CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

Belasungkawa: Al Faatihah buat lagenda yang telah Pergi

  [Copy link]
Post time 26-8-2010 12:27 PM | Show all posts
Sarena Hashim



Masa aku kecik2 ingat2 lupa penyanyi ni...tapi mak aku suka gunting gambar2 dia ...
zamirra Post at 25-8-2010 23:06


Dia kawin dengan anak pengarah filim L Krishnan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 12:31 PM | Show all posts
Teh Faridah at Miss Universe 1976
Chempaka~Kasih Post at 25-8-2010 17:50


Kalo Teh Faridah, Ratu M'sia 1976 ni, dia dikaitkan
dengan gosip kapalterbang Cessna arwah Tan Sri
Ghazali or King Gaz yang terhempas kat Janda Baik.
My pa said ada ratu M'sia mati dalam kapal terbang tu.
So, i guess the miss Malaysia tu mesti Teh Faridahlah.
If she is still alive, gosip tu tak betullah..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:35 PM | Show all posts
TZ...Teh faridah ni pelakon ke selebriti thn 70an ? ada info tak?
kodoklawa Post at 26-8-2010 06:00


Pernah jadi ratu perak then 2nd place ratu malaysia
tahun akhir 70an..then jadi model satu geng and kawan baik
dgn bini Musa Black (x dpm Musa Hitam) Zulaikha.
Pastu jadi pelakon filim loceng maut (keluaran 1980an) rasenye
dulu 4 5 tahun ader berlakon drama bersiri kat astrok
aku dh lupa nama dramanye tp tak pernah miz tgk
digandingkan dgn datuk sony abdullah yg hensem tu

.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:37 PM | Show all posts
Datuk Ahmad Mahmood
(Telah Meninggal Dunia 27 Ogos 2008)

Nama Penuh :        Ahmad Bin Mahmud
Tempat Lahir :        Rembau, Negeri Sembilan
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon, Pengarah, Penyanyi
Kemahiran :        Berlakon, Menyanyi



Pengalaman
Ahmad bin Mahmud dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 17 Mac 1927. Beliau pernah bekerja sebagai kerani dan operator telefon sebelum merantau ke Singapura pada awal tahun 1950-an.

Di Singapura, beliau memohon untuk berlakon dengan Keris Film dalam filem, Perwira di Lautan Teduh pada tahun 1951. Sayangnya, filem tersebut tidak dapat disiapkan untuk tayangan umum.

Ahmad Mahmud berlakon pula filem, Setia yang diarahkan oleh A. S. Simmons pada tahun 1952, terbitan United Film Productions.

Ahmad Mahmud dapat membuktikan keupayaan berlakon apabila berpeluang berkhidmat dengan Malay Film Productions (MFP) pada tahun 1953. Filem pertama beliau, Istana Impian yang membariskan Saadiah, Neng Yatimah, Aziz Sattar, dan S. Shamsudin, diarahkan oleh V. Girimaji.

Ahmad Mahmud cepat menarik perhatian para peminat filem Melayu pada ketika itu. Hal ini demikian kerana selain wajah kacak, beliau berbakat besar dalam lakonan, khususnya dalam memegang sesuatau watak. Pada tahun-tahun awal kemunculan beliau dalam bidang lakonan, beliau sentiasa memukau penonton. Hal tersebut diperlihatkan oleh beliau melalui filem, Iman yang dilakonkan oleh beliau bersama Saadiah, dan lain-lain.

Karisma beliau sebagai pelakon yang cukup berkemampuan terselah melalui filem, Hang Tuah yang diterbitkan pada tahun 1956. Dalam filem epik sejarah tersebut, Ahmad Mahmud memegang watak Hang Jebat yang kontra dengan watak Hang Tuah yang dilakonkan oleh P. Ramlee.

Ahmad Mahmud dan P. Ramlee seolah-olah bertanding berlakon untuk menghidupkan watak filem, Hang Tuah. Hasilnya, penonton memperoleh kepuasan melalui mutu dan hasil lakonan yang tinggi daripada mereka. Filem, Hang Tuah yang diarahkan oleh Phani Majumdar dilakonkan juga oleh Zaiton, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Haji Mahadi, S. Shamsudin, Aziz Sattar, Daeng Idris, dan Malek Sutan Muda.

Ahmad Mahmud sering meminjam suara penyanyi terkenal seperti R. Azmi dan Aziz Jaafar untuk babak nyanyian dalam filem, tidak seperti P. Ramlee dan Aziz Jaafar yang menyanyi dalam filem. Hal tersebut tidak bermakna bahawa Ahmad Mahmud tidak pandai menyanyi.

Ahmad Mahmud memilika suara yang baik sebagai penyanyi tetapi beliau tidak mahu menonjolkan diri. Sehinggalah pada suatu hari, pada tahun 1960, bakat nyanyian beliau yang tersembunyi itu berjaya dicungkil oleh Yusof B. Nyanyian Ahmad Mahmud diketengahkan dalam filem, Isi Neraka yang diarahkan oleh Jamil Sulong.

