CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Sarawak] IPD Penampang tahan dua pengedar, rampas dadah bernilai RM1,550

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Salah satu bungkusan mengandungi dadah jenis syabu yang dirampas daripada suspek.

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kejayaan penahanan dalam dua operasi berasingan itu juga berjaya merampas sejumlah dadah yang dianggarkan bernilai RM1,550.

“Bertindak dengan maklumat risikan, tangkapan pertama berjaya dibuat pada jam 10 pagi 19 April lalu membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap suspek berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.42 gram yang dianggarkan bernilai RM800,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sammy berkata, tangkapan kedua pula dibuat pada jam 4 petang 24 April terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun yang memiliki satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu.

Katanya, bahan larangan seberat 5.14 gram itu dianggarkan bernilai RM750 pada harga pasaran semasa.

“Kesemua tangkapan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine (meth) dan amphetamine (amp) melalui hasil ujian saringan awal air kencing.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Dan Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau juga menyarankan masyarakat terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.115190 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list