CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27751|Reply: 0

[Sabah] Masalah bekalan air di Kampung Karamunting selesai

[Copy link]
Post time 15-4-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode


BAIK PULIH: Kerja-kerja baik pulih dilakukan di kawasan perumahan Kampung Karamunting.

SANDAKAN: Masalah bekalan air di kawasan Skim Perumahan Kampung Karamunting berjaya dipulihkan sepenuhnya, Ahad lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai bekalan air di kawasan berkenaan terjejas.

Katanya, lawatan ke kawasan itu segera dilakukan untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk dan segera mendapatkan bantuan daripada Jabatan Air Sandakan.

“Setelah diperiksa, masalah itu berpunca disebabkan paip air sedia ada tersumbat dan perlu menukar sebanyak tujuh batang paip baharu.

“Justeru, kerja-kerja menukar paip baharu dilakukan sebaik sahaja penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan dilakukan selama satu hari dan masalah bekalan air di kawasan berkenaan pulih sepenuhnya.

George menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Air Sandakan kerana memberikan kerjasama dan bertindak pantas dalam setiap aduan yang diterima
“Saya berharap penduduk Kampung Karamunting dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa tanpa gangguan bekalan air bersih,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056811 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list