Bertolak daripada filem, Isi Neraka, Ahmad Mahmud tidak pernah menggunakan suara orang lain lagi untuk babak nyanyian dalam filem. Beliau akhirnya berlakon dan bernyanyi dengan suara sendiri seperti P. Ramlee dan Aziz Jaafar.

Ahmad Mahmud berlakon dalam tiga buah filem yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor. Filem tersebut ialah Teratai yang diarahkan oleh Omar Rojik pada tahun 1968, Tunggal yang diarahkan oleh S. Kadarisman pada tahun 1969, dan Lanang Sejagat yang diarahkan oleh Omar Rojik pada tahun 1969.

Pada tahun 1982, Ahmad Mahmud mengorak langkah menubuhkan syarikat filem beliau sendiri, Ahmad Mahmud Film. Filem pertama yang diarahkan dan diterbitkan oleh beliau ialah Mama Oh Mama yang dilakonkan oleh Azean Irdawaty, Dharma Harun dan Neng Yatimah.

Sebelum menerbitkan beberapa buah filem lain, Ahmad Mahmud menerima tawaran berlakon daripada K. Sariamah Film dalam filem, Ranjau Sepanjang Jalan pada tahun 1983. Filem yang diadaptasi daripada novel, Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad diarahkan oleh Jamil Sulong.

Pada tahun 1983, Ahmad Mahmud dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-3 menerusi filem, Dendam dari Pusara yang diarahkan dan diterbitkan oleh beliau. Ahmad Mahmud mendirikan rumah tangga dengan Khatijah Mohammad yang berasal dari Melaka pada tahun 1950-an.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam dunia perfileman, Ahmad Mahmud dianugerahi Darjah Datuk Paduka Tuanku Ja’afar yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2004.



Lakonan
1984
:
  Komplot - (Pelakon Utama)
1983
:
  Ranjau Sepanjang Jalan - (Pelakon Utama)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Pelakon Utama)
1981
:
  Mama Oh Mama - (Pelakon Pembantu)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Pelakon Pembantu)
1969
:
  Lanang Sejagat - (Pelakon Utama)
1963
:
  Nasib Si Labu Labi - (Artis Jemputan)
1962
:
  Ibu Mertuaku - (Pelakon Utama)
1962
:
  Siti Muslihat - (Pelakon Utama)
1961
:
  Seniman Bujang Lapok - (Pelakon Pembantu)
1961
:
  Sri Tanjung - (Pelakon Utama)
1960
:
  Isi Neraka - (Pelakon Utama)
1960
:
  Megat Terawis - (Pelakon Utama)
1960
:
  Lela Manja - (Pelakon Utama)
1958
:
  Taufan - (Pelakon Utama)
1957
:
  Mogok - (Pelakon Utama)
1956
:
  Hang Tuah - (Pelakon Utama)
1953
:
  Air Mata - (Pelakon Utama)
1953
:
  Istana Impian - (Pelakon Utama)
1951
:
  Matahari - (Pelakon Utama)

krew Filem
1984
:
  May 13 - (Pengarah)
1984
:
  Komplot - (Cerita Asal)
1984
:
  May 13 - (Penerbit)
1984
:
  Komplot - (Lakon layar)
1984
:
  May 13 - (Cerita Asal)
1984
:
  May 13 - (Lakon layar)
1984
:
  Komplot - (Pengarah)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Pengarah)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Cerita Asal)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Lakon layar)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Penerbit)
1983
:
  Dendam Dari Pusara - (Pengarah Seni)
1981
:
  Mama Oh Mama - (Penerbit)
1981
:
  Mama Oh Mama - (Cerita Asal)
1981
:
  Mama Oh Mama - (Lakon layar)
1981
:
  Mama Oh Mama - (Pengarah)

Anugerah
1983
:
  Festival Filem Malaysia ke 4 - Pelakon Lelaki Terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:38 PM | Show all posts
Dah jadik kes POLIS, tentulah semuanya kena rampas.
    Yang amik gambo tu laki dia gak,  ...
natashism Post at 25-8-2010 09:46 AM


anak dia yg pompan tu pena satu opis gan aku masa kat telekom dulu..nama dia arnida..kawen dgn anak dato tak silap..dah ade 3 org anak..aritu ade pasan uma banglo dia msuk dlm magazine..mmg putih gebu anak dia tu..seksi..abeh ikut muke rubiah superman
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:40 PM | Show all posts
birthday dia hari ni..


Dayang Sofia
Nama Penuh :        Dayang Sofia Binti Awang Ramli
Tempat Lahir :        Kuching, Sarawak
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon



Pengalaman
Dayang Sofia yang merupakan anak pasangan Awang Ramli dan Epol, dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 26 Ogos 1938. Ketika berumur tujuh tahun Dayang Sofia bersama ibu dan adik beliau berpindah ke Singapura.

