CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Penggali kubur/tukang mandi mayat/rumah mayat/pakar bedah mayat/muzium etc

[Copy link]
Post time 29-5-2009 10:37 AM | Show all posts
grgrgrgrgrgr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 05:06 PM | Show all posts
aku masuk salah thread...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 05:07 PM | Show all posts

Balas #62 dujuan\ catat

camne uolss leh sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 29-5-2009 17:07
camne uolss leh sesat?


ada makhluk sengaja tolak iolss tadi..
so..terjatuh kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 05:12 PM | Show all posts
i lah yang tolak montot tonggek u ols tadi

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 12:14 AM | Show all posts
aku pnh denga ustat citer,,die kate jgn kite buat konklusi psl jenazah..contoh nye kalau jenazah muke berkerut dan masam..jgn ingat die banyak dose..maybe mase sakaratul maut die tgh berlawan dgn syaitan yg nak menyesatkan...wallahualam..

so mari kite bersangka baik je okay
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2009 09:09 PM | Show all posts
tadi sempat dgr dua kisah je time jupe kaum..
nak cepat kaedahnya...

1. kat lif, dekat basement...tingkat bilik mayat. si KJ buat rondaan malam. sensorang. sedar2 pocong ngekor dia..dan melompat2 sekali bersaing ngan dia. kesudahannya......PENGSAN!!! sejak hari tu, kalau keje malam, haruslah berteman kalau nak buat rondaan malam kekdahnya.

2. farmasi kat basement, berhadapan dept umah mayat ni. staff kat sini selalu gak laa kena 'usik. orang semayang, dia sibuk dok 'goncang' pintu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 01:08 PM | Show all posts
Lembaga aneh, pelik di muzium

KAKITANGAN sebuah muzium berhampiran Kuala Lumpur mendakwa pernah terserempak lembaga aneh selain diganggu kejadian pelik seperti terdengar bunyian asing terutama selepas jam 7 malam sehingga ke awal pagi.

Peristiwa itu menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai misteri di sebalik bangunan agam yang menempatkan pelbagai khazanah berharga dan pelik itu. Mungkinkah bangunan itu menjadi kediaman 憁akhluk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2009 01:10 PM | Show all posts
hmm..

masa melawat muzium tu hari, ada banyak2 rangka manusia, tengkorak..
dari zaman batu, perak man, orang gua segala ada

tertanya2 plak orang yang dok mengkaji2 tu, penah tak
alami kisah2 seram/misteri sepanjang dorang dok gali kubur, kaji mayat semua tu?
nampak mcm relax je dorang?

yang dok keja dalam muzium tu, tadak ka jupe hantu?
pak gad ka?

replika orang zaman batu tu mcm real jerk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 01:14 PM | Show all posts
salah satu gambar kat pameran pasal kubur-kubur kat muzium





[ Last edited by  Syd at 15-6-2009 13:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 02:01 PM | Show all posts
bapak aku skang ni bertugas sebagai tukang mandi mayat separa professional kat kampung aku....alhamdulillah xde pape yang aneh berlaku pun...setakat yang aku tau laa sebab dia tak pernah cerita apapa yang pelik kat aku...


separa professional- tidak rasmi / secara sambilan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 10:22 AM | Show all posts
Cerita seram rumah mayat

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Bagaimanapun, menguruskan mayat tanpa kepala, leper seperti lempeng atau hancur seluruh badan dianggap biasa oleh kakitangan rumah mayat PPUM.


LANGKAH kaki penulis ke rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) agak perlahan. Maklumlah, banyak kisah seram yang diceritakan orang mengenainya.

Namun, semua bayangan itu ditolak ke tepi. Iyalah, kita sebagai manusia sekuat mana pun ingin menongkat langit, lambat laun akan mati juga.

Itulah juga pesan Ketua Perhubungan Awam PPUM, Yahaya Abdul Hamid, 44. “Amal itu yang menjadi bekalan utama,” tambah beliau yang berpengalaman menguruskan jenazah selama lebih 25 tahun.

Menurut Yahaya, keinsafan akan lebih mendalam apabila beliau perlu mengendalikan mayat yang tidak sempurna.

Baru hari pertama bekerja di PPUM, Yahaya perlu menguruskan mayat yang kepalanya leper seperti lempeng dan dipenuhi serpihan cermin kereta.

“Mayat itu merupakan seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas dan teksi di Lebuh Raya Karak.

“Badannya juga hampir hancur. Saya tidak dapat tidur lena selama beberapa hari,” kenang beliau.

Hati Yahaya turut sayu melihat mayat seorang gadis berusia awal 20-an yang meninggal dunia akibat kemalangan.

“Dia sangat cantik dan merupakan seorang pelancong yang ingin menghabiskan masa melawat tempat menarik di negara ini tetapi peristiwa lain pula berlaku hingga meragut nyawanya,” katanya yang telah menguruskan beribu-ribu mayat sejak lebih dua dekad.



Terdapat juga kes waris yang tidak dapat menerima kematian saudara-mara, ahli keluarga serta kenalan rapat mereka.

“Kebiasannya kami akan meminta mereka supaya bertenang dan bersabar tetapi ada juga segelintir yang tidak dapat mengawal emosi.

