CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: soulha

Misteri [H1N1]:Bukti Kecanggihan Teknologi Iblis

[Copy link]
 Author| Post time 2-5-2010 06:24 PM | Show all posts
Sebenarnya tenaga syaitan dan jin di alam manusia ini amat lemah.
Cumakelebihan syaitan ini ialah kebolehannya sebagai elemen api yang boleh berada dalam atom besi/ferum yang banyak dalam hemoglobin (rujuk Wikipedia apa maksud hemoglobin).


Bidang kajian antara ilmu kimia dan spiritual dinamakan Alchemy. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah antara saintis Islam yang paling pakar dalam bidang ini.


Perkembangan akhir-akhir ini mendapati Alchemy banyak membantu
manusia berbanding bidang kimia yang terpisah dari spiritual (chemistry).

Hemoglobin ini adalah molekul yang jumlahnya teramat banyak dalam sel darah manusia (dalam satu ml darah ada beribu-ribu dan tugasnya adalah mengikat oksigen agar boleh diangkut oleh sel darah merah.


Dalam kajian Tenaga Insan, apabila seseorang mengingati Allah dengan cara berzikir kepadaNya (sama ada ingat dalam hati, berwirid ,membaca Al-Quran atau berdoa, jaluran tenaga manusia telah di’upgrade’ agar membina satu lapisan pelindung tenaga luar (macam cerita Ultraman).

Istilah pengamal tenaga dalam fenomena ini dipanggil perisai aura.


Bila manusia ‘lalai’ atau kurang mengingati Allah, perisai ini makin ‘menipis’ yang akan memudahkan syaitan tadi memasuki gen manusia lantas mengubahsuai struktur molekul tubuh manusia agar organ badan dan sistem pertahanan badan gagal berfungsi .


Inilah sebenarnya punca menyebabkan penyakit pada tubuh manusia.
Jika sistem imun manusia kuat (fizikal dan spiritual)kuman/patogen tak mampu menyebabkan penyakit dan organ badan manusia tidak rosak.


Lebih merbahaya jika syaitan tadi ‘menyuntik informasi/hasutan’ ke dalam sel-sel otak manusia yang amat berkaitan dengan akal. Impuls-impuls elektrik yang ditafsir oleh otak manusia akan terganggu.

Manusia tadi akan menjana satu rupa bentuk ‘hantu’ dalam fikirannya dan menganggap ianya sebagai ‘real’.

Dalam kajian sains moden apa-apa yang dikesan/dirasai oleh pancaindera manusia seperti penglihatan, rasa, bau, sakit, tekanan, pendengaran dan lain-lainnya akan ditafsir dengan cara menukarkannya kepada isyarat elektrik yang dinamakan impuls oleh sistem saraf yang berhubung dengan organ pancaindera seperti mata,telinga,hidung dan kulit .


Impuls atau isyarat elektrik saraf ini kemudiannya akan ditafsir oleh otak.

Otak akan menganalisis dan mengintegrasi maklumat dari impuls tadi dan memberi tafsiran sepertimana dunia yang kita lihat, bau, dengar,sakit dan lain-lainnya yang kita alami 24 jam ini.

Oleh itu, Akuilah bahawa tenaga Insan amat hebat. Buktinya semasa persitiwa Mikraj yang penuh keajaiban dari segi teknologinya ialah keupayaan Rasulullah SAW menjelajah ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT iaitu sempadan had makhluk boleh tiba. Apabila diajak Rasulullah SAW agar Jibril menemaninya bertemu Allah SWT, Jibril berkata :”Jika daku mengikutmu walau serambut lagi Ya Rasulullah nescaya diriku akan musnah dan hancur”.


Di situ membuktikan diri Insan melebihi malaikat pada tahap maksimum keupayaannya. Dalam istilah fizik kuantum semua perkara adalah tenaga atau cahaya. Ini menunjukkan jasad manusia (yang hakikatnya tenaga dan cahaya ini dari segi fizik kuantum) adalah yang paling hebat berbanding makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya.


Akhirnya, Rasulullah SAW sendiri sampai ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Penguasa Alam Semesta tanpa ditemani Jibril AS yang mungin difikirkan Baginda amat hebat kebolehannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2010 10:26 AM | Show all posts
Teori bahawa iblislah yang pilih babi dan burung tu aku tak percaya langsung!....
paler kembang Post at 19-4-2010 17:12


mungkin juga boleh percaya kalau...penyemburan virus H1N1 keamosfera.. untuk mempercepatkan penyebaran virus tersebut kapada manusia2, dan dengan demikian, perniagaan 'vaksin' pembunuh akan berlipat ganda.