Di Singapura, Dayang Sofia bersekolah di Sekolah St. Helda hingga Darjah Lapan. Penguasaan bahasa inggeris beliau baik disebabkan oleh persekolahan beliau yang agak tinggi itu. Salah satu hobi sewaktu bersekolah, ialah menonton wayang gambar.

Beliau menonton dua atau tiga buah filem sehari pada hujung minggu yang kebanyakannya filem Inggeris dan Melayu. Walaupun beliau suka menonton wayang, beliau tidak minat berlakon filem. Beliau berpendapat bahawa berlakon merupakan tugas yang berat yang memerlukan bakat semula jadi. Bakat semula jadi itulah yang pada pandangan Dayang, tidak ada pada beliau.

Pada suatu hari, seorang kawan memberitahu Dayang Sofia bahawa P. Ramlee memerlukan seorang baharu arahan beliau. Justeru, Dayang menulis surat kepada Pengurus, Malay Film Productions (MFP), memohon menjadi pelakon. Di luar dugaan beliau, MFP memberi jawapan. Beliau diminta ke studio untuk menjalani uji bakat. Tanpa menaruh sebarang harapan, Dayang Sofia hadir ke studio untuk diuji bakat.

Di Studio, orang yang bertanggungjawab menguji bakat beliau ialah P. Ramlee, memandangkan P. Ramlee memerlukan seorang pelakon baharu. Seluruh badan Dayang Sofia menggigil apabila berdepan dengan P. Ramlee yang selama ini wajah beliau hanya dilihat di layar perak.

�Bagus, awak lulus dalam ujian ini.� Dayang sofia seakan-akin tidak percaya apabila kata-kata tersebut keluar daripada mulut P. Ramlee sambil memandang tepat ke muka beliau. Oleh hal demikian Dayang Sofia tersenarai dalam barisan pelakon yang akin membintangi filem, Bujang Lapok pada tahun 1957. Selain P. Ramlee, pelakon lain dalam filem tersebut ialah Aziz Sattar, S. Shamsudin dan Normadiah. Bujang Lapok merupakan filem bercorak komedi pertama yang diarahkan oleh P. Ramlee sejak dilantik sebagai pengarah filem pada tahun 1955.

Pada minggu pertama beraksi di depan kamera, lakonan Dayang Sofia agak kaku juga. Namun P. Ramlee begitu bersabar, tenang dan bijak membentuk perwatakan pelakon baharu itu. Masuk minggu kedua, Dayang Sofia sudah boleh menunjukkan keupayaan beliau berlakon seperti yang dikehendaki dalam skrip.

Dalam Bujang Lapok, Dayang Sofia berkasih dengan Aziz Sattar kerana terhutang budi Aziz yang menyelamatkan nyawa beliau. Pada akhir cerita filem tersebut, Dayang dan Aziz berkahwin. Yang berlaku dalam cerita itu akhirnya menjadi realiti. Dayang Sofia memasuki gerbang perkahwinan di alam nyata dengan Aziz Sattar. Mereka menjadi suami isteri pada tahun 1958 dalam majlis akad nikah yang hanya disaksikan oleh anggota keluarga terdekat daripada kedu-dua belah pihak. Walau bagaimanapun mahligai yang didirikan mereka hanya bertahan selam 22 tahun. Dayang Sofia dan Aziz Sattar bercerai pada tahun 1980. Perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak.

Selepas Bujang Lapok, Dayang Sofia terus berlakon dalam filem-filem arahan Jamil Sulong, Omar Rojik, Dhiresh Ghosh, dan Ramon Estella. Dalam kesemua filem tersebut, beliau hanyalah pelakon pembantu.

Dayang Sofia meninggalkan dunia perfileman selepas berlakon dalam filem Satu Titik di Garisan yang diarahkan oleh M. Amin pada tahun 1972, terbitan Cathay Keris Film. Dayang Sofia kini menetap di Brunei Darussalam setelah memilih jejuna Brunei sebagai pasangan hidup beliau.



Lakonan
1973
:
  Satu Titik Di Garisan - (Pelakon Utama)
1965
:
  Sayang Si Buta - (Pelakon Utama)
1964
:
  Tiga Abdul - (Pelakon Utama)
1964
:
  Mambang Moden - (Pelakon Utama)
1963
:
  Nasib Si Labu Labi - (Artis Jemputan)
1957
:
  Bujang Lapok - (Pelakon Utama)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2010 12:41 PM | Show all posts
Ooooo...dia ni. Memang dia ni kawen 4-5 times. Laki pertama,
    pemuzik. Tak tawu sapa.  ...
natashism Post at 24-8-2010 03:57 PM


ade lagi laki lain la..sblom kawen gan mahathir ni..masa tu dia kat vegas tu lagi..omputih gak..jd ke ape.lupe nama ape..cerai baru jumpe yg skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:45 PM | Show all posts
Osman Gumanti
(Telah Meninggal Dunia 14 Disember 1973)
Nama Penuh :        Osman Gumanti
Tempat Lahir :        Minangkabau, Sumatera, Indonesia
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon, Penari, Penyanyi
Kemahiran :        Berlakon, Menari, Menyanyi


