CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Sarawak] PMR 2023 bagi Rumah Keli dan Rumah Gandum siap sepenuhnya

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode


Salah Projek Mesra Rakyat Tahun 2023 bagi Parlimen Sarikei yang sudah siap.

SARIKEI: Dua Projek Mesra Rakyat (PMR) Tahun 2023 bagi Parlimen Sarikei di Rumah Keli dan Rumah Gandum, dekat sini telah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, kedua-dua projek ini telah disahkan siap pembinaan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

“Dua projek yang bernilai RM108,700 itu dilaksanakan di bawah agensi pelaksana iaitu Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

“Projek ini telah membekalkan bahan binaan kepada penduduk rumah panjang berkenaan untuk aktiviti baik pulih dan penyelenggaraan rumah panjang berkenaan.
“Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk rumah panjang ini dan memastikan keselesaan mereka,” kata Huang semalam.

Terdahulu, Huang yang diwakili Kapitan Ling Dien Yong telah menghadiri Majlis Pengesahan Siap Kerja Projek Mesra Rakyat (PMR) Tahun 2023 yang dianjurkan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

Menurut Huang, beliau berusaha memastikan masyarakat luar bandar menikmati kehidupan yang selesa sama seperti penduduk di bandar.

“Kita akan berusaha membantu menaik taraf dan memberikan peruntukan kepada rumah panjang yang lain di kawasan Sarikei.

“Dalam masa yang sama, pihak kita berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilaksanakan pada projek ini.

“Kerja-kerja yang dilakukan mengikut standard kerja yang telah ditetapkan,” kata Huang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.209762 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list