Manusia2 dan isi2 bumi didalam bahaya kelupusan, dibawah kerakusan2 kekuasaan dan ilmu.

Dengan hanya menggunakan gelombang radio mikro.. kuasa2 besar mampu menghantar bom2 pemusnah dengan kapal terbang tanpa pemandu, remote... remote.. remote.

Dengan menggunakan gelombang mikro. Anda juga mampu.. berkata2 dengan sahabat yang berjauhan dari mata.

Tidakkah anda perhatikan? Anda mampu menonton TV dengan hanya menggunakan remote kontrol.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 12:56 PM | Show all posts
so, selain kita mencegah secara fizikal penyakit ni, apa cadangan TT bagi kita cegah dr segi spiritu ...
melia_star Post at 12-4-2010 16:53



dari ceramah ustaz hanafiah, Jbtn Mufti Johor
antara ikhtiar semasa menjadi suspek H1N1
apa yang boleh dilakukan dalam kuarantin adlah dengan mengamalkan istighfar 1000x setiap lepas solat
wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 11:33 PM | Show all posts
huh virus buat perjanjian ngan syaitan?
mcm mengarut je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 04:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by soulha at 13-5-2010 22:52
dari ceramah ustaz hanafiah, Jbtn Mufti Johor
antara ikhtiar semasa menjadi suspek H1N1
apa  ...
syaiful Post at 10-5-2010 06:56


itu lah nak tak nak harus kembali kepada spirtual juga kan..kira ok lagi tu..ada yang kena wat 70k istighfar...apapun thank for sharing..itulah ramai tak sedar hal ini ada kaitan pada sistem pengoperasian jasad kita..dan mmg org tak percaya pun sbb tade bukti...sbb tu dalam agama lain pun nak buktikan tuhan terpaksalah merekakan patung utk lebih menyakinkan tapi kenapa dalam Islam diyakinkan tuhan yang ghaib..

Jadi apa yg sy bentangkan ini adalah untuk sama2 kita ingat/sedar ttg keseimbangan rohani dan jasmani..percaya atau tidak itu keimanan masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 02:17 AM | Show all posts
yaaa betulll
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2010 07:05 AM | Show all posts
huh virus buat perjanjian ngan syaitan?
mcm mengarut je
slier81 Post at 10-5-2010 17:33


fahami baik2 apa yg nak disampaikan itu...Apabila semua mengalami kesadaran...dan mari semua kita sadar dari terbuai leka dgn cerita2 mitos (otak kanan)bangsa kita. Upgrade akal/minda (terutamanya) dan emosi kita untuk menguasai dan menggungguli semua bidang sains yang menterjemahkan teknologi sebagai PENYAKSIAN YANG NYATA. Bangsa-bangsa sekarang merealisasi khayalan2 ghaib bangsa timur dalam bentuk teknologi spt tenaga elektrik,nuklear,penerbangan,genetik,marin,nano dll dengan akal (otak kiri) kalau dulu sains dan agama terpisah jauh...tapi kini boleh seiring utk keyakinan dan keimanan..scientist tu dikatakan org tak percaya ada tuhan. Agama pulak... kata scientist un-believer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 07:36 PM | Show all posts
Reply 49# soulha


    terima kasih soulha..sesungguhnya kata2 mu itu ada kebenarannya..ehm mgkin ramai yng pertikaikan sbb bnda ghaib dan xnmpak sape nk pcya..tp engat la sume bahawasanya segala kejadian di dunia ni ada sebab musababnya..kadang2 ada perkara yang kita x blh trima dek akal ..sbb ilmu allah itu maha luas..baca dlu,faham kemudian fikirkan.walaupepon hanya allah jer yang tahu...kita sebagai hambanya wat laa pe y disuruhn jauhi ape y dilarang...2 jer xperlu laa kita pertikaikan...salaam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 12:22 PM | Show all posts
kupasan yg menarik... tapi sy msh percaya virus tidak diciptakan oleh iblis tp dipergunakan oleh mereka sebagai perantara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2010 06:28 AM | Show all posts
kupasan yg menarik... tapi sy msh percaya virus tidak diciptakan oleh iblis tp dipergunakan oleh mer ...
akuzii426s1 Post at 25-6-2010 06:22


ya begitulah..tapi sy tak katakan virus itu dicipta oleh iblis semuanya allah ciptakan dan iblis memasukkan gelombangnya sebagai perantara kepada virus..

bakteria ni adalah antara organisma terawal...kejadiannya belum ada ada bulanbintang malah ada meteorit yg dah berbillion tahun dr angkasa yg telahtiba ke bumi, ada fossil bakteria dr planet marikh boleh dikatakan dariunsur manusia gak...