Pengalaman

Osman Gumanti dilahirkan di Minangkabau, Sumatera, Indonesia pada tahun 1916. Osman Gumanti meminati bidang seni tari tradisional Indonesia semenjak di bangku sekolah di Minangkabau.
Guru tarian di sekolah beliau, menanamkan semangat dalam kalangan pelajar supaya mereka cinta akan seni tari seperti cinta akan tanah air sendiri. �Apabila kamu menjaga kehalusan seni tari bererti kamu memelihara keagungan bangsa,� ingatan oleh guru tarian beliau itu selalu diceritakan oleh Osman Gumanti kepada P. Ramlee.
Setelah meningkat dewasa Osman Gumanti suka menyertai pertandingan tarian dan selalu pula muncul juara. Hal tersebut menjadikan beliau di serata daerah di Minangkabau. Osman Gumanti pernah diundang menari di Istana Siak, Acheh, di depan para pembesar termasuklah pegawai tinggi Belanda yang menjajah Indonesia pada masa itu. Osman Gumanti akhirnya memutuskan untuk mengabdikan diri beliau kepada bidang seni tari. Lalu, beliau menyertai beberapa rombongan sandiwara sebagai tapak awal untuk menjadi penari profesional.
Di pentas sandiwara, selain menjadi penari utama, Osman Gumanti mencuba pula kebolehan beliau dalam bidang seni lakon. Ternyata bakat lakonan yang ada pada diri beliau telah memerkasakan kerjaya seni beliau di pentas sandiwara. Bersama-sama rombongan, Bolero pada akhir 1940-an, Osman Gumanti berpeluang menjelajah Malaya dan akhirnya ke Singapura pada tahun 1950. Di Singapura, Osman Gumanti bukan sahaja membuat persembahan sandiwara bahkan membuat persembahan di kabaret seperti Great World Cabaret dan New World Cabaret.
Dalam salah satu persembahan beliau di New World Cabaret, seorang pengarah filem dari Shaw Malay Film Productions (MFP), menonton persembahan beliau, B. S. Rajhans tertarik dengan persembahan Osman Gumanti lalu menawarkan beliau berlakon dalam filem baharu yang akan diarahkan oleh beliau.
Osman Gumanti memang mencari peluang untuk berlakon filem kerana melihat prospek yang lebih baik dalam bidang yang baharu berkembang itu. Beliau mendapat tawaran daripada B. S. Rajhans dengan peranan yang tidak menepati permintaan beliau. Namun, disebabkan oleh minat, beliau menerimanya.
Pembabitan Osman Gumanti bermula dengan tarian apabila beliau menjadi penari utama dalam filem, Chinta dan Nilam. Kedua-dua filem tersebut yang dilakonkan oleh S. Roomai Noor dan Siput Sarawak itu diarahkan oleh B. S. Rajhans.
B. S. Rajhans mengambil langkah berani dengan meletakan Osman Gumanti sebagai pelakon utama dalam filem, Rachun Dunia pada tahun 1950. Osman Gumanti berlakon di samping Kasma Booty, Siput Sarawak dan P. Ramlee yang memegang peranan pembantu.
Lakonan Osman Gumanti sebagai hero dalam Rachun Dunia cukup memuaskan. Beliau sekali lagi diberikan peranan utama dalam filem, Seri Murni pada tahun 1950. Filem arahan B. S. Rajhans itu juga menggabungkan lakonan Osman Gumanti dengan Kasma Booty, A. R. Tompel, dan Daeng Idris.
Filem ketiga lakonan Osman Gumanti, Aloha pada akhir tahun 1950 membuktikan bahawa nama beliau mula bersinar sebagai bintang kesukaan ramai. Aloha mendapat sambutan yang baik daripada Rachun Dunia dan Seri Murni yang dilakonkan oleh Osman Gumanti.
Aloha dilakonkan oleh Osman Gumanti sebagai hero, Mariam sebagai heroin dan P. Ramlee yang memegang watak pembantu. Turut tampil dalam filem arahan L. Krishnan itu ialah A. R. Tompel, D. Harris, Daeng Idris, Roseminah, Jaafar Wiryo, dan Siti Tanjung Perak.
Setelah berlakon dalam tiga buah filem lagi, kedudukan Osman Gumanti di MFP agak goyah kerana kedudukan P. Ramlee yang lebih menonjol sebagai pelakon dan penyanyi. Osman Gumanti yang tertekan dengan keadaan itu, menarik diri dari MFP untuk menyertai syarikat Nusantara Film.
Osman Gumanti sempat berlakon dalam sebuah filem sahaja di Nusantara Film. Selepas itu syarikat filem tersebut ditutup. Filem tersebut berjudul, Dian yang diarahkan oleh Naz Achnas dan turut dilakonkan oleh S. Kadarisman dan Normadiah. Tidak lama selepas itu, Osman Gumanti balik ke Indonesia dengan menjadikan Jakarta sebagai pusat kegiatan beliau dalam bidang seni tari. Pada pertengahan tahun 1971, Osman Gumanti mengunjungi P. Ramlee. Ketika itu P. Ramlee merupakan pengarah di Studio Merdeka. Selepas berita mengenai Osman Gumanti tidak kedengaran lagi sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1980-an di Indonesia.

Lakonan
1953
:
  Putus Harapan - (Pelakon Pembantu)
1952
:
  Tas Tangan Wanita - (Pelakon Utama)
1950
:
  Aloha - (Pelakon Utama)
1950
:
  Rachun Dunia - (Pelakon Utama)
1950
:
  Dewi Murni - (Pelakon Utama)

krew Filem
1950
:
  Rachun Dunia - (Koreografer)
1949
:
  Nilam - (Koreografer)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 12:45 PM | Show all posts
Kalo Teh Faridah, Ratu M'sia 1976 ni, dia dikaitkan
dengan gosip kapalterbang Cessna arwah Tan  ...
natashism Post at 26-8-2010 12:31


Salah tu..ratu lain (chinese)
teh still alive walau dah berumur
still beautiful and cara die bercakap
mcm Noor Azizah coz dua2 org perak
kekadang cair jugak peraknye
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:46 PM | Show all posts
Reply 1547# ashra

Commodores tu kump. Lionel Richie dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:48 PM | Show all posts
A.R Tompel
(Telah Meninggal Dunia 1973)
Nama Penuh :        Aman Ramli Bin Jaafar
Tempat Lahir :        Tanjung Balai, Asahan, Indonesia
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon



Pengalaman
A. R. Tompel atau Aman Ramli dilahirkan di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Semenjak di bangku sekolah, Tompel amat berminat dalam mengarang,khususnya mengarang cerita dan rencana. Minat beliau yang mendalam dalam karang-mengarang dipengaruhi tabiat beliau yang kuat berkhayal. Apabila meningkat remaja, beliau menumpukan perhatian yang penuh pada minat mengarang. Beliau berupaya mengarang cerita untuk pementasan sandiwara.

Cerita yang dikarang oleh beliau sarat dengan sindiran tajam terhadap penjajahan Belanda yang diselit secara halus.

Pada suatu ketika, Tompel mengarang cerita lucu secara bersiri, antaranya termasuklah Nasib Si Tompel, Mimpi Si Tompel dan Si Tompel Tertuduh. Siri Si Tompel cukup disukai ramai sehingga beliau mendapat julikan �Tompel�. Julukan tersebut kekal sehingga ke akhir hayat beliau.

Ketika berusia awal 20-an, A. R. Tompel menyertai kumpulan sandiwara, Keris Opera. Beliau melakukan pelbagai pekerjaan, sama ada di belakang pentas ataupun di depan pentas. Di belakang pentas, beliau mengarang cerita, mengatur set, dan sebagainya. Sementara, di depan pentas, beliau menari, berlakon dan berlawak.

Pada tahun 1946, A. R. Tompel ke Singapura bersam-sama rombongan sandiwara Rayuan Asmara. Di dalam rombongan tersebut, Tompel menjadi penulis cerita, pelakon dan penolong pengarah pementasan. A. R. Tompel beralih kedunia perfileman pada tahun 1949 untuk mengembangkan kerjaya beliau dalam bidang penulisan dan lakonan.

Tompel diterima bekerja di Syarikat Malay Film Productions (MFP) yang pada ketika itu sedang menambahkan jumlah pekerjanya sama ada di depan kamera ataupun di belakang kamera. Kebolehan Tompel menguntumkan MFP. Tompel bukan sahaja berupaya melakonkan watak lucu, malah beliau juga berupaya menjalankan tugas membantu pengarah filem. Pada ketika itu MFP hanya mempunyai seorang pengarah filem iaitu B. S. Rajhans yang berasal dari India.

A. R. Tompel mula dikenal oleh para peminat filem Melayu apabila beliau berlakon dalam filem Rachun Dunia, arahan B. S. Rajhans pada tahun 1950. Rachun Dunia dilakonkan oleh Osman Gumanti, Kasma Booty, Siput Srawak, dan P. Ramlee yang pada ketika itu hanyalah seorang pelakon pembantu. Dalam filem terse but, Tompel membawakkan watak lucu. Watak lucu yang dibawa beliau sungguh menghiburkan sehingga penonton ketawa terbahak-bahak.

