CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21359|Reply: 237

Seniman Minta benarkan artis bercermin gelap pd pak menteri..

  [Copy link]
Post time 6-3-2012 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Baca kat blog http://www.dapurkakjee.com/2012/ ... pasal.html..sangat2 terkejut..Seniman Minta cermin gelap utk Artis..wahhhh hebatnyaaa.....hebat sangat kah...artis2 dimalaysia ni????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 02:58 PM | Show all posts
ahhhhh.....!! mngade2!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 02:59 PM | Show all posts
utk privacy atau utk elak saman?
kalo utk privacy..mmg poyo + mual sgt....aku tiap2 minggu lepak merata kawasan dlm KL ni, tak pernah tak terserempak artis...tapi tak pernah aku kebulur nak gi tegur.....buat derk lagi ada.....hahahahahaa....privacy lah sangat..................
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:00 PM | Show all posts
motipppppppp??? {:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 6-3-2012 15:08

Seniman usul tiga cadangan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA



ZED ZAIDI menyerahkan memorandum tiga usul yang dicadangkan Seniman kepada Maglin Dennis (tengah) pada majlis perasmian Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu.



AHAD lalu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengemukakan tiga usul kepada pihak kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi memberitahu, tiga usul yang dikemukakan kepada pihak kerajaan itu ialah meminta kuota khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan juga kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.

Cadangan yang dikemukakan sewaktu Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya itu dirasakan bertepatan demi menjaga kebajikan individu yang tidak kurang hebat menyumbangkan bakti kepada negara.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Zed Zaidi dan Maglin sewaktu ditemui di majlis berkenaan.

Kosmo!: Boleh terangkan kenapa tiga usul ini dikemukakan pihak Seniman kepada kerajaan?

ZED ZAIDI: Usul pertama dikemukakan untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi usul pertama ini, Seniman memperjuangkan permohonan rumah PPRT untuk kesemua 5,000 ahli Seniman yang terdiri daripada artis veteran, peringkat pertengahan umur dan golongan muda.

Bagi usul kedua pula dikemukakan buat tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim iaitu perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri artis.

Sementara usul ketiga pula, Seniman memohon pihak Kementerian Dalam Negeri di bawah Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya membenarkan ahli Seniman memasang cermin gelap pada kenderaan masing-masing.

Apa relevannya usul-usul ini dikemukakan kepada pihak kerajaan?

Memorandum ini kami serahkan kerana ingin pihak kerajaan prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan artis.

Permohonan ini bertujuan untuk membela nasib ahli-ahli Seniman yang masih menyewa rumah dan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga kini. Kalau boleh tentang rumah PPRT itu, kami mahu kerajaan bagi kuota khas kepada golongan artis supaya mudah memiliki rumah PPRT. Memang mereka boleh memohon ikut saluran biasa, tetapi prosesnya rumit.



ZED ZAIDI (tengah) bangkit membawa perjuangan Seniman bagi memastikan kebajikan dan masa depan 5,000 ahlinya terbela.




Kalau hendak buat pinjaman bank lagi susah, sebab tiada slip bayaran gaji. Mungkin ramai yang menganggap golongan artis mewah dan tidak ada masalah untuk beli rumah sendiri. Namun hakikatnya, 80 peratus artis Seniman masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Bagi insurans pula, jika anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) seramai tiga juta orang boleh mendapat insurans sebanyak RM20,000, mungkin Seniman yang memiliki ahli seramai 5,000 orang boleh mendapat RM100,000 premium insurans kesihatan dengan khairat kematian sebanyak RM5,000 setiap seorang daripada kerajaan.

Relevannya usul ketiga dikemukakan pula, adalah atas faktor keselamatan golongan artis itu sendiri khususnya artis-artis wanita yang balik lewat malam daripada tugasan.

Bagaimana progres buat masa sekarang dan adakah perkara ini mendapat persetujuan semua ahli Seniman?

Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi dan saya rasa tidak salah untuk kami menjaga kebajikan dan kepentingan rakan-rakan dalam industri ini. Syukur Alhamdulillah memorandum ini disokong oleh semua 5,000 ahli Seniman.

Adakah syarat-syarat tertentu untuk seseorang artis itu mendapat keistimewaan yang dikemukakan ini?

