CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kairouseki

1001 cerita - kisah dan teladan perawat islam (Update 21/11/2014)

  [Copy link]
 Author| Post time 23-9-2013 03:47 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 20-9-2013 08:40 PM
macam mana la aku boleh terlepas pandang thread ni,best pulak tu..huhu..
Kalau ada kelapangan tu,ra ...

Nak wat rusuhan lak die ek!!! Kena akta anti rusuhan karang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 04:51 PM | Show all posts
alaa.. blog TT pon sangkut sampai amah ngan pisang ke... huhuuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kairouseki posted on 23-9-2013 03:47 PM
Nak wat rusuhan lak die ek!!! Kena akta anti rusuhan karang...

TT nak tangkap sy ke?ampon..nanti sy hantar mel jer la pada TT..(1 hari,seploh kali send)..boleh..?hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:30 PM | Show all posts
Lain macam pulak aku tengok si Ayu nie makan. Dah nak habis sesikat dah. Amin mengambil sebiji pisang kemudian dibacakan sesuatu. Sayup-sayup aku dengar Amin baca ayat Kursi secara perlahan. Mungkin tak mahu Ayu dengar apa yang dia baca. Kemudian dia menghulurkan pisang tersebut pada Ayu. “Nie saya ada pisang yang sedap nie.” Ayu memandang pisang di tangan Amin, kemudian dia menggelengkan kepala. “ Tak nak.. Pisang tu ada racun.” Kata Ayu sedikit mencebik.

“Mana ada racun. Tak kopek pon lagi pisang nie. Makan la.” Pelawa Amin lagi. Ayu masih berdegil. Dia cuba mengambil pisang yang lain. Dengan pantas Amin menyorokkan pisang yang cuba diambil Ayu. “Pisang yang nie tak boleh. Saya punya. Pisang kamu yang nie.” Kata Amin sambil menghulurkan pisang yang dibaca ayat tadi. Ayu tetap menolak. “Tak nak yang nie. Nak yang kat belakang awak tu..” kata Ayu sedikit sedih. Macam budak-budak pulak aku tengok. Tetiba Ayu menerkam kearah belakang Amin, diambilnya pisang yang Amin pegang. Amin membiarkan sahaja. Bukan apa, nak menghalang perempuan.

“Macam mana?” tetiba Wan bersuara. Amin tersenyum. “Meh la kita buat kerja. Jin yang kacau maid kau nie tengah merasuk dia. Tapi tak de hal. Bukan kuat sangat pun.” Amin kemudian berdiri di belakang Ayu. Tangannya memegang kepala Ayu sambil membaca Ruqyah.

Tetiba Ayu meronta. “ sakit la.. Jangan kacau aku makan boleh tak??” Ayu cuba menepis tangan Amin. Melihat keadaan itu aku terus memegang tangan Ayu. Ditepisnya tangan aku. “Kuat jugak minah nie.” Kata aku dalam hati. “jangan pegang kuat sangat. Sakit dia pulak.” Tetiba Amin bersuara. Aku melonggarkan sedikit, sekadar pegang sahaja.

“Hei.. Jangan kacau aku. Aku tak kacau korang pun.” Ayu bersuara keras. Rontaan Ayu makin kuat. Dia mula berguling diatas lantai. Ayu menarik tangannya, menyebabkan aku terdorong kea rah dia. Dengan cepat-cepat aku lepaskan tangan aku. Nasib baik sempat. Kalau tak, sure aku dah landing atas badan dia. Karang jadi benda lain lak. Naya jer.. huuhuhuuu…

Suasana menjadi kelam kabut. Ayu berguling-guling, cuba mengelak dari Amin. Wan cuba membantu dengan memegang tangan Ayu. Aku pula terus menangkap kaki Ayu. Tetiba sahaja Ayu menendang aku. Tendangannya menyebabkan aku terpelanting ke belakang. “macam nie rupanya orang kena rasuk. Kuat pulak tu penendang dia.” Bisik hati aku. Tapi aku tak berputus asa, aku bangun kembali dan menangkap kaki Ayu. Kali ini aku pegang dengan lebih kuat. Rontaan Ayu semakin menjadi-jadi. Melihat keadaan semakin kelam kabut, Amin mula bertindak.

“Ooo.. Main kasar kau yer… Meh sini aku tunjuk sape lagi kasar.” Serentak dengan itu Amin menbaca ayat Kursi sambil tanganya ditoreh-toreh ke leher Ayu. Seolah-olah sedang menyembelih ayam. Ayu bergolek-golek menggelupur.