“Jadi kita biarkan mereka sebentar sebelum menenangkan mereka,” katanya.

Cerita Yahaya, 10 tahun lalu ada seorang bapa yang tidak dapat menerima kematian anaknya selepas motosikalnya dilanggar lari oleh sebuah kereta.

Si bapa akan memarahi malah mengugut untuk menetak dengan parang sesiapa sahaja yang menyentuh mayat anaknya.

“Semua kakitangan PPUM risau tetapi saya beranikan mengajak pak cik itu minum kopi di kafeteria.

“Kemudian saya terangkan kepada beliau yang PPUM bertanggungjawab menguruskan mayat anaknya kerana ia merupakan peraturan biasa pihak hospital.

“Ini bagi memudahkan dia untuk menuntut ganti rugi dan mengenal pasti siapa yang melanggar anaknya itu,” katanya.

Van jenazah tiba-tiba berat

Bagaimanapun, Yahaya tidak pernah mengalami kejadian pelik sepanjang bertugas menguruskan mayat.

“Ada orang kata mayat boleh menjadi terlalu berat walaupun dia seorang yang kurus hingga perlu dipikul oleh ramai orang,

“Ada juga kononnya kulit bertukar hitam dan berulat. Tapi saya tak pernah mengalami keadaan seperti itu,” kata Yahaya yang berasal dari Kelantan.

Yahaya juga pernah mendengar cerita jenazah seorang tahfiz al-Quran berbau harum manakala seorang lagi berlendir di kampungnya.

“Jenazah tahfiz yang berbau harum itu dikatakan seorang yang beramal serta mengajar ilmu dengan ikhlas kepada penduduk setempat.

“Malangnya seorang lagi tahfiz mayatnya berlendir kerana kononnya dia sering melakukan maksiat,” kata Yahaya.

Dalam satu kejadian lain 10 tahun lalu, Yahaya membantu menghantar jenazah seorang rakan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Namun, sepanjang perjalanan, van jenazah hanya boleh dipandu selaju 40 kilometer sejam.

“Saya bertanya pada pemandu mengapa bawa van perlahan? Pemandu itu jawab dia telah menekan pedal minyak hingga habis tapi van terasa amat berat.

“Selepas itu, kami berhenti di Kawasan Rawat Dan Rehat (R&R) di Seremban.

“Saya ‘minta’ si mati supaya melepaskan segala benda yang mungkin pernah tersimpan di badannya di samping saya membaca ayat-ayat al-Quran. Syukur perjalanan kemudian menjadi lancar,” ujarnya.


ABDUL LATIF memastikan peti simpanan jenazah kekal pada suhu 4 darjah Celsius.

Bagi Pembantu Tadbir Kanan PPUM, Abdul Latif Md. Isa, mengendalikan mayat yang tidak mempunyai kepala, tangan dan kaki sudah menjadi perkara biasa.

“Kadang-kadang saya kena uruskan kepala mayat sahaja kerana badannya tidak ditemui.

“Bayangkan pula mayat seseorang yang meninggal dunia kerana kemalangan dan runtuhan sehingga terburai isi perut, pecah atau hancur seluruh badan,” katanya.

Imam surau PPUM, Mohd. Norzaidi Abdul Ghani pula memberitahu pengalaman menguruskan pesakit yang mempunyai penyakit HIV serta AIDS amat menguji beliau.

“Kami terpaksa memakai pakaian plastik bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan semasa membersihkan darah mereka.

“Bagi jenazah beragama Islam yang mempunyai tatu, tatu itu dibiarkan sahaja. Ini kerana untuk membuangnya perlu menggunakan asid bagi menghakis kulit dan itu seperti menyeksa mayat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:30 AM | Show all posts
Seram juga cita pasal mayat ni...
katam juga baca pasal ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 01:03 PM | Show all posts
2 hari lepas aku balik kg..jumpe bekas penggali kubur kat warung...
sembang sambil korek rahsia dia kot2 ade yg mistik..
tp xde la...separuh abad dia gali kubur.yg ade dia jumpe tengkorak budak jer..
xde ganguang ape2..skang dia dah x gali kubur..da tua..ganti org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 02:26 PM | Show all posts
25# Syd

Di kampung saya pada tahun lepas, ada seorang remaja lelaki sudah kena rasuk dan berkelakuan seolah-olah harimau... mengaum-ngaum.. mak bapak mana tak gelabah nengok anak nak jadik rimau.. last-last mak bapak dia carikan laa seorang ustaz yang mahir dalam mengendalikan kes-kes camni.. selepas berjaya diubati.. remaja lelaki tu pun cerita laa macamana yang dia boleh kena rasuk ngan rimau tuh.. caranya malam-malam pukul 1-2 pagi.. tutup lampu dan baca buku Bercakap Dengan Jin dengan bantuan lilin je.. untuk menambahkan 'feel' katanya.. sebab tu agaknya dia dapat 'FEEL' tuh..

Kalau ada sesapa nak 'FEEL' tu.. bolehla try... hehe menda2 camni memang senang nak dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 02:35 PM | Show all posts
salute tuk doktor doktor yg kejer pakar bedah forensik nihh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.945107 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list