Coretan SS kali ini ada kaitannya dengan seorang artis wanita tinggi lampai.
Sebenarnya bukan soal artis itu yang SS ingin perkatakan tetapi suaminya.
Suami artis itu memang seorang ahli perniagaan berjaya dan berkawan
pula dengan ramai orang terkenal. Secara tidak langsung memanglah mereka orang-orang bisnes yang terkenal.
Hendak dijadikan cerita, satu hari rakan SS ada menemui suami artis itu di sebuah restoran Barat ala-ala ‘pub’ untuk membincang�kan soal perniagaan.
Namun apa yang mengejutkan, suami pelakon terkenal itu cuba menyambutnya dengan hidangan air setan.
Teman SS ini memang naif orangnya malah tidak pernah pun mengambil minuman keras. Maka apabila ditawarkan arak tentu dia terus terkedu tetapi tetap menolak dengan cara baik.
Namun tiba-tiba pula, suami artis itu terus menyindir, “Hey, kalau tak minum tak bolehlah nak geng dengan kita. Macam mana nak jadi rakan bisnes?”
Lantas ia membuatkan rakan SS yang pandai berniaga itu terkejut lagi.
Meskipun mula sentap ketika itu, kawan SS cuba ‘coverline’ perasaannya dan terus layan saja dengan gelagat suami artis wanita berkenaan bersama teman-temannya. Namun sebaik kawan mendapat peluang untuk pulang, dia terus hantar mesej kepada SS yang antara lain berbunyi:
“Kalaulah sampai aku kena korbankan pendirian hidup aku selama ini hanya untuk berniaga dengan mereka, biarlah, tak dapat projek pun tak kisah.”
Begitulah antara keluhan rakan SS tadi. Apa yang SS dapat katakan, itulah manusia - rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
SS: Kalau pergi kelab hiburan, hanya minum ‘soft drink’ tapi bila waktu menari tetap paling ‘vast’!
|