“aaahhh… Sakit…sakit… Lepaskan aku.” Ayu berteriak dengan kuat. Amin membiarkan sahaja teriakan Ayu. Dia tetap terus menyembelih Ayu(a.k.a jin dlm bdn Ayu). Tendangan Ayu yang tadinya kuat semakin lemah. Rontaan Ayu juga semakin lemah. Akhirnya, badan Ayu berhenti bergerak.

“Ok.. Dia dah keluar. Degil pulak menda alah nie.” Amin bersuara sambil mengesat peluh di dahi. “Bagi air kosong” amin menyambung. Isteri Wan yang dari tadi menonton adengan gusti kami bergegas ke dapur mengambil air. Air kosong tadi dibacakan Ruqyah kemudian Amin merenjis sedikit ke muka Ayu. Dengan perlahan Ayu membuka mata. Dia cuba bangun tetapi tidak mampu. Mungkin badannya masih lemah. Amin memberikan air tadi kepad Ayu untuk diminum.

“Macam mana??” wan bertanya. “Jin tu dah keluar. Dah cedera teruk.” Amin menarik nafas panjang. “dia akan kacau lagi tak??” wan terus bertanya. “Sekejap lagi kita tengok dia nak main macam mana.”

“Eh!! Ayu makan pisang lagi.” Tetiba isteri Wan bersuara. Dengan serentak kami memandang kearah Ayu. Dikopeknya pisang sambil tersenyum. Dengan pantas Amin menerpa kearah Ayu. Dia kembali menyembelih jin yang bersarang didalam badan Ayu. Ayu kembali merota. Kali ini rontaan Ayu lebih keras dari tadi. Seolah-olah dia mendapat satu kuasa baru. Aku dan Wan dengan sedaya upaya cuba memegang badan Ayu. Ternyata dia lebih kuat dari tadi. Suara Ayu juga lebih garau dari sebelumnya. Kali ini Amin tidak member ruang kepada jin tersebut. Dengan sekali zaaassssssssss..sahaja jin itu terus keluar dari badan Ayu.

“Macam mana boleh masuk balik nie??” Wan bertanya. “Hhmm… aku pun pelik gak nie. Tadi dia dah cedera teruk. Sepatutnya tak akan masuk balik, kalau masuk pun tak akan kuat sangat.” Kata Amin sambil termenung. Kemudian dia tersenyum. “Jom kita keluar sekejap. Rehat kejap.”

Aku mengekori Amin. Kami berborak diluar rumah. “Aku terlepas pandang tadi. Ingatkan ada sekor jer rupanya ada dua. Jin tu berpasangan. Rupa dia macam monyet.” Patut la la si Ayu nie suka makan pisang. Rupanya jin monyet yang merasuk dia. Nasib baik tak habis setandang pisang dia bedal. Huhuhuu..

“Mana pulak maid aku angkut monyet nie?? Setahu aku tak ada pulak aku bawak dia pegi zoo..” Wan bertanya sedikit berlawak. Aku sedikit tergelak mendengar kata-kata Wan. Amin menarik nafas panjang. Dia memejamkan mata. Kemudian dia mula bercerita.

“Kalau ikut apa yang monyet tu cakap la. Maid kau nie ada lalu kat depan kuil yang terbiar. So, bila diorang nampak diorang ikut. Katanya suka dengan maid kau.” Amin bercerita sambil matanya memandang ke arah bilik tingkat atas. “Monyet tu ada kat tingkat atas sekarang. Dah cedera parah pon. Ada dua ekor. Tu yang tetiba boleh jadi kuat tadi.”

Ikut kata Amin lagi, maid Wan nie special orangnya. Special macam mana?? Aku ceritakan kemudian. Itu pasal monyet tu suka kat Ayu.

“So, nak buat macam mana nie?” Wan terus bertanya. Dia seakan tidak senang dengan kehadiran monyet-monyet tersebut. Amin terdiam. Dia seolah-olah sedang berfikir. Sekali sekala dia terangguk-angguk. Lagaknya seperti sedang bercakap dengan orang.

“Tak apa la. Kita lepaskan saja diorang. Lagi pun tadi diorang dah janji nak keluar secara aman. Selagi kita boleh selesaikan dengan cara berdamai kita berdamai. Kalau diorang langgar janji lepas nie, tau la nasib diorang. Kita bagi peluang dulu.” Terang Amin panjang lebar. Wan mengangguk. Lagi pun memang patut kita bagi peluang dulu kalau jin dah mengalah. Tapi kalau jin ulangi balik perbuatan mereka baru lah kita tentang habis-habisan.