Walaupun Tompel bekerja di MFP, beliau juga bekerja dengan syarikat Nusantara Film, secara rahsia. Nusantara Film merupakan pesaing MFP. Di Nusantara Film, Tompel menulis skrip sekaligus mengarah filem. Oleh sebab bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang, beliau menggunakan nama samaran, �Armaya�. Di Nusantara Film, beliau telah mengarah enam buah filem antaranya termasuklah Perkahwinan Rahsia, Norma, Chinta Murni, Sehati Serasa, Sesal Tak Sudah, dan Seniati.

Setelah kontrak beliau tamat dengan MFP pada akhir tahun 1951, A. R. Tompel kembali meneruskan kegiatan bersandiwara. Beliau memimpin rombongan sandiwaranya sendiri, Kenchana. Bersama-sama Kenchana, Tompel menjelajah ke serata daerah di Tanah Melayu, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Selepas lapan tahun memimpin rombongan sandiwara, A. R. Tompel kembali semula ke persada filem. Pada tahun 1961, A. R. Tompel mengarah sebuah filem di MFP, iaitu Abu Nawas yang dilakonkan oleh Jah Ismail, Yusof Bujang dan beliau sendiri. Pembabitan beliau dalam filem diteruskan melalui filem-filem arahan P. Ramlee. P. Ramlee banyak mengundang A. R. Tompel menjayakan filem-filem komedinya antaranya termasuklah Laksamana Do Re Mi yang merupakan filem terakhir lakonan A. R. Tompel dan filem terakhir arahan P. Ramlee.

A. R. Tompel pernah berkahwin sebanyak empat kali. Pertama, dengan P. Suriati, kedua, dengan Salmah Ismail, ketiga, dengan Jah Ismail, dan kempt dengan Ruminah Sidek. Jejak A. R. Tompel dalam bidang perfileman diikuti oleh anak beliau, iaitu A. R. Badul, Amran, dan Adlin Aman Ramli. A. R. Tompel menghembuskan nafas terakhir beliau di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1973 akibat kemalangan jalanraya.



Lakonan
1972
:
  Laksamana Do Re Mi - (Pelakon Utama)
1968
:
  Gerimis - (Pelakon Pembantu)
1968
:
  Ahmad Albab - (Pelakon Utama)
1968
:
  Anak Bapak - (Pelakon Utama)
1967
:
  Keluarga 69 - (Pelakon Utama)
1966
:
  Do Re Mi - (Pelakon Utama)
1966
:
  Nasib Do Re Mi - (Pelakon Utama)
1951
:
  Bapa Saya - (Pelakon Utama)
1950
:
  Aloha - (Pelakon Pembantu)
1950
:
  Takdir Illahi - (Pelakon Pembantu)
1950
:
  Rachun Dunia - (Pelakon Pembantu)
1950
:
  Dewi Murni - (Pelakon Pembantu)

krew Filem
1968
:
  Gerimis - (Lakon layar)
1968
:
  Ahmad Albab - (Lakon layar)
1968
:
  Anak Bapak - (Lakon layar)
1967
:
  Keluarga 69 - (Cerita Asal)
1967
:
  Keluarga 69 - (Lakon layar)
1967
:
  Sesudah Subuh - (Lakon layar)
1966
:
  Do Re Mi - (Cerita Asal)
1950
:
  Aloha - (Pembantu Pengarah)
1950
:
  Takdir Illahi - (Pembantu Pengarah)
1950
:
  Takdir Illahi - (Cerita Asal)

source : sinemamalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:48 PM | Show all posts
Baju hitam (2 dari kanan),
Chempaka~Kasih Post at 26-8-2010 12:10



    gambar tu betul teh tp die bukan fashion designer
    mungkin dah jadi butik owner kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:53 PM | Show all posts
12 Jun 2009
OMAR ROJIK PENGARAH PERUBAHAN
Oleh : Faizal Fauzi


Omar Rojik
Pada 3 Mei 1997 dunia filem kita telah kehilangan seorang pengarah dan pelakon besar yang banyak menghasilkan warisan yang akan menjadi kenangan dan kajian untuk yang meminati dan yang menghargai filem Melayu. Bintang besar yang dimaksudkan itu ialah Seniman Omar Bin Ali atau lebih dikenali sebagai Omar Rojik.

Omar Rojik dilahirkan pada 23 November tahun 1923 di Kulim Kedah. Tidak pernah terlintas di sudut hatinya bahawa dia akan memilih dunia perfileman sebagai tempat mencari rezeki pendapatan suatu hari nanti. Beliau pada mulanya berkerja sebagai seorang mekanik ketika zaman pemerintahan Jepun dahulu di lapangan terbang. Selepas itu beliau menuju ke Singapura untuk menawarkan dirinya sebagai mekanik tetapi tidak berhasil.


