CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 0

[Sabah] Pengurus Besar agensi kerajaan negeri terima suapan didenda RM15,000

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Ahmad Rudi (kiri) diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Pengurus besar sebuah agensi kerajaan negeri didenda RM15,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,110.00 lima tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Rudi Abd Rashid, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan alternatif dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan alternatif, tertuduh bagi pihak dirinya sendiri telah membuat urusan berhubung suatu harta iaitu wang tunai berjumlah RM8,110.

Kesalahan itu menyalahi Seksyen 23 ASPRM yang mana tertuduh telah menerima harta itu daripada seorang individu iaitu pemilik Syarikat Pemborong Putramas yang dimiliki Mohamad Sadeed Mohamad Said.

Perbuatan itu dilakukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria, Semporna, jam 5.30 petang pada 26 Februari 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh  didakwa mengikut Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta Kes, tertuduh bertugas sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semporna, didakwa meluluskan Baucer Bayaran bernombor BB021900065 berjumlah RM8,110 kepada syarikat milik Mohamad Sadeed.

Baucer itu adalah untuk bayaran Penyediaan Keperluan sempena Lawatan Mesyuarat LPP/MOA/JPA seramai 30 orang pada 28 hingga 31 Oktober 2018 sedangkan kerja-kerja berkenaan dilakukan tertuduh sendiri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew Ban Huat.

Terdahulu, Dominic melalui rayuan mitigasinya memohon hukuman denda ringan berdasarkan beberapa hujahan yang dikemukakan termasuk tindakan pengakuan bersalah anak guamnya.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa Mahkamah malah menunjukkan bahawa beliau kesal perbuatannya selain ingin bertaubat.

Katanya, ini juga adalah kesalahan pertama anak guamnya serta tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau malah beliau tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memerintahkan hukuman denda sebanyak RM15,000 dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh menjelaskan denda berkenaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.199466 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list