CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zyraa

Seniman Minta benarkan artis bercermin gelap pd pak menteri..

  [Copy link]
Post time 21-3-2012 03:34 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 21 MAC 2012: Kurang berkenan dengan lambakkan artis luar negara mengadakan konsert di negara ini, Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi,32 , mahu pihak tertentu agar lebih bersikap rasional dalam memberikan kelulusan permit.

"Tujuan saya menggalas jawatan ini adalah untuk berjuang sesuatu perkara demi kepentingan golongan anak seni tempatan.

"Sebenarnya, saya cukup pantang apabila terlalu banyak sangat artis dari luar negara datang ke sini untuk membuat konsert ataupun persembahan. Saya juga akan berbincang dengan pihak kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.

"Saya berharap, selepas ini mana-mana artis luar negara tidak kiralah dari barat, Indonesia dan Korea Selatan yang ingin membuat konsert di Malaysia, mereka perlulah mendapat pengesahan dari pihak Seniman terlebih dahulu," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hal berkenaan, Zed menyifatkan permintaan yang diusulkan ini bukanlah untuk kepentingan sendiri tetapi ianya lebih kepada kepentingan industri seni tempatan.

"Sekiranya perkara ini diluluskan, barulah artis luar negara tidak sewenang-wenangnya datang ke negara ini untuk membuat konsert.

"Sejujurnya, apa faedahnya mereka datang ke sini? Adakah mereka memberikan sumbangan besar kepada industri tempatan?

"Matlamat saya adalah untuk orang tempatan menghargai bakat tempatan yang bakatnya ada lebih hebat dari orang luar. Siapa lagi mahu agungkan rakyat tempatan kalau bukan orang kita sendiri.

"Saya bukannya kejam mahu menghalang langsung mereka datang ke Malaysia, tetapi saya tidak mahu mereka sesuka hati membuat konsert tanpa ada perbincangan daripada pihak Seniman," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 03:35 PM | Show all posts
x gheti nk update tajuk....ampun yer....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 03:52 PM | Show all posts
Reply 219# Nadