CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: gilakentang

Iz OIAM? Korang kenal tak?

[Copy link]
Post time 27-4-2012 01:26 PM | Show all posts
jom muntah beramai-ramai..



Hadek2 mmg pos macam..

Ditaja ke LA, Iz tidak merajuk!   (ko pegi kutub selatan pon takde sape kesah...asyik menepek kat semua majlis tapi nan hado...)

Tanpa publisiti besar-besaran, Iz sudah beberapa bulan di Amerika Syarikat (AS). Sejak bila ke sana dan bila nak balik?

Sejak 1 Februari lagi sebenarnya. Saya tinggal di kawasan Hollywood Hills dan hanya akan pulang ke Malaysia lewat April. Pada September 2012 akan ke AS lagi untuk menyambung proses rakaman. Iz balik ke Malaysia untuk memberi tumpuan pada promosi single Cinta Akhir dan juga muzik videonya.

Betul ke Iz merajuk, sebab tu terbang jauh?

Alah, saya bukannya merajuk, jauh sekali nak membawa diri. Kalau ada yang cakap macam itu, tidak benar sama sekali. Saya ke AS sebab ada peluang yang ditawarkan oleh sebuah agensi pencarian bakat yang beribu pejabat di Los Angeles (LA). Di samping merakamkan beberapa lagu Inggeris dan berkolaborasi dengan penerbit-penerbit di sini, dapat juga mengikuti latihan seni persembahan selama tiga bulan.

Kalau nak belajar, kenapa jauh sampai ke LA? Dalam negara pun ada, kan?

Sebenarnya jumpa mereka pun selepas saya mewakili negara & Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di World Championship of Performing Arts pada tahun 2010 yang juga berlangsung di LA. Peluang ini sangat sukar dilepaskan. Kelas seni ini membabitkan pembelajaran bagi subjek vokal, persembahan pentas, tarian dan juga pemasaran media. Walaupun singkat tetapi ia cukup berbaloi, banyak ilmu berjaya saya kutip sepanjang di sini.

Bagaimana dengan kos hidup sepanjang di sana, berapa RM dihabiskan dan siapa sponsor?

Kos sara hidup di sini ditanggung oleh agensi yang membawa saya ke LA. Mereka menjaga dari segala sudut, dari soal pengurusan sehinggalah kepada komunikasi massa. Alhamdullillah segalanya okey. Mereka banyak membantu saya menyesuaikan diri di sana kerana di LA sangat berbeza kalau dibandingkan dengan kota-kota besar yang pernah saya lawati sebelum ini. Contohnya di sini hampir ke semua penduduk mempunyai kenderaan sendiri kerana pengangkutan awam tidak sistematik seperti di Kuala Lumpur.

Apa nama agensi tu?

Minta maaf tak boleh cerita dulu.

Kenapa perlu rahsia, bukan ke mereka sudah keluarkan belanja untuk Iz?

Memang betul tapi maaflah sebab terpaksa merahsiakan dulu siapa yang membuat pelaburan pada saya. Mungkin saya akan umumkan dengan lebih terperinci lagi semasa majlis pelancaran single terbaru dan muzik video Cinta Akhir yang juga merupakan tanda kehadiran semula saya ke persada muzik tanah air tidak lama lagi. Harap faham.

Kelihatan sangat nekad, berdikari dan bersemangat untuk terus belajar tentang dunia nyanyian, apakah kerana Iz tidak mendapat layanan yang sepatutnya dalam industri sendiri?

Saya tidak pernah rasa macam tu. Cuma saya memerlukan lebih masa untuk membuktikan kebolehan sebagai vokalis dan juga pencipta lagu. Secara peribadi, saya adalah seorang yang selalu dahagakan ilmu dan tidak ada salahnya jikalau terus belajar menimba ilmu dan memperbaiki kekurangan yang ada pada ini sebagai penghibur. Saya juga berasa tidak ada gunanya jika saya muncul di majlis-majlis industri tanpa produk atau hasil seni yang benar-benar dapat membuktikan bakat yang ada. Mungkin ramai yang sedar Iz tidak banyak muncul di majlis-majlis keramaian sejak setahun lalu tetapi sekarang dengan lahirnya Cinta Akhir, Iz harap ianya bakal mendapat tempat di hati pihak media dan penyokong industri muzik tempatan. Buat masa ini Cinta Akhir sudah dimainkan di Era FM sejak bulan Mac.

Apa yang mahu Iz buktikan dengan penghijrahan ke sini?

