CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8795|Reply: 87

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

[Copy link]
Post time 29-9-2011 08:07 PM | Show all posts |Read mode

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011:
Juara Akademi Fantasia musim ke lapan, Ahmad Shahir Zawawi, 24 atau Shahir sekali lagi menolak dakwaan bahawa dirinya bukan sengaja menghilangkan diri dari dunia hiburan begitu sahaja sebaliknya memberitahu dia bercuti sakit.
Malah, sepanjang ketiadaanya selama hampir empat bulan itu, Shahir memberitahu dia mengambil cuti sakit selepas mengalami keretakan tulang tangan sebelah kiri, gara-gara insidennya terjatuh di bilik air ketika berada di kampungnya di Kampar, Perak. pada 4 Jun lalu.
Susulan daripada itu, Shahir berkata dia menerima nasihat daripada doktor untuk berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan bagi memulihkan tangan kirinya yang retak itu.
Sehubungan itu, Shahir yang ditemui ketika rakaman Gempak Astro di Dewan Perdana Felda malam semalam berkata, dia menolak dakwaan dirinya sengaja menghilangkan diri kerana telahpunmemaklumkan kepada pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal.
"Saya pun tak minta kejadian ini menimpa saya. Insiden ini berlaku tanpa diduga. Nasib baik pihak pengurusan AESB memahaminya dan mereka juga membenarkan saya untuk rehat selama dua bulan.
"Selepas dua bulan berehat di kampung, saya telah bertemu dengan pihak AESB dan bertanyakan mengenai rancangan kerjaya seni saya. Alhamdulilah, kami sudah berbicang untuk menghasilkan album sulung saya.
"Jadi, saya harap tak timbul kata saya hilang tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pihak AESB pun terpaksa membatalkan segala aktiviti seni saya selama 3 bulan. Perrcayalah, saya tidak lari dairpada komitmen kerja tapi keadaan membuatkan saya terpaksa membatalkannya," jelasnya yang bakal kembali ke dunia hiburan seperti biasa selepas ini.
Apa yang pasti, kehilangan Shahir menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk pihak media. Bahkan, sepanjang kehilangannya dari dunia hiburan, tidak pernah lekang cerita dan gosip mengenainya di media massa.
Selain namanya sering kali dikaitkan dengan artis jelita, Rozita Che Wan, dia turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze yang dipercayai mengikut jejak langkah pemuzik berkenaan dengan terbabit majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Saya ada juga mendengar pelbagai cerita mengenai diri saya ketika ketiadaan saya. Namun saya ambilnya sebagai perkara yang positif. Gosip timbul kerana orang masih masih mengambil berat mengenari diri kita.
"Mengenai saya mengikut Sham Kamikaze itu tidak benar semata-mata. Selepas dua bulan bercuti di kampung, memang saya ada berjumpa dengan dia tetapi untuk membincangkan mengenai material bagi album sulung saya. Bukan mengikuti kumpulan dakwah seperti yang diperkatakan," jelasnya yang baru keluar dengan single ketiga berjudul Pendam.
Shahir yang kini dalam proses menurunkan berat badannya selepas mengalami kenaikan mendadak lebih 5 kilogram, bakal menjalani pengambaran untuk kulit albumnya menjelang Oktober ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2011 08:09 PM | Show all posts
Shahir: Saya Sedang Usaha Kuruskan Badan Untuk Album Terbaru

Rindukan Shahir AF8? Walaupun sebelum ini ada banyak laporan menyatakan yang pemuda penuh kontroversi ini bakal meninggalkan dunia seni, Shahir masih berada dalam dunia seni.
Malam tadi di Rumah Terbuka Gempak Raya Astro, Shahir muncul buat pertama kali di’khalayak ramai selepas bercuti hampir 4 bulan dari sebarang aktiviti seni.
Selama tempoh 4 bulan itu, Shahir berkata beliau banyak berehat di kampung dan menemani ibu ayah beliau yang sebenarnya risau akan keadaan penyanyi ini di Kuala Lumpur apabila pelbagai kisah kurang menarik timbul.
Namun hari ini, Shahir  mempunyai single terbaru berjudul Pendam yang sudah pun di’mainkan di radio radio sejak awal September lalu & sekarang merancang untuk muncul dengan album penuh tidak lama lagi.
Shahir berkata kepada media dalam penuh ceria yang beliau kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan beliau selepas makan banyak sempena Aidilfitri & sebagai persediaan untuk album baru nanti.
Kepada yang merindukan wajah terbaru Shahir AF8, kami ada beberapa keping gambar terbaru beliau untuk mengubat kerinduan anda semua selepas ini. Enjoice!

sumber : rotikaya.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 08:12 PM | Show all posts
OOOO.....gitewww. cuti sakit smbl bercerai kaseh la kirenyee
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 08:39 PM | Show all posts
abg che amat shahir oiii,bwat la ape yg patut utk amik blk hati fanz yg dh tawar hati ni...semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 08:43 PM | Show all posts
artis yg paling banyak bagi alasan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 08:47 PM | Show all posts
erm...dulu aku minat dia nie...tp sejak dia dgn tut...terus aku x suke..bukan sebab apa..dok nampak mcm byk sgt mslh yg dihadapi tp ditangani dgn cara x matang...maybe sebab dia mmg x matang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2011 08:53 PM | Show all posts
vellkambek shahir
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 08:58 PM | Show all posts
macam-macam la kau ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 09:00 PM | Show all posts
ADA TAKDE SAME JE
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:04 PM | Show all posts
katanya cuti sakit tapi sempat jugak naik badan/gemok
kalo tengah sakit knp sebok nak diet ..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:39 PM | Show all posts
shahir ni x ready jd artis kot....ngn gosip2 murahan ngn RCW tu...adoii la, bleh x ko tepis je mak jan tu??
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:46 PM | Show all posts
ramainya fans shahir sampai org dok carik2 bila dia hilang

tp career aku tgk sendu gitew jugak..

bakat menyanyi tu aku tgk ada..tp dok lebih sebok praktik bakat yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:22 PM | Show all posts
gagal la shahir neh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:27 PM | Show all posts
selamat tinggal,shahir...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:39 PM | Show all posts
apa2 la shahir weh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:42 PM | Show all posts
artis di awal kemunculan feeling suchi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 10:52 PM | Show all posts
Suka hati ko lah shahir...
sekejap nak berhenti sekejap nak menyanyi lagi...
dulu minat jugak si shahir ni,,, tapi banyak masalah terus dah tak minat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:20 AM | Show all posts
ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ada akak kesahhh?? koser la dik oiii... byk benor alasan kao..nyampah akakkk! naper baru sekarang nak citer kao jatuh dlm bilik air bagai?? naper dulu kao senyap no comment?? tiber akak emo :-)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:36 AM | Show all posts
byk songeh la ko shahir..lepas 1,1..busan dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 01:24 AM | Show all posts
coverina jer tuh..

udah2 laa syahir. kalau rasa xleh cope dgn dunia hiburan mesia ni, duduk umah diam2 sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093352 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list