Amin masih lagi mendongak keatas. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian dia melepaskan nafas panjang. “Malam nie sampai kat sini dulu lah. Kau pantau je la maid kau tu dulu. Kalau terjadi lagi telefon aku.” Setelah meninggalkan pesan itu. Kami pulang kerumah. Dalam hati aku tertanya-tanya. Adakah jin nie akan menepati janji dia. Setahu aku kata-kata jin tak boleh pakai pun. Tapi, biar je la. Amin lebih tahu apa yang dia buat. Kita tunggu je la apa yang bakal terjadi…


……………………………………………………………….….Tamat Musim Pertama…………………………………………….  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:33 PM | Show all posts

Eh… dah habis ker??? Baru je jumpa dua ekor monyet mana lagi lima ekor??? Baru tamat Musim Pertama. Nanti muncul musim kedua pulak. Nantikan sambungan 7 Dewa Monyet musim kedua. Lagi suspen, lagi misteri, lagi mencabar, lagi kalut, dan lagi dan lagi dan lagi…. Apa yang bakal menimpa Ayu? Adakah monyet kembali menggangu dia?? Saksikan adengan panas apabila sekampung harimau memenuhi bilik. Pergh!!! Memang panas. Kipas pun tak terasa. Macam iklan cerita kat tv pulak. Hehhehe…. Pe pun nantikan sambungan nye….
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 10:26 AM | Show all posts
x sabarnya nak baca sambungan..
bila tu nak sambung TT??..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Arghhh..pulun bc igtkn dah bs citer.......Huhuhhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 04:03 PM | Show all posts
hehehe..dari 2011 smpai la 2013 TT pny cite.hehe...mmg 1001 crite larh.hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 05:15 PM | Show all posts
nazzurra87 posted on 25-9-2013 04:03 PM
hehehe..dari 2011 smpai la 2013 TT pny cite.hehe...mmg 1001 crite larh.hehehe

Nak buat macam mana. Setahun terpaksa berdiam diri sebab tak ada internet. Dulu makan gaji so, bleh la bayar bil tenet skarang nie dah wat bisnes sendiri. Kalo tak de income tak de la tenet. Pakai prepaid katakan. Tu yang aku asyik on-off je. Wat bisnes sendiri nie banyak cabaran, redha je la dengan apa yang berlaku. Ada lagi banyak cerita nak tulis, memang 1001 cerita pon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 05:19 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 25-9-2013 12:19 PM
Arghhh..pulun bc igtkn dah bs citer.......Huhuhhuhu

Dalam proses tulis sambungan dier. Agak panjang la jugak. Lagi satu ambik masa la nak ingat benda yang dah lama nie. Lepas nie gaya penceritaan aku maybe berubah skit kot. Ada ala-ala cerita novel skit. Tapi masih lagi kisah benar, gaya penceritaan jer jadi lain skit. Bukan apa, aku tengah nak tulis novel nie. Novel seram... Mane tau bleh dibukukan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kairouseki posted on 25-9-2013 05:19 PM
Dalam proses tulis sambungan dier. Agak panjang la jugak. Lagi satu ambik masa la nak ingat benda  ...


Sbb syok bc ni....smbung..sambung citer monyet
Hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:51 AM | Show all posts
cerita lagi TT...best pulak cerita ni...
kalau nak buat novel, saya ucapkan selamat berjaya ya...usaha2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 12:13 PM | Show all posts
tectonic posted on 26-9-2013 02:51 AM
cerita lagi TT...best pulak cerita ni...
kalau nak buat novel, saya ucapkan selamat berjaya ya...us ...

InsyaAllah... sdg berusaha... Tunggu je la kemunculannye yer..

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:17 AM | Show all posts
Wahai sedara,

sila sambung ngan kadar segera....nak tau camna ayu tu bolh kena rasuk dewa beruk tuh... ikutkn beruk ada 7 yg berjaya ditewaskn baru 2...ada lagi 5 nih...apa jd lepas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 10:16 AM | Show all posts
best best..copek la sambung yo. pueh den ngabihkan satu malam mmbaco, torang bijik mato den ni ha laei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini aku dirasuk ... Badan tetiba seram sejuk dan bulu roma meremang ....
Aku baru lepas pergi klnik..nih... doc cakap suspect denggi ...
Lepas dari klinik, aku duduk dalam kereta dan membaca ayat ayat ruqyah ...
Ni sedang pekena roti canai sardin .... nyam nyam .
Dapat MC , tapi aku akan berkerja esok....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf ... pembetulan ... melawan sihir ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:46 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 2-10-2013 11:04 PM
Maaf ... pembetulan ... melawan sihir ...

Semoga rdzaccess sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Insyaallah akan menemui kemenangan jua. Amin. Tidak ada seorang pun yang pernah berjaya ke peringkat ini. Sudah jauh sangat.


Last edited by siva_nes1 on 3-10-2013 12:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 12:13 PM | Show all posts
kata 1001 cerita.... hampehh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.084128 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list