CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2280|Reply: 63

Selamat Hari Guru-16 Mei

[Copy link]
Post time 14-5-2009 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Martabat perguruan perlu diangkat semula.

MENJELANG tarikh keramat 16 Mei setiap tahun, profesion perguruan akan diangkat martabatnya dengan diadakan sambutan Hari Guru di seluruh negara.

Tiada siapa dapat menafikan betapa pentingnya institusi perguruan sebagai pembina negara dan bangsa.

Guru adalah golongan kedua paling penting selepas ibu bapa dalam mendidik dan membentuk jati diri kita semua.

Namun, sejak akhir-akhir ini profesion perguruan menerima tekanan pelbagai sudut.

Dengan beban tugas yang semakin bertambah dan kerenah pelajar serta ibu bapa yang pelbagai, menjadikan profesion perguruan semakin kurang sengat berbanding dulu.

Kita percaya dan yakin, jika guru dapat membentuk setiap anak kita, pasti kurang masalah merempit, ragut dan menagih dadah. Profesion itu memang mulia dalam memartabatkan warga negara berilmu dan sahsiah tinggi.

Oleh itu, profesion perguruan sewajarnya diangkat martabatnya ke tahap sepatutnya agar dihormati, dikagumi dan dihargai seperti suatu ketika dulu.

Guru terdahulu memang sangat dihormati dan dihargai.

Jika dulu, menjadi kebiasaan seorang guru merotan dan memarahi pelajar, kini tindakan itu akan mengundang padah kerana kemungkinan menghadapi risiko diherdik oleh pelajar berkenaan.

Lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang mengamuk menyerang guru di sekolah, bahkan menyaman guru.

Kini, peranan guru sekadar mengajar dan tidak mempunyai kebebasan yang mencukupi untuk mendidik generasi muda menjadi manusia yang lebih berguna pada masa depan. Maka, seharusnya guru diberi peluang, kebebasan dan ruang dalam membentuk generasi muda.

Setiap pihak terutama ibu bapa, berilah kepercayaan dan keyakinan kepada guru.

Tiada guru yang ingin mencubit, mengherdik, merotan dan memarahi anak kita jika mereka tidak melakukan kesalahan. Ingatlah, suatu ketika dulu, kita pernah melalui zaman persekolahan dan diajar oleh guru yang sentiasa sabar dengan kerenah kita.

Janganlah terlalu memanjakan anak sehingga menyebabkan guru tidak dapat memainkan peranan mereka yang sepatutnya.

Jika -anak dimarahi, bertanyalah kepada guru apakah kesalahan mereka dan berterima kasih kepadanya kerana menegur anak kita serta mohonlah maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh anak kita.

Kepada Kementerian Pelajaran, perkasakan profesion perguruan.

Kembalikan zaman kegemilangan profesion perguruan seperti yang dinikmati guru terdahulu.

Dapatkan bakal guru yang benar-benar berkualiti dan jadikanlah profesion ini sebagai profesion pilihan utama untuk mereka.

Selain itu, janganlah gentar melakukan sesuatu transformasi untuk kebaikan anak kita.

Bentuklah generasi sekarang dengan lebih kreatif dan inovatif dan bukan sekadar cemerlang peperiksaan.

Kajilah sedalam-dalamnya zaman kegemilangan profesion perguruan suatu ketika dulu.

Sempena Hari Guru ke-38 bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ yang akan disambut di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu, sudah sewajarnya ia menjadi titik tolak kepada seluruh pihak dalam memartabatkan profesion perguruan.

Selamat Hari Guru untuk seluruh warga perguruan di negara ini.



ROHAMI SHAFIE,

Bekas Pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR)

Seremban, Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 04:20 PM | Show all posts
aku pun ta lupa gak ucapkan selamat hari guru pada semua guru-guru yg berdedikasi
dan telah mendidik dan mengajar anak aku jadi insan berguna. jasamu dikenang hingga akhir
hayat.
pada teacher Molly dari SK Alai harap sembuh segera  semua guru di SK Alai Melaka.
guru-guru di SBPI Selandar. Guru-guru di SK Bandar Tasik Selatan dan SMK Tasik selatan KL.
guru-guru di SK Kg Sungai Buaya Rawang. guru-guru di MOZAC Melaka dan juga guru-guru di
SK Tok Jembal Kuala terengganu.
dan semua guru yg ada di forum cari ni gak selamat hari guru
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:25 PM | Show all posts
selamat hari guru utk aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:27 PM | Show all posts

Balas #3 atira\ catat

lupa pilak kek cikgu tira nih  selamat hari guru ye semoga terus tabah mendidik
budak-budak tu. kalau payah sgt ketuk je dgn spanar hidup tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:27 PM | Show all posts
selamat hari guru kpd semua guru2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 04:28 PM | Show all posts

Balas #3 atira\ catat

hang guru ke.. selamat hari guru lah lah buat hang dan guru2 lain dlm forum ni dan seluruh malaysia am nyer.. semoga terus keje dgn penuh dedikasi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2009 04:29 PM | Show all posts

Balas #4 arasham\ catat

hehehe.. brutal sgt tu. kang datang plak t. murugiah bw semua wartawan dgn stesyen tv temuramah tira plak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:46 PM | Show all posts

Reply #4 arasham's post

nanti i terpaksa cari lawyer la plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 04:46 PM | Show all posts

Reply #6 along3746's post

guru budak2 tua
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:48 PM | Show all posts
selamat hari guru kepada seme guru yang mengajar dan tidak mengajar aku even takde dalam porum nih... dan untuk aku jugak sbb aku guru besar sekolah pedang iblis ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:49 PM | Show all posts
slamat ari cikgu.........................
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:24 PM | Show all posts
selamat hari guru kpd sume guru2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 09:19 PM | Show all posts
selamat hari guru kepada semua guru-guru... dewasa ini tugas guru bertambah sukar terutama dalam mendidik generasi sekarang.. budak2 zaman sekarang bukan macam pelajar dulu, hormatkan guru & takutkan guru... sekarang ni terlebih advance... so guru2.. tabahkan hati dan bersemangat waja menjadi pendidik yang cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 09:33 PM | Show all posts
happy teachers day
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 14-5-2009 16:25
selamat hari guru utk aku

Kita serupa....

Selamat hari guru untuk aku

Selamat hari guru untuk suamiku
dan 4 orang adikku,
dan seorang ipar belah aku,
dan dua orang ipar belah suamiku,
dan dua orang anak sedara suamiku...
Meriahnya keluargaku yg dipenuhi guru2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:05 PM | Show all posts
Selamat hari guru buat semua guru di malaysia.

Tabahlah sahabat2 guruku, dalam menempuh dugaan kerjaya ini yang makin hari makin mencabar, makin menekan dan makin menghimpit dari segenap sudut.

Tak lupa, aku panjatkan doaku buat guru2ku yg mengajarku dari sek rendah hingga tamat SPM dan matrikulasi, sehingga aku berada di tempatku hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 10:57 PM | Show all posts
Selamat hari guru buat semua guru di malaysia.

Tabahlah guru2 dalam mendidik pelajar2 dalam suasana penuh cabaran
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 11:19 PM | Show all posts
selamat hr guru kepada guru2 di malaysia..

dr bekas pelajar
sekolah menengah kebangsaan harian bese..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 11:30 PM | Show all posts

Reply #1 along3746's post

Selamat Hari Guru untuk semua guru :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 11:42 PM | Show all posts
ditujukan untuk cikgu cloroc
harap bersabar,jln kan tgg jwp dgn penuh dedikasi
jgn ashik nak merotan bdk je

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065860 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list