Jika tiga usul ini berjaya, artis tidak akan sewenang-wenangnya memperolehnya. Seniman yang akan mengawalnya. Cuma mereka perlu berdaftar di bawah Seniman dan secara automatik mereka boleh menerimanya. Seniman juga akan memilih artis yang benar-benar layak menerimanya.

Perlindungan insurans ini meliputi apa?

Kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal mahupun sementara, khairat kematian dan bayaran yang sepatutnya diperoleh seseorang artis apabila membuat persembahan.

Apakah harapan anda berhubung permohonan ini?

Saya harap sangat pihak kerajaan dapat meluluskan ketiga-tiga permintaan ini. Artis merupakan tanggungjawab sosial yang banyak memberi sumbangan kepada kerajaan.




Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 03:05 PM | Show all posts
lepak merataaa takpe..kot buat maksiat dlm keta...klu pak menteri approve..haruss laa kena boikot masa pilihanraya nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2012 03:07 PM | Show all posts
choyyyy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 03:11 PM | Show all posts
Reply 5# achik2009

tq achik...zyraa tak pandai tempek articel....tp permintaan mrk mmg melampau sgt..zed zaidi tu pun bukan baguss pun..ada kes gakk..ngan syamsol yusop dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 03:11 PM | Show all posts
serius poyo artis mesia nih.bukan nye popular smpai kene serbu pun!!paparazzi pun xde.keselamatan konon.ko takut balik lewat shooting ke sbb senang nk lepak kelab smpai pagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:12 PM | Show all posts
tu keje si zed zaidi la tu.... sbb senang nak buat kerja tak senonoh dlm keter hahahhahahahahaha{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:12 PM | Show all posts
cermin gelap - plisss arrrr..byk lg org keje susah payah..tak mengader mcm ni pun..kt mana relevan pun tatau...
Artis merupakan tanggungjawab sosial yang banyak memberi sumbangan kepada kerajaan - bknnyer free pun aku g tgok wyg..kene byr tiket
insurans - korang keje, beringat larr..bli sndiri...bkn ader duit joli2 pastu welfare nk org tanggung...org lain bole jer keje, ambk insuran sndiri

sorry to say...semua permintaan korang ni aku kategorikan sbg mengada2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:15 PM | Show all posts
atas dasar apa nak kena guna cermin gelap. bimbangkan keselamatan or privacy, takde sapa kesah pun. jumpa kat shopping compleks pun takde orang kerumun pun. even though u an actor or actress, just act like a normal citizen because orang malaysia takde macam paparazi pun..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:16 PM | Show all posts
poyo bebenor la permintaan tu...
kuota khas la sgt...
abes org lain lg susah tu kena la beratur berderet bagai...
x dpt2 jugak...
yg artis tak payah la nak bersusah payah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:17 PM | Show all posts
senang buat maksiat dlm keta
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:18 PM | Show all posts
Reply  achik2009

tq achik...zyraa tak pandai tempek articel....tp permintaan mrk mmg ...
zyraa Post at 6-3-2012 15:11

u r welcome....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:19 PM | Show all posts
Malaysia bukannya mcm Korea, Jepun dan lain-lain negara yg rakyat biasa jakun mcm nak rak pada artis..

Tulunlahhhhh... tak yah ler mintak yg bebukan, minta buat koperasi ala-ala EPF sudah. Pikir ari tua sok.. merepeksss jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 03:19 PM | Show all posts
tak de makna..! tak sokong!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:19 PM | Show all posts
alahhh.. mengade lebih... bukan artis tuh manusia jugak ke... asal ko x usulkan semua wanita dalam malaysia ni boleh bercermin gelap... belambak pompuan kat luar sane pon balik keje lewat malam.. alasannnnn guna tiket artis...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:20 PM | Show all posts
Hello...artis ni sape??? Siap nak perlindungan insurans bagai.... Org lain bergolok gadai allocate duit gaji sbb nak amik insurans..yg artis lak sedap2 nak perlindungan insurans...

Keter beraatus ribu...beg kasut lv gucci bagai...barang mekap branded bagai..bila nak perlindungan insurans mintak pak menteri...hello......dpt duit tlg beringat laaaaa...bukan berclubbing jerrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:22 PM | Show all posts
mengada-ngada betul........ klu retis2 ni takde pun tak kesah punyala......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072459 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list