Jadi sblm ini saya juga berpendapat..dalam sesetgh penyakit jin/iblis Mou virus..utk menyerang sistem tubuh manusia..

Ok..kajian meteorit dan arkeologi mendapati kehidupan asas bumibkemungkinan besar asal dr marikh atau planet persekitarannya jadibakteria ni dah hidup billion tahun, dpt tahan hidup sbb pandaimyesuaikan diri..

itu antara sebab omputih termasuk angkasawan kita, dikatakan naik kebulan salah satu sebab utk mengkaji tentang bakteria yang ada kaitandengan sesebuah bangsa...atau mengikut kesesuaian bangsa..dan penyakitdalam sesebuah bangsa/negara amat berbeza..misalnya di Mesir penyakitkuning tiada pada bangsanya..tapi di msia biasa terjadi..sama gak dulupenyakit beguk tiada di negara thailand tapi di msia biasaberlaku..so,dicipta vaksi/imunisasi..dari bakteria baik juga..


Bakteria jenis yg sama cthnya e. coli, menunjukkan sifat agak berbezasetelah beratus, beribu atau ratus ribu tahun terpisah sesama sendiri

bakteria yg dok dlm manusia dah puluh ribu tahun dok dlm usus, dah tak sama dgn rakan sejenis di luar..


Bakteria pandai myesuai kan diri itu sbb dia oraganisma antara ygpaling lama hidup kat bumi cam alga juga e.coli semua tmpt ada p dalamusus...dlm air paya..air masin organisma yg betul2 berintegrasi dgnmanusia=bakteria... dipecah2 byk tpt....bakteria utk merangsangperjuangan manusia jugak..sama kes jin/iblis

bakteria tu cam software la..ini cerita cam nabi sulaiman la
teknologi sulaiman..sains....N.Sulaiman teknologi sains awal..so skrg dipecah2kan cam bakteria gak utk lebih jelas
skrg ni kombinasi semua teknologi sulaiman, greek, room, islam,moden


Sebab itu sesetgh kata perawat ada kaitakan ngan jin..so jelas utk kitamemahami kaitan masa n.sulaiaman..yang ada teknologi n kuasa bolehcontrol tenaga2 (yg dianggap jin atau malaikat),mineral2 (tanah) , api(magma, gempa) , angin (aura, magnetik dll) ..kisah sulaiman tu bukansuh kita takut ngan jin...malah blaja teknologi utk power..

itu laa yg ada pada mind org kita ..jin ni dah lama orang tau dah.

Macam dalam pemakanan diadunkan dengan bakteria (yis) dalam roti..renetdalam keju atau yorgurt tapi tak boleh berlebihan juga..sama jugamakanan halal kalau berlebihan atau apa2 boleh memudharatkan..

So, ada juga perawat gunakan jin walaupun Islam skalipun tapi kalau berlebihan akan membawa kesan pada dirinya...

So..jadilah diri sendiri dan berkeyakinan diri..itulah semua diciptagangguan/virus/jin utk perlawanan..sapa kalah game over..so..itulahdiciptakan ujian...dengan macam2..samada ngan makhluk kasar atauhalus..

Memetik kata edy :

Kenapa manusia/virus/ibis dll dicipta ? kerana urusan ALLAH..kenapa kita membaca berforum ini kerana urusan ALLAH..semua perkara baik di daratan mahupun di lautan adalah urusan ALLAH walau sekecil zarah sekalipun.. walau ulat yang bertebaran, walau daun yang berterbangan, walau gunung berapi meletus.. itu semua urusan ALLAH SWT. Tetapi....

Insan sebagai khalifah Allah yang memikul amanah yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain walaupun jin..gunung ganang dsb. haruslah tahu ke mana tujuan urusan itu semua barulah bermanfaat hidup di dunia ini..So ??

Segala URUSAN ALLAH SWT adalah berperingkat... ada yang kita dapat huraikan melalui pengalaman, keilmuan seseorang, malah ada diantara urusan ALLAH SWT itu langsung kita tidak dapat huraikan seperti Qursi, tingkatan langit ke tujuh, syurga, neraka, kiamat, dan lain2....