Adegan filem 'Sayang Si Buta'
Beliau kemudian berhasrat untuk pulang semula ke Kedah tetapi takdir telah menemukannya bersama R.Azmi seorang penyanyi dan pelakon yang berkerja di Studio Jalan Ampas ketika itu. Dengan pertolongan R.Azmi, beliau diterima menjadi buruh kasar di studio tersebut. Di sinilah corak hidupnya bergelar anak seni mula bertukar. Dari seorang buruh kasar menjadi pelakon kecil yang kemudian menjadi pelakon yang berwatak. Antara pelakon-pelakon yang pernah berlakon bersama beliau ialah P. Ramlee, Mariam, Ahmad Mahmud, Rokiah Ahmad, Saadiah, Rosnani, dan lain-lain.

Beliau kemudian berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip. Antara hasil-hasil penulisan beliau adalah Semerah Padi, Dandan Setia, Antara Dua Darjat, Sabaruddin Tukang Kasut, Dr. Rushdi dan lain-lain. Seperkara yang menarik mengenai skrip penulisannya adalah kualiti bahasanya kerana sebelum memasuki dunia citra filem, beliau merupakan seorang penulis yang giat dalam gerakan persatuan penulis.


Omar Rojik semasa perbincangan filem 'Singapura Dilanggar Todak'
Minat beliau di dalam dunia perfileman bukan hanya sekadar di arena bidang penulisan dan dunia lakonan sahaja tetapi jauh di sudut hatinya beliau menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pengarah. Beliau perlahan-lahan mula mendokong tanggungjawab sebagai penolong pengarah kepada pengarah-pengarah filem hebat ketika itu seperti Dato’ L. Krishnan, B.N Rao, Dhiresh Ghosh dan Dato’ Jamil Sulong.

Akhirnya pada tahun 1960, dengan rasminya Omar Rojik dilantik menjadi pengarah filem menerusi filem Sumpah Wanita. Beliau ialah salah seorang pengarah Melayu yang dilantik oleh Malay Film Productions selepas Haji Mahadi dan P.Ramlee. Selepas itu, beliau terus melangkah ke hadapan dengan mengarah pelbagai lagi filem seperti Sayang Si Buta, Pertarungan, Panji Semerang, Singapura di Langgar Todak dan banyak lagi sehingga MFP ditutup pada tahun 1967 dengan filem terakhir arahan beliau A Go GO 67 lakonan Aziz Jaafar dan Zaiton.


Omar Rojik
Beliau kemudian berhijrah bersama yang lain ke Merdeka Film Productions, di Hulu Kelang, Selangor pada tahun 1968. Di situ beliau telah mengarah 16 buah filem di antaranya Lanang Sejagat, Kalau Berpaut Di Dahan Yang Rapuh, Puaka, Si Luncai, Sayang Ibu dan sebagainya.

Omar Rojik merupakan seorang yang mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kemajuan yang lebih besar lagi dalam sesuatu usaha. Percubaan melakukan perubahan di dalam filem arahannya dengan jelas memperlihatkan sikapnya yang cuba mengejar kemajuan teknik filem yang telah dicapai oleh dunia filem luar pada masa itu.

Beliau merupakan salah sebuah kisah kejayaan anak Kedah. Sebagai pengarah filem, impak wawasan dan warisan filem-filem arahannya akan terus ditonton untuk mengenali peribadi Omar Rojik sebagai sasterawan, sebagai pemikir dan sebagai penggiat seni filem. Harimau mati meninggalkan belang. Omar Rojik meninggalkan hasil karyanya. Karyanya untuk warisan bahan dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:54 PM | Show all posts
Rokiah
Nama Penuh :        Rokiah Binti Ahmad
Tempat Lahir :        Gemas, Negeri Sembilan
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon



Pengalaman
Rokiah atau Rokiah binti Ahmad dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada 1926.

Rokiah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad, seorang pemuda Johor, dalam usia yang amat muda, iaitu pertengahan 14 tahun. Setahun, kemudian Rokiah sudah bergelar ibu.

Anak beliau dinamakan Zakaria bin Ahmad atau lebih dikenal sebagai A. Galak, seorang pelakon terkenal pada masa ini. Rokiah berpindah ke Johor Bahru setelah berumah tangga. Semasa tinggal di Johor Bahru, Rokiah selalu berulang alik ke Singapura kerana beliau mempunyai ramai kenalan di sana.

Sesekali, Rokiah mengunjungi Studio Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura untuk melihat dari dekat penggambaran filem dijalankan. Melihat pelakon-pelakon berlakon, Rokiah berpendapat bahawa berlakon bukanlah perkara yang sukar. Rokiah yakin bahawa beliau juga boleh berlakon.

Apabila filem, Dewi Murni yang diarahkan oleh B. S. Rajhans menghadapi masalah kekurangan pelakon tambahan, Rokiah yang kebetulan berada di studio ketika itu dipelawa berlakon untuk mengisi kekosongan itu.