Saya tidak pernah berasa ingin membuktikan apa-apa cuma ini rasa tanggungjawab kepada diri sendiri sebagai seorang pemuzik. Saya belum lagi berhijrah sepenuhnya ke AS, hati masih di Malaysia sebab banyak lagi yang perlu dilakukan di dalam negara, sebelum membawa muzik Iz ke luar.

Kenapa perlu untuk Iz Suliani buat kemunculan semula, dengan hanya sebagai Iz? Apakah tak puas hati dengan perjalanan karier sebelum ini?

Sebelum ini, saya lebih dikenali dari segi imej yang sering dibawakan dan tumpuan pada Iz hanyalah di situ, iaitu dari sudut gaya dan fesyen. Saya dan pihak pengurusan Iz iaitu Talent Harvest Sdn Bhd merasakan ia telah mengaburi mata ramai pihak di luar sana akan bakat sebenar saya sebagai vokalis dan pencipta lagu. Jadi saya rasakan 'kemunculan semula' ini amat diperlukan bagi tujuan penjenamaan semula.

Penghijrahan seketika ke AS dan kemunculan semula ini akan menjenamakan semula nama, adakah Iz sangat yakin?

Saya ke sana untuk menimba ilmu dan keyakinan. Dengan lahirnya Cinta Akhir ia akan membantu saya untuk lebih dikenali sebagai seorang vokalis dan pencipta lagu, kalau tidak masakan saya diberi mandat untuk mewakili Malaysia ke luar negara pada 2010. Hasilnya terbukti dengan pingat-pingat yang telah saya bawa pulang. Langkah penjenamaan semula ini akan membawa saya keluar dari takuk lama. Sekarang, saya lebih selesa di kenali hanya sebagai "IZ". Lebih mudah diingati dan disebut masyarakat pelbagai bangsa.

Pandangan Iz tentang usaha artis-artis muda menembusi pasaran luar negara tanpa digerakkan oleh industri seperti syarikat rakaman. Mereka ini menggunakan duit dan kebolehan sendiri mencari tempat di pasaran dunia?

Dengan adanya saluran-saluran media sosial tiada lagi sempadan atau halangan untuk seseorang pemuzik atau artis itu mengembangkan lagi skop audiens mereka. Peluang ini seharusnya digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin tetapi haruslah berstruktur. Saya sedar semakin ramai anak Malaysia yang mencuba bakat dan mempunyai pengikut yang ramai di luar negara selain dari Yuna dan Mila seperti Monoloque, Zee Avi, Prema Yin, James Baum, dan ramai lagi. Cuma mungkin cerita tentang mereka tidak banyak dikeluarkan dan lebih bertumpukan kepada hanya sekelompok artis. Langkah mereka sewajarnya diberi sokongan dan juga liputan supaya lebih ramai anak tempatan bersemangat dan berani menjejak melangkah ke dunia luar.

*jgn lahar iolls...ikhlas share info ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 08:36 PM | Show all posts
sure mek kena lahar sebab bagi apdet nie .. hehe



“Serius, apa yang saya lihat lebih dasyat d ...
samshik Post at 16-2-2012 09:27



    diterjah playboy bunnies, mestilah seriau.........
cuba lelaki2 badan kekar, mau iz ponen ni yg terjah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 08:41 PM | Show all posts
dia ni dressing cam makhluk asing....lady gaga malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 08:45 PM | Show all posts
haiiyyaoohh...xda msa depan yg baik la budak ni dlm industri seni tanahair...


gayanya very the gayess ok...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 09:00 PM | Show all posts
mek sam!!! hazabedah sunggoh hokeh kasik up thread adam lambert mlesia inieh!!!



kenal adik heols jah iols. zaman oiam dulu, adik heols invite utk like fan page heols kat fesbuk. dgn ringan hati iols tidak meng-like. memula pelik apa pasal la budak ni bg link IZ OIAM kat iols. sebab adik heols nih bukan stok stok yg suka tgk rancangan loser mcm OIAM tu lepas tu bila belek nama belakang, sama pulak. baca komen kat fesbuk pulak. ceh...hadek beradik ghopenye
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:14 PM | Show all posts
dulu x ngancam sgt.. la ni nampak gojes.. imej baru kot.. try la wat lagu sesedap.. kot kot berhasil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2012 11:06 AM | Show all posts
popular kerana fesyen pelik je
suata ke mana ntah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 12:54 PM | Show all posts
beh, dia ni berlagak and poyo okay. suara pun so-so jah, selalu lari tune.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072310 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list