CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 1

Shanmugaratnam dipilih Presiden Singapura ke-9

[Copy link]
Post time 2-9-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode

Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Jane Ittogi bertemu penyokong selepas keputusan diperoleh. - Foto REUTERS



SINGAPURA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Presiden republik itu, selepas memperoleh kemenangan besar melalui pilihan raya semalam.

Shanmugaratnam, 66, menang dalam undian yang dipertandingkan buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad.

Beliau memenangi 70.4 peratus undi menewaskan dua pencabar bagi menjawat kedudukan itu untuk penggal selama enam tahun.

Shanmugaratnam yang juga bekas menteri kewangan, berkata beliau percaya undi diterjemahkan rakyat Singapura adalah cerminan keyakinan mereka.

Beliau turut mengakui perubahan dan perkembangan di Singapura, terutama kepelbagaiannya, serta percaya pilihan raya itu dilihat sebagai satu lagi peristiwa penting dalam proses evolusi terbabit.

"Ia adalah undian optimis untuk masa depan dan kita boleh maju bersama serta menyokong satu sama lain sebagai rakyat Singapura.

"Saya menerima sokongan undi ini dengan perasaan rendah hati. Ia bukan sekadar undi untuk saya, ia adalah undi untuk masa depan Singapura," katanya dalam ucapan sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Semalam, rakyat Singapura mengambil peluang pergi ke pusat mengundi yang dilihat sebagai penanda aras dalam melihat sokongan kepada parti kerajaan selepas ia terpalit dengan beberapa skandal sebelum ini.

Ternyata, rakyat Singapura memberikan kemenangan buat Shanmugaratnam yang juga bekas pemimpin parti kerajaan, dengan lebih daripada dua pertiga undi, mengatasi dua pesaing lain.

Sementara itu, saingan utamanya iaitu bekas Ketua Pegawai Pelaburan GIC, iaitu dana kekayaan Singapura, yang menguruskan rizab asing negara itu, Ng Kok Song, hanya memenangi 15.7 peratus undi.

Beliau yang ditemui pemberita akur dengan keputusan terbabit.

"Keputusan jelas dan Shanmugaratnam memang mendapat mandat daripada rakyat Singapura," katanya.

Bagi jawatan presiden di Singapura, terdapat syarat ketat dalam memikul tanggungjawab itu yang secara rasmi menyelia rizab kewangan terkumpul republik terbabit dan mempunyai kuasa veto untuk menghalang langkah tertentu dan meluluskan siasatan antirasuah.

Walaupun jawatan presiden bukan partisan di bawah Perlembagaan, peraturan politik itu bagaimanapun ditarik menjelang pilihan raya bagi menggantikan penyandang, Halimah Yacob, yang mengumumkan tidak bertanding kali ini.

Shanmugaratnam dilihat secara meluas sebagai pilihan untuk jawatan itu, malah beliau bertindak meletakkan jawatannya sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) serta sebagai menteri kanan dalam Kabinet menjelang pilihan raya kerana semua calon presiden mesti bebas.

Beliau yang juga seorang pakar ekonomi bagaimanapun dilihat mendapat sokongan kerajaan menyebabkan tahap kebebasannya dalam aspek politik sering dipersoalkan ketika tempoh kempen.

Kerajaan Singapura dipimpin Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dari PAP, yang sudah memerintah Singapura secara berterusan sejak 1959.

Hsien Loong melalui kenyataannya berkata, rakyat Singapura sudah menyatakan suara dengan memilih Shanmugaratnam sebagai presiden.

"Beliau menang dengan margin yang muktamad," katanya.

Susulan kemenangan itu, Amerika Syarikat (AS) menghantar ucapan tahniah kepada Shanmugaratnam, sekali gus menekankan aspek saling menghormati, nilai bersama dan kepentingan bersama dengan Singapura. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:41 PM | Show all posts
tahniah di atas pelantikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.115348 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list