Rokiah menerima bayaran sebanyak tiga ringgit untuk penggambaran sehari suntuk. Selepas itu, Rokiah berlakon lagi sebagai pelakon tambahan dalam filem, Aloha yang juga diarahkan oleh B. S. Rajhans. Dalam filem bercorak Hawaii tersebut, Osman Gumanti, Mariam dan P. Ramlee memegang peranan penting.

Pada tahun 1951, pengarah filem, S. Ramanathan membuka pintu dalam bidang lakonan yang lebih luas kepada Rokiah. Beliau sudah lama memerhatikan gerak-geri Rokiah. Rokiah mempergunakan peluang keemasan yang dianggap dapat memberikan sinar baharu dalam hidup beliau itu.

Dengan iltizam yang tinggi, itu Rokiah berjaya membuktikan bahawa beliau memang layak berlakon dalam filem, Berdosa pada ahun 1951. Hal tersebut bermakna bahawa Rokiah telah bermula dengan baik untuk meneruskan cabaran mengharungi dunia lakonan.

Filem, Berdosa dilakonkan oleh S. Roomai Noor, Siput Sarawak, dan Yem turut memperkenalkan Rokiah sebagai pelakon penting. Selesai berlakon dalam filem Berdosa yang diarahkan oleh B. S. Rajhans, Rokiah berpasangan dengan Osman Gumanti dan dibantu oleh Neng Yatimah, A. R. Tompel dan Siti Tanjung Perak dalam filem Bapa Saya.

Rokiah semakin terkenal apabila beliau berlakon dalam filem, Sejoli pada tahun 1951 di samping P. Ramlee dan Kasma Booty. Rokiah memegang watak anak orang kaya yang dengki denga kakak angkatnya angkara cinta terhadap seorang lelaki. Sejoli diarahkan oleh B. S. Rajhans. Filem lain yang menjulang nama Rokiah ialah Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan. Dalam kedua-dua filem tersebut, Rokiah berganding dengan P. Ramlee memegang watak utama.

Antara Senyum dan Tangis diarahkan oleh L. Krishnan pada tahun 1952, sementara Putus Harapan diarah oleh B. N. Rao. Setelah berlakon dalam filem, Kacha Permata yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1966, Rokiah meninggalkan dunia filem kerana tidak berminat lagi dalam bidang lakonan. Rokiah mahu menumpukan sepenuh masa beliau pada urusan rumah tangga.

Rokiah pernah menjadi isteri Jaafar Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam, Shaw Malay Film Productions. Mereka berpisah tidak lama sebelum MFP ditutup pada tahun 1967.

Pada tahun 1968, Rokiah berpindah ke Sweden kerana mempersuami Mohamad Tommy, seorang rakyat Sweden. Setelah menetap di Sweden selama lebih 30 tahun, Rokiah dan Mohamad Tommy pulang ke kampung beliau, iaitu Kampung londah, Gemas, Negeri Sembilan.

Suami beliau, Mohamad Tommy melakukan kerja-kerja penternakan dan menjalani kehidupan dalam persekitaran kampung yang masih kekal dengan keindahan alam semula jadi.



Lakonan
1958
:
  Gergasi - (Pelakon Utama)
1953
:
  Putus Harapan - (Pelakon Utama)
1952
:
  Antara Senyum Dan Tragis - (Pelakon Utama)
1952
:
  Yatim Piatu - (Pelakon Utama)
1951
:
  Sejoli - (Pelakon Utama)
1951
:
  Penghidupan - (Pelakon Utama)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:56 PM | Show all posts
Ada sape leh g taw tentang penyanyi yg nyanyi lagu MALAM INI KITA BERPISAH dlm felem
6 JAHANAM....m ...
zura97 Post at 26-8-2010 08:42



    Habibah Yaacob ..dier ni bekas anak murid
Tan Sri Dato' Hassan Azhari (atok mukaddm)
mengaji kat radio, sedap amat suara
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:57 PM | Show all posts
Baju hitam (2 dari kanan),
Chempaka~Kasih Post at 25-8-2010 20:10



    Ha tu lah Teh Faridah ... saya pun pernah masuk blog siapa entah ada gmar dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 12:59 PM | Show all posts
kak dar...elaine kang pun bukan...sarah loo pun bukan...jacinta lee maybe...sbb i x bole nk recall m ...
lindasam Post at 25-8-2010 17:39



    Bukan jacinta lee ,,, jacinta lee ni ha gambar nya

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:59 PM | Show all posts
hok pakai baju pink tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 01:02 PM | Show all posts
nak tny sket....

name penuh uji rahid, Fauziah Harun Al-Rashid, lahir pada tahun 1953.. ---->adik beradik ngan DHARMA HARUN ke......
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 01:03 PM | Show all posts
nak tny sket....

name penuh uji rahid, Fauziah Harun Al-Rashid, lahir pada tahun 1953.. ---->adi ...
JERONG_GERGASI Post at 25-8-2010 21:02



    tak kena mengena kebetulan jer nama bapaknya sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.886127 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list