.

Hadis ini ...

Berikut adalah dari riwayat tafsir ibnu katsir.  Sural al-maidah ayat 58.

Abdullah Bin Muhairiz yang sejak kecil yatim diasuh oleh abu mahzurah berkata, "aku bertanya kepada abu mahzurah, 'ya ammi, saya akan keluar ke Sham, dan saya khuatir ditanmya orang tentang awal mulanya engkau jadi muazin, kerana itu ceritakan kepadaku'"

Maka abu mahzurah berkata, "saya keluar bersama kawan-kawanku dan ketika kamio di jalan yang menukju ke Hunain, bertepatan Nabi s.a.w. kembali dari Hunain, dan disalah satu jalan tiba-tiba muazin Nabi s.a.w. berazan.  Kami sedang santai bermain-main, lalu kami menjerit menirukan suara muazin sambil mengejek.  Tiba-tiba Nabi s.a.w. mendengar suara kami menyuruh orang menangkap kami, kemudian dihadapkan kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w. bertanya, "Siapakah yang bersuara lantang yang ku dengar tadi?"  Maka kawan-kawanku menunjukan kepada ku, lalu dilepas semua kawan-kawan ku dan aku ditahan, lalu diperintah berazan, lalu aku terpaksa berdiri azan walaupun aku sangat membencdi kepada Rasulullah s.a.w. yang menuntunku berazan:
Allahu Akbar 2x,
Ash hadu an la ilahaa ilalllah 2x
wa ash hadu anna muhammad rasulullah 2x
Hayya alasolah 2x
Hayyal alal falah 2x
Allahu akbar 2x
la ilaaha ilallah.

Setelah selesai azan, nabi s.a.w. memanggil ku dan memberi kantong berisi wang perak, kemudian nabi s.a.w. meletakan tanganya di atas ubun ubun ku dan terus diusapkan wajah, dada hingga pusat.  Kemudian berkata, "engkau telah aku angkat sebagai muazin di Mekah".  Dan hilanglah semua perasaan dalam hatiku berubah menjadi kecintaan yang sangat kepada rasulullah s.a.w.  maka aku sampai di mekah menghadap kepada Attab bin Usaid pegawai Nabi s.a.w. di Mekah maka aku menjadi tukang azannya menurut perintah nabi s.a.w.    ......  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 20-5-2016 10:13 PM
Berikut adalah dari riwayat tafsir ibnu katsir.  Sural al-maidah ayat 58.

Abdullah Bin Muhairiz ...

Hadis ini pun bermasaalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumanya, ada beberapa perkara boleh diambil sebagai rujukkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:39 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 10:25 PM
Hadis ini pun bermasaalah

Minta maaf, awak asyik kata bermasalah tapi tak jelaskan masaalahnya.  saya hanya menaip semula apa yang ibnu katsir dan ibnu majah riwayatkan.  kalau ada tak puas jhati atau tak suka atau kesalahan sila cakap terus terang.  jangan cakap ada masaalah kemudian diam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Persepsi penyampaian hadis mengenai dirinya (keturunannya) menjelaskan "sesuatu" yg boleh menyabitkan hadis dalam keadaan "gharib".

Tidak bermakna keseluruhan hadis boleh ditolak secara mentah2. Dan Allah menjelaskan agar "hadis mengenai azan" ini diperhalusi merujuk terus AlQuran terlebih dahulu.

Perkataan "tangkap" tidak menjelaskan kisah sebenar. Sedangkan hakikatnya "mengiringi" itu yg sebenar2nya. Kerana baginda Rasulullah tidak akan mengarahkan sahabat menangkap budak, akan tetapi mengiringi budak berkenaan. Dan penyampai asal hanya mendengar persepsi menurut hawa nafsu yg menyampaikan sebelum itu. Selalunya, baginda Rasullullah hanya mengusap umbun2 kanak2. Dan ini bermakna, ada penambahan utk menyedapkan hadis menurut hawa nafsu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 20-5-2016 10:39 PM
Minta maaf, awak asyik kata bermasalah tapi tak jelaskan masaalahnya.  saya hanya menaip semula ap ...

Ketika anda mengemukakan post ini, saya baru terfikir utk menjawabnya.

Maka terpulanglah utk menilai tiap yg diutarakan oleh saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifat manusia yg mahukan "sesuatu" suka menambahkan sesuatu. Inilah hakikatnya. Jika benar kisah "azan" itu, maka perlu ada kebenarannya di dalam Alquran.

Bila ayat 57 dan 59 menceritakan sesuatu, maka hanya perkara "Sunnah mengenai Azan" yg boleh digunakan. Selain dari itu, anggaplah "persepsi" dari periwayat itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 21-5-2016 01:33 AM

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

Kita semua wajar faham ayat ini gunanya utk apa tak begitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 12:11 PM | Show all posts
alasala replied at 20-5-2016 11:19 PM
Persepsi penyampaian hadis mengenai dirinya (keturunannya) menjelaskan "sesuatu" yg boleh menyabitka ...

Awak nak menyatakan salah satu perawi hadith itu dusta?  adakah status hadith itu maudhu' atau dhaif?  saya tidak menuduh sesiapa, bahkan mereka hidup bersama sahabat, tabien, tabie tabien.
penterjemah tafsir ibnu katsir guna 'tangkap' dan penterjemah sunan ibnu majah guna 'mengirim orang'...   pada saya itu bukan masaalah sebab itu semua terjemahan.  dan sekarang awak menyatakan mungkin ada pendustaan.  saya bukan pakar rijalul hadith dan sewajarnya kitab rijalul hadith tu awak rujuk dulu sebelum awak membuat kenyataan.  atau lebih baik jangan kata apa-apa sehingga jelas.  saya yang pada mulanya hanya menyalin semula hanya untuk menyampaikan sesuatu yang mungkin orang tidak tahu.

ada kah semua forumer tahu siapa muazin di Makkah yang dilantik rasulullah?
tahukan forumer bahawa dalam azan  dibolehkan melaung AllahuAkbar pertama hanya 2 kali?
Tahukah forumer bahawa yang besuara lantang itu diutamakan menjadi muazin?

lepas ini mungkin kena tanya awak dulu status hadith dari Musnad Ahmad dan sunan ibnu majah dahulu sebelum post di sini.

Untuk makluman hadith yang serupa boleh juga didapati dalam Musnad Ahmad dan An-Nasaie.  Mungkin mereka ada tulis samada perawi tu dusta atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 21-5-2016 12:11 PM
Awak nak menyatakan salah satu perawi hadith itu dusta?  adakah status hadith itu maudhu' atau dha ...

Saya ingin tahu dari anda.
1) Bukankah baginda Rasullullah saw itu "berakhlak"?
2) Alquran itu petunjukNya. Bukankah sepatutnya Allah menjelaskan "sesuatu" mengenai apa yg dibincangkan?
3) Jika ada "hadis mengenai kisah ini" dari Bilal Bin Rabah, bukankah hadis ini "pasti" ada kekuatannya? Masaalahnya "ada atau tidak?

Jika sesuatu hadis dari seseorg dgn berbagai2 view, adakah kita akan ambil "yg berkaitan" atau "yg tak berkaitan"? sedang "firmanNya" amat jelas?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.388396 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list