CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4162|Reply: 23

Heart Breaking Story: Baarah Sameh, si kecil yg tabah menghadapi ujian

[Copy link]
Post time 24-6-2010 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Salam. Dlm 2 3 hari ni asyik ngadap utube carik VC budak2 ngaji. Pastu jumpa satu VC yg sgt menyentuh hati bacaannya. Pastu jumpa plak ada kesah sedih di sebaliknya. Pastu akak pun gigih mengoogle.... (Berapa byk pastu daaa!)

Just nak share. Cerita ni sgt mengesankan. Really inspiring dan juga heart breaking. Semuga kita sama2 mendpt iktibar dan belajar dgn ketabahan si kecil ini.

ps:tq akak Sun sebab ajar cara bukak tred



Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang  yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid  yang betul. Malangnya, tragedi  menimpa  dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya  di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama  akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya  apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca  sampai ayahnya pulang  dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya  terkejut dgn berita mengenai ibunya itu  lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi.  Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan  untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan,  cukup meyakinkan bhw  ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat  Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2010 12:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 24-6-2010 12:16

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus  untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga  membuatkan pengacara program tersebut menangis terisak2.

Saya yakin ia pasti mengalirkan air mata kepada sesiapa sahaja yang mendengar bacaan yg merdu ini.




Dan ini satu lg bacaan Bara’a:



Sesiapa yg ingin melihat/membaca versi Arab, bleh pergi ke link berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=tdjIGSRqu9g
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2010 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 24-6-2010 12:23

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a:



Dan ini terjemahan inggeris lagu tersebut:
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…


Versi pjg termasuk sajak kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=tjV1HiQJ6bA

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia masih di hospital berjuang untuk hidupnya. Marilah mendo'a  utk kesejahteraan dan kesihatan buat anak ini.


sumber:
http://katib.wordpress.com/2010/ ... %80%99a%E2%80%9D-2/
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 05:42 PM | Show all posts
Takde kata, takde bicara...

Dia dalam rahmat Allah...

Kalo ada kata kata yang terlebih baik, memang untuk Baarah Sameh si anak yang tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:56 PM | Show all posts
sgt menyedihkan..mmg dia insan yg terpilih..syurga mmg tuk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 11:28 PM | Show all posts
cuma nak komen pastu...pastu tu he he ..anak i yg kecik dulu masa darjah 3 tu BM tak pandai..tu dia dok speaking london gamaknya he he..exam akhir tahun karangan..akak tanya boleh buat ? dia kata boleh...senang je karangan gambar budak jumpa kucing..bila dpt kertas dia tulis gini

pada satu hari ali berjalan pulang dari sekolah
lepas tu dia berjumpa seekor kucing
lepas tu dia membawa kucing itu balik ke rumah
lepas itu dia memandikan kucing itu
lepas itu dia memberi kucing itu makan

total marks 3/30... sib baik ada paper 1, boleh lah lulus cukup2 makan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2010 12:05 AM | Show all posts
sangat2 syahdu & terharu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:08 AM | Show all posts
bukan semua org tabah mhadapi ujian mcm ni.  ada yg bunuh diri, ada yg menyalahkan Tuhan.

namun sgt sedikit yg terus bersyukur & bersyukur kpd Allah wlpn diuji sgt teruk dgn kanser sehingga mati. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan mrk ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 10:58 AM | Show all posts
aku lum dgr dia ngaji kt utube atas tu, baru tgk pngacara dia nangis,aku pn terus sebak...lebih2 pas dgr dia ngaji....doa untuk baarah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:50 AM | Show all posts
utube takleh bukak kat opis haku......dengki lah nih ngan korang....aku nk tgk gak....huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:54 AM | Show all posts
utube takleh bukak kat opis haku......dengki lah nih ngan korang....aku nk tgk gak....huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:56 AM | Show all posts
semoga Bara'a terus kuatkan semangat....................
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by wickedcat at 25-6-2010 12:05

sorry terpost 2 kali.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:05 PM | Show all posts
sedihnye...meremang bulu roma dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:08 PM | Show all posts
sedey
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:12 PM | Show all posts
sedihnya...tabah sungguh dia..
menangis aku dgr bacaan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2010 12:22 PM | Show all posts
Salam
Bg yg x leh tengok utube, boleh cuba sini
http://www.dailymotion.com/video ... n-du-coran-p_webcam
  or
http://crazymotion.net/magnifiqu ... uHOmLuInQWAjAy.html


Wokeh, selamat menangis dan selamat membaca Quran
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:56 PM | Show all posts
alahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:03 PM | Show all posts
Just like people used to say..Obstacles aren't obstacles but just setbacks.....

Thanks for sharing this it is quite inspiring..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:18 PM | Show all posts
semoga tabah si anak kecil Baraa'a
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081923 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list