CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27810|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat korporat, perindustrian harus perhebat program CSR

[Copy link]
Post time 15-4-2024 07:00 PM | Show all posts |Read mode


Pang menyaksikan simbolik penyerahan televisyen daripada I-Smile Dental kepada PIBG SMK Bandar Bintulu hari ini.

BINTULU: Syarikat korporat dan perindustrian di bahagian ini digalak memperhebatkan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing buat warga tempatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Menurutnya, setiap syarikat harus menekankan aspek tanggungjawab sosial mereka kepada komuniti setempat sekali gus memberikan impak positif terhadap kumpulan sasar terutama dari segi kehidupan mereka.

"Sebaik-baiknya, setiap program CSR yang dijalankan membantu memperbaiki taraf hidup penduduk sekali gus membolehkan mereka terus bergerak maju dalam pelbagai aspek ke arah mencapai status kehidupan yang lebih baik pada masa depan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penyerahan sumbangan televisyen 65 inci daripada I-Smile Dental kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu hari ini.

Program ini secara amnya dikendalikan  di bawah projek Bandarian Digital Classroom (BDC) yang antara lainnya bertujuan mengukuhkan lagi komitmen untuk meningkatkan kemudahan digital di sekolah.

"Melalui sumbangan yang diberikan ini, SMK Bandar Bintulu kini memiliki 21 unit televisyen yang mana kesemuanya merupakan hasil daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat yang terdapat di Bintulu selama ini,” jelasnya.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada Klinik Gigi I Smile atas sumbangan yang cukup bermakna kepada warga sekolah khususnya pelajar yang menimba ilmu di sekolah terbabit.

"Saya berharap agar program ini akan terus berkembang dan menjadi contoh bagi syarikat-syarikat lain untuk turut serta dalam program CSR demi kesejahteraan komuniti kita," ujar Pang.

Justeru, beliau turut menyeru semua badan korporat dan perindustrian yang terdapat di Bintulu agar bersama-sama terus menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan khususnya yang melibatkan bantuan persekolahan ke arah mencapai tahap pendidikan yang berkualiti termasuk persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058081 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list