CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5729|Reply: 64

Osman Ali Rancang Sambung Sekuel Ombak Rindu. Yay or Nay?

[Copy link]
Post time 6-6-2016 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem, Osman Ali, mengaku menyimpan impian untuk menghasilkan judul susulan bagi filem cinta popular, Ombak Rindu.

Ketika ditayangkan pada penghujung 2011, filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae yang diadaptasi daripada novel berjudul sama itu berjaya mencatat kutipan membanggakan melebihi RM10 juta.

Sutradara itu sendiri menyuarakan keinginan berkenaan menerusi laman sosial Facebooknya beberapa hari lalu, selepas menonton kembali filem arahannya di sebuah saluran televisyen.

Bagaimanapun kata Osman, hasrat menghasilkan kisah sambungan Hariz dan Izzah sedikit terbantut apabila timbulnya beberapa masalah dalaman, yang enggan didedahkannya kepada umum.

Beliau begitupun masih berharap supaya jalan penyelesaian terbaik masih dapat dicari bagi membolehkannya kembali berkarya mengarahkan judul sekuel itu.

"Jika masalah berbangkit itu tidak wujud, memang saya dan rakan kongsi sudah beriya-iya mahu menghasilkan kesinambungannya. Cuma setakat ini, ia terpaksa ditangguhkan dulu.

"Saya bagaimanapun tidak pernah putus berharap semoga ada jalan penyelesaiannya. Sejujurnya, saya teruja untuk menghasilkan sekuel Ombak Rindu," katanya kepada BH Online.

Osman berkata, penulis novel berkenaan, Fauziah Ashari sejak awal tahun lagi sudah menghantar dua buku susulan kepadanya.

"Selepas membacanya pun, saya sendiri optimis untuk menghasilkan sekuel filem ini. Cerita ini ada hak cipta, jadi kalau hendak dihasilkan versi filemnya, memang kita kena ikut novel asal.

"Insya-Allah, ada rezeki, pasti saya akan kembali mengarahkan sekuel Ombak Rindu," katanya.

Kata Osman lagi, dua tunggak utama filem terbabit, Aaron dan Maya, juga tiada masalah untuk melakonkan kembali watak pernah dibawakan mereka dulu.

"Gandingan semula mereka pastinya ditunggu-tunggu. Selepas filem terbabit, setahu saya mereka tidak pernah berlakon bersama lagi.

"Kalau gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, daripada Kuch Kuch Hota Hai hingga Dilwale, mencipta sensasi tersendiri, saya juga membayangkan senario sama jika Maya dan Aaron kembali untuk sekuel ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Osman kini menyiapkan filem terbaharu, Pinjamkan Hatiku, membabitkan pelakon Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Katanya, kini hanya tinggal babak di New Zealand lakonan Ayda dan Farid yang perlu disempurnakan. Penggambaran membabitkan mereka berdua akan disambung di negara kiwi itu selepas Aidilfitri nanti, selama seminggu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 03:03 PM | Show all posts
cite lembu cmni pon nk bersekuel2. aku baca novel pon dh rasa boring. lagi nk bersekuel2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:23 PM | Show all posts
Nay....................nehi!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:24 PM | Show all posts
tlg la jgn
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:25 PM | Show all posts
hmmmm... pada aku cerita ni lambat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Syok sendiri nya pakcik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nay..x minat tgk film nya apatah lagi nak bersekuel2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Osman ali ni tak penat ke buat cerita cinta. Dah lah flop je semua ombak rindu je nasib baik laku sebab masa tu kurang lagi filem adaptasi novel.

Buat filem macam anak halal dengan bukak api macam dulu lah bang seman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh nayy please!
Lagi2 watak lisa bengis
Annoying
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolongla tak payah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:09 PM | Show all posts
citer dia  langit cinta gandingan keith foo ngan fazura mcm hampeh...
tp ombak rindu ngan pilot cafe ok2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yay pada yg minat
Nay pada yg bukan cam aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:14 PM | Show all posts
buat la bang Osman...tapi kompom flop giler2..sekarang bukan zaman dah filem2 mcm ombak rindu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nayyy!!!  meluat cite nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:27 PM | Show all posts
oh mai..nayy
versi novel ada sequel..nak juga versi filem..
dah2 la osman ali..dah la ko adjust smpai lari crita novel tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 6-6-2016 04:33 PM

Harun hajis dah tak laku mana pun.. muka lebar dah..nampak ketuaan beliau..udah2 la pak semang.... kompom flop

Cube pak semang wat cerita pondan kosmetik taubat nasuha atau niqabis peniup ubun2 ...cerita tu btul2 tgh in skrg neh...      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nayyy
Macam mana dia bule terfikir nak buat
Acik2 novel pun tak minat nak tengok dah
Sbb lagi suka layan adaptasi ke drama je
bule tengok lama2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 05:27 PM | Show all posts
Nay Nay
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by washere2 at 6-6-2016 06:01 PM

boleh puji la telefilem klasik seram Karya12 : Bidadari arahan Osman Ali di Astro Citra semlm lakonan Beto Kusyairy, Aiman Hakim, Tya Ariffin, Normah Damanhuri, Wan Hanafi Su...

ada kualiti sikit dia arah style gini
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 06:05 PM | Show all posts
penulis novel dia jgn la jadi bengap lagi yer..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075817 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list