Wallahua`lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 12:47 PM | Show all posts
Salam TT
Apa pemahaman puan ttg SAKA.
Apa itu SAKA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 01:46 PM | Show all posts
Salam TT
Apa pemahaman puan ttg SAKA.
Apa itu SAKA
aai66 Post at 10-11-2010 06:47


SAKA atau syaitan yang mengganggu diri tidak semestinya apa yang kita sangka iaitu umpama satu entiti yang menakutkan. Apa yang sebenarnya berlaku ialah syaitan tersebut akan menyebabkan kecelaruan dalam metabolisme tubuh badan. Yang disangka akibat pemakanan yang tidak betul atau penyakit...Apabila kecelaruan ini terjadi maka salah satu hasilnya ialah apa yang kita alami pada sekujur jasad.

Sepatutnya tubuh badan insan yang hebat serta sempurna tiada punya masalah menghadapi apa cabaran luaran dan dalaman 99% penyakit sebenarnya berpunca gangguan gelombang syaitan ini.

Doktor perubatan hanya dapat mendiagnosis masalah luaran kerana tiada alat moden yang dapat mengesan hal-hal kerohanian Akar atau intipati penyakit tak dapat di'singkir'kan. Misalnya..apabila sel kanser dibuang, sel-sel normal yang tinggal kana tetap menghasilkan sel kanser yang baru. Pakar perubatan moden hanya dapat mengandai bahawa sel -sel mempunyai 'memori'. Sebenarnya dengan Nur-Al Haq sahaja yang mampu memadamkan 'memori batil (negatif)' kepada 'memori yg haq (positif)' yang sepatutnya dimilki oleh khalifah teragung di alam maya ini..

Konsep ini telah dibicarakan secara jelas oleh Ust.Ateef dalam karangan ebooknya di http://rahsiahebat.biz
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 06:42 PM | Show all posts
terima kasih soulha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:07 AM | Show all posts
Hasilnya, badan menjadi lemah dengan banyak penyakit, penghantaran saraf lambat, IQ lemah, mudah migrain, Iman tidak kukuh ,susah terima Ilmu, Keegoan yang tinggi..
soulha Post at 11-4-2010 21:49



    sangat betul yang ini la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 08:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by soulha at 18-12-2010 17:21

apa yang penting sekarang dapatkan kuasa diri untuk menakluki gelombang2/frekuansi2 jin/iblis dengan pendekatan2 yang telah dimodenkan masakini..Insyallah saya akan cuba jelaskan konsep yang terkini dengan gabungan ust ateef dan juga zainal ad-din yg baru saja menerbitkan ebooknya http://rahsiapanjangumur.com

kerana Insan sebagai khalifah Allah yang memikul amanah yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain walaupun jin..gunung ganang dsb. haruslah tahu ke mana tujuan urusan itu semua barulah bermanfaat hidup di dunia ini...

Oleh kerana Khalifah Allah..pastinya insan itu ada powernya..cam ne nak dptkan powernya ada teknik2nya yg jarang didedahkan oleh mana2 kursus atau perguruan masakini.

pemahaman konsep 'kuasa diri ' yg dibawa oleh Ust.Ateef dan Zainal Ad-Din utk memusnahkan gelombang2 saka atau penyakit yang paling ampuh dan berkesan adalah dengan kaedah Zero Point Energy (ZPE) ia bukannya produk..bukannya dengan kuasa tarikh lahir...bukannya apa2 alat atau bantuan..ini asas yg digunakan oleh Saidina Daud AS ..Saidina Sulaiman AS..hanya diri dan Allah saja :

Ok kita teruskan kepada konsep yang dijelaskan :

1-Ilmu menguatkan aura adalah ilmu biasa. Biasanya untuk menguatkan  aura boleh saja pakai alat-alat tertentu atau latihan senaman tenaga dalam , persilatan atau meditasi biasa

2. Setakat ni kita tengok cara pembangkitan minda supersedar kebanyakan tak tepat jadi tenaga yang didapati adalah tenaga peringkat rendah. Tenaga dalam peringkat rendah ni hanya boleh maintain sikit-sikit sahaja body manusia. Ia tiada kuasa nak rangsang ZPE untuk menukar bentuk organ yang rosak dan lain-lain

3. Tenaga ZPE dari kuasa minda super sedar menjadikan seorang itu super natural bukan sahaja tenaga2 kasar seperti kebal dan membengkok besi tu masih peringkat rendah

4. Secara tersiratnya kuasa minda supersedar ini adalah kuasa diri (yang tersembunyi)

5. Tenaga yang dipindahkan adalah sangat melimpah-limpah bukan dari tenaga yang masih 'kasar' contohnya dari bintang, dari persekitaran atau dari apa-apa yg lain. Sbb  ZPE dari tenaga (zero)..yg mewujudkan atom, yg mewujudkan jasad nyata

6. ZPE ni yg diubah sebenarnya adalah ruh bukan cakra dll.

So..apakah Zero Point Energy

-Tenaga yang mencipta atom-atom
-Tenaga yang sangat suci dan halis
-Sangat Pantas dan menembusi apa saja
-Tenaga pintar di bawah kawalan Minda
-Memulihkan organ badan rosak dengan pantas
-Sebelumnya dimiliki oleh para waliyullah,pemikir agung,panglima teragung dan penyembuh tersohor(super-healer)

Itulah rahsia kuasa insan....sbg khalifah allah..mereka memiliki perbendaharaan yang cukup hebat !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 11:26 PM | Show all posts
Bagaimana utk dapatkan rahsia kuasa Insan ini ? Untuk memusnahkan teknologi2 Iblis...itulah yg dibongkar..

Kita renungi ayat 10 dari Surah As-Saba` : Sesungguhnya telah kami anugerah kepada Daud AS.Firman kami : Hai gunung2,ikutilah tasbih bersama Daud dan Hai burung2,ikutilah juga tasbihnya.Dan kami lembutkan besi untuk Daud.

Sepertimana kita kan..dan pernah terbaca catatan Ust.Ateef dari Ebook Rahsia Pemusnah SAKA dan mengikuti perbincangannya..

Insan sebagai khalifah Allah yang memikul amanah yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain walaupun jin..gunung ganang dsb. haruslah tahu ke mana tujuan urusan itu semua barulah bermanfaat hidup di dunia ini.

Untuk Menjadi Insan Bermanfaat/Hebat (yg dicipta dari air yg bermanfaat dan hebat=Maiin Maheen) pastinya ada 'kuasa'...macam mana nak dpt kuasa ni !

Pada ayat tadi Saidina Daud dpt kuasa melembutkan besi atau mendapat teknologi berkaitan dengan besi..dan dunia moden skrg perindustrian besi dikuasai oleh Yahudi di negara Jerman...Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..tanpa membedakan anutan agama dan bangsa utk mengurniakan ilmuNya yang maha luas..

Tidakkah memberi cabaran kepada umat Islam seluruhnya..? kita lihat hari ini mmg orang Islam adalah sebagiai Pengguna..dalam semua aspek teknologi dunia moden..

Tidakkah semuanya sudah dijelaskan dalam Al-Quran seperti juga Kisah Nabi Isa AS yg mengambil segumpal tanah kemudian membentuk seekor burung dan terus meniupkan (memasukkan ruh) kemudian jadi seekor burung yg terus terbang..

Dari seekor burung tersebut org barat cuma mengkaji dan memerhati penciptaan kapal terbang yang memberi manfaat kepada seluruh dunia bahkan negara Islam yg membawa billion umat islam menunaikan rukun Islam ke-5...

Jadi berdasarkan kajian penulis dalam Rahsia Panjang Umur adalah lebih memfokuskan kepada KUASA DIRI yang diamanahkan oleh Allah sebagai Khalifah di muka bumi seharusnya mempunyai Kuasa...

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu dengan izinNya tetapi jalan usaha dan ikhtiar (memilih) adalah tugas Insan jua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 11:11 AM | Show all posts
saya harap dpt kongsi ilmu atau doa2 ttg mcm mana nak kuat diri atau doa pelindung... utk kekuatan rohani... pernah terbaca.. bakteria ke virus ni kalau sebelum makan kita baca 'dengan nama Allah.." kita akan terhindar dari dpt sakit perut..

p/s ; saya paham la sikit apa yg dikupas di atas cuma terlalu advance .. pening sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 11:22 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 16-3-2011 10:11 AM
saya harap dpt kongsi ilmu atau doa2 ttg mcm mana nak kuat diri atau doa pelindung... utk kekuatan r ...

sekrang ni byk ilmu mudah dicapai...tp praktikalkan tu macam2 gangguan alam kasar ni..tak istiqamah..tapi sekurang2nya ada pendinding paling kurang pun dgn al-quran..ya betul...itu lah antara hikmah islam mengajar dari kita kuar perut ibu smp ke liang lahat..mulianya anak adam ni,,,nak makan ke nak apa2 pun semua diajarkan secara syariat..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.396573 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list