Minggu lepas, kami menerima panggilan seseorang yang berkongsi cerita bahawa cikgu tarian Akademi Fantasia, Linda Jasmine kelihatan seperti hamil buat kali kedua. Sumber ini, yang juga peserta kelas tarian Linda Jasmine agak segan nak bertanya kepada empunya badan. Jadi, dia cuma mengagak sahaja. Katanya, memang jelas nampak Linda Jasmine ada baby bump.
Semalam, kami sempat melihat kelibat Linda Jasmine di sesi pengenalan 12 finalis AF9. Linda Jasmine yang memakai gaun hitam paras lutut ketika itu berada di sebalik tiang sambil menghubungi seseorang. Apa yang diceritakan oleh sumber tersebut memang benar, ya ada baby bump!
Mungkin, kandungan tersebut sudah pun berusia sekitar 3 bulan. Kalau benar Linda Jasmine hamil buat kali kedua, kami ucapkan tahniah kepada dia & suami, Que Haidar di atas berita gembira tersebut.