CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3173|Reply: 7

Cik B Menyakat Di Lubuk Jenggo

[Copy link]
Post time 25-3-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Cik B Menyakat Di Lubuk Jenggo


Malam itu bertemankan abang tiri saya, Lizam, kami mendayung sampan perlahan-lahan menuju ke lubuk yang terletak berhampiran perdu pokok nipah. Malam itu cuaca agak indah dengan bulan mengambang penuh. Kami tidak perlu menggunakan lampu suluh untuk sampai ke lubuk yang dituju. Cukup dengan panduan cahaya bulan yang memantul indah di atas permukaan air sungai yang beriak tenang.


“Sunyi pulak malam ini Nan,” kata Lizam kepada saya. Saya hanya mengangguk namun pandangan saya lemparkan pada barisan pokok nipah yang hidup subur di tebing sungai.

Kata orang-orang tua, di mana berkumpulnya udang galah yang banyak, di situ pasti ada buaya besar kerana udang galah suka ‘melepak’ di atas badan buaya. Sama ada kata-kata ini ada benarnya, saya tidak pasti. Namun saya berpegang teguh kepada prinsip, saya memancing udang galah ini hanya sekadar untuk mencari lauk bagi keluarga. Saya tidak mengganggu ‘kehidupan’ makhluk lain yang tidak kelihatan pada mata kasar!


Setelah mendapat spot yang sesuai untuk melabuhkan sampan, saya dan abang Lizam terus membaling umpan ke tengah sungai. Sambil menunggu umpan direnggut oleh sang mangsa, saya menghisap sebatang rokok yang asapnya saya niatkan untuk menghalau nyamuk yang galak berkeliaran malam itu.


Alhamdulillah, tidak sampai sepuluh minit menunggu, umpan saya mula mengena. Udang galah yang dianggap jenggo dengan anggaran berat 250 gram berjaya dinaikkan. Selepas itu, saya dan Abang Lizam bagaikan tidak cukup tangan melayan aksi penghuni sungai yang lain seperti duri, bagok dan baung. Malam itu kami bagaikan berpesta di tengah sungai.


Menjelang jam dua pagi, suasana mulai sejuk. Gerimis turun dan bulan yang tadinya indah di dada langit sudah mula ditutupi awan hitam yang tebal. Sesekali terlihat guruh di langit. Abang Lizam memberi isyarat supaya saya mengemas semua joran dan bersedia mendayung untuk balik ke jeti semula apatah lagi gerimis yang tadinya halus sudah bertukar kepada rintik kasar.


Ketika inilah, dengan dibantu oleh pancaran kilat yang sesekali datang menerpa, saya perasan di hadapan perahu saya berdiri seorang perempuan tua memakai baju kebaya berbunga-bunga dan berkain batik berwarna kuning.


Rambutnya tidak kelihatan kerana dia memakai selendang. Dia memegang sebatang tongkat yang berlingkar, sebiji seperti akar bonsai yang sering saya kutip di tengah hutan. Rasa gemuruh dan takut menyelubungi diri saya apabila saya perasan mukanya hitam legam tanpa kelihatan mata, hidung atau mulut!!




Rasa tergamam dan seram itu membuatkan saya menundukkan pandangan. Niat untuk membaca ayat-ayat suci itu ada tapi bibir saya bagaikan terkunci untuk membacanya. Otak pula bagaikan blur. Saya duduk statik di dalam sampan betul-betul seperti orang yang sudah terkena renjatan elektrik!.


Ketika inilah saya terdengar Abang Lizam mengalunkan azan sebanyak tiga kali. Setiap kali azan dilaungkan, saya ternampak perempuan tua itu menutup telinganya bagaikan sakit mendengarnya. Akhirnya jasad perempuan itu berubah menjadi asap hitam yang berkepul-kepul lalu menghilang di tengah sungai.


“Nan!!!” bahu saya ditepuk beberapa kali oleh Abang Lizam. Mulut Abang Lizam terkumat-kamit membaca ayat Qursi lalu dihembuskan ke muka saya.


“Itu syaitan Nan. Jangan takut. Dia makhluk Allah jua” kata Abang Lizam lagi. Saya mengangguk lemah. Tubuh saya masih lagi gementar dan tiada berdaya untuk mendayung.

Nasib baik Abang Lizam seakan mengerti dengan keadaan saya. Dia mendayung sehingga kami selamat sampai di jeti tepat jam 3.10 pagi. Abang Lizam juga yang memunggah semua hasil yang kami dapat masuk ke bonet kereta.


Sampai sahaja di hadapan rumah saya, Abang Lizam tidak membenarkan saya masuk terus ke dalam rumah. Dia menghulurkan sebatang rokok kepada saya. Sambil menghisap rokok, saya terdengar Abang Lizam seperti berbual-bual dengan ‘seseorang’ dengan suara perlahan. Katanya, “sampai sini sahaja kau ikut aku. Jangan ikut aku lagi. Aku tak kacau kau dan jangan pulak kau kacau aku,”.


Selepas itu, baru Abang Lizam ‘membenarkan’ saya masuk ke rumah. Saya juga diberi pesanan agar mandi dan terus tidur selepas itu.

Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui saya. Sejak kejadian itu, saya tidak berani lagi memancing udang galah pada waktu malam. Saya hanya memancing pada waktu siang itu pun dengan mengajak beberapa orang kawan untuk turut serta. Pengalaman yang saya alami itu saya anggap sebagai satu dugaan kecil dan ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus memburu si sepit biru!

Sumber : https://www.umpan.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hengatkan cik b tolonglah? gambar tu pon dah serupa pentas muzik2 cik b perform tu jah?

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
iol pun ingat cik B. Tapi bila baca lama-lama eh mcm citer seram ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 11:16 AM | Show all posts
ingat cik B tok vida menyakat jinggo nyawa sis..haih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 01:32 PM | Show all posts
Sedapnya udang galah fresh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan cik b anak dato vida tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik b tu maksudnya cik buaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Coklatpanas replied at 26-3-2021 08:21 PM
Cik b tu maksudnya cik buaya ke?

Bunian kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.499469 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list