CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5068|Reply: 0

[Sabah] Dua bersaudara maut, tiga parah kemalangan di Kota Marudu

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:15 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

KOTA MARUDU: Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kejadian jam 1.50 tengah hari menyebabkan kedua-dua mangsa masing-masing berumur 17 dan 58 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, tiga lagi mangsa parah termasuk pemandu berumur 65, 85 dan 27 tahun dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati kesemua mangsa berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dalam perjalanan pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Kampung Gana dari arah pekan Kota Marudu.

"Ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, kenderaan terbabit hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit sebelah kanan menghala ke Kampung Gana lalu terbalik di parit simen.

"Impak kemalangan menyebabkan dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu yang parahdibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media di sini.

Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain dan individu lain terbabit dalam kemalangan itu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.257329 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list