CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: taksukapeanut

Misha Kongsi Gambar Anak Lelaki-Muhammad Idris Ezzwa #145

[Copy link]
Post time 31-8-2016 01:55 PM | Show all posts
Tahniah MishaOmar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tokyojuliet replied at 25-8-2016 11:23 AM
2.05kg.. kecitnyee babyy

Dah kata pramatang nok..standard size ler tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 08:48 PM | Show all posts
nape xde org mntak tgk pic baby.. selalu korang xnympat2 nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 31-8-2016 08:48 PM
nape xde org mntak tgk pic baby.. selalu korang xnympat2 nk tgk

Baby kecik sangat lagi. Selalunya tak nampak rupa sebenar lagi, nampak macam anak burung je. Tunggu besar sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:02 PM | Show all posts


mishaomar   #Repost @kosmo_online with @repostapp
・・・
[#AlbumKosmo] COMEL. Selepas seminggu melahirkan cahaya mata pertamanya pada 24 Ogos lalu penyanyi Misha Omar akhirnya berkongsi wajah anak lelakinya yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa untuk tatapan para peminatnya.
#bayicomel#idris#anaklelaki
#mishaomar
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:04 PM | Show all posts


mishaomar   #Repost @mstaronlineofficial with @repostapp
・・・
Penyanyi @mishaomar sedang merangkul anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa bersama suami, Firos Ezzwan Rosly serta doktornya Prof Dr Mohd Hashim Omar (kiri) selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada malam Khamis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ler misha..org slalu ckp aku mcm misha omar..dulu aku xsuka sbb sblum dia buat gigi tu dia xcun. Skang dia dah cantik, aku rsa bangga skit. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:09 PM | Show all posts

Misha beri nama anak



Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi popular Misha Omar memilih nama Muhammad Idris Ezzwa untuk bayi lelakinya yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Misha, 34, berkata, dia bersyukur apabila bayinya yang dilahirkan pra-matang itu sudah dibenarkan pulang malam tadi selepas seminggu dirawat di hospital.

"Sepanjang seminggu lalu saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu. Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang malam tadi," katanya.

Misha berkata, dia berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatan diri dan anaknya.

"Saya terharu apabila peminat turut berkongsi kegembiraan selepas dua tahun menanti untuk menimang cahaya mata sulung.

"Saya bersyukur keadaan kesihatan sudah semakin baik. Bagaimanapun masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baru sebagai ibu," katanya.

Misha melahirkan Idris di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Cheras, di sini, pada 24 Ogos lalu jam 10.20 malam.

Bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal, namun tiga minggu awal dari tarikh jangkaan.


http://www.hmetro.com.my/node/163750
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow nama anak. So nice la retis skrg pilih nama2 nabi. Idris, yusoff..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:14 PM | Show all posts
Muhammad Idris Ezzwa jadi kasih sejati terbaharu Misha Omar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Misha Omar, 34, bersyukur apabila keadaan kesihatan bayi sulungnya yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu semakin positif dan dibenarkan doktor untuk pulang, malam semalam selepas seminggu ditahan di hospital.

Bayi yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa itu dilahirkan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada  jam 10.20 malam.



Muhammad Idris Ezzwa semakin menunjukkan perkembangan positif. - Foto ihsan Misha Omar

Bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal, tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan selepas Misha, mengadu tidak selesa sebaik selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib.

Misha berkata, ketika ini keadaan ibu dan bayi sihat namun namun atas permintaan doktor yang merawatnya, Prof Dr Mohd Hashim Omar, mereka terlebih dulu tidak dibenarkan menerima kunjungan tetamu untuk memastikan bayinya bebas daripada masalah kesihatan.

Mengulas mengenainya, Misha berkata: “Sepanjang seminggu lalu, saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu. Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang pada Khamis malam.

Misha juga berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan anak.

Pada masa sama, Misha terharu apabila ramai yang turut berkongsi kegembiraannya dan suami menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Disebabkan doktor menasihatkan untuk tidak terlebih dulu menerima tetamu, Misha sedia berkongsi foto terbaharunya bersama bayi.

Misha bersyukur kerana keadaan kesihatannya juga semakin pulih dan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

* Idris ialah bayi sulung hasil perkahwinan Misha dan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly, 34, yang diijab kabulkan  pada 2 Mei 2014. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.


http://www.astroawani.com/berita-hiburan/muhammad-idris-ezzwa-jadi-kasih-sejati-terbaharu-misha-omar-115746
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:17 PM | Show all posts
@taksukapeanut   

mohon update tajuk please....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 10:20 PM | Show all posts
achik2009 replied at 2-9-2016 10:02 PM
mishaomar   #Repost @kosmo_online with @repostapp
・・・
[#AlbumKosmo] COMEL ...

Comelnya baby dia......
Tahniah misha....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cute sgt baby Idris
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh.. Gendutnya kapten firos...
Btw... Baby shumel sngt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 12:58 AM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 01:37 AM | Show all posts
nape lakinya xkcak mcm pilot aaron azjissss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Baby omeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempga besar nanti x segendut papa nyer..adui ..comel baby misha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot ke besar tu #jgnkecamsaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:03 PM | Show all posts
tahniah my senior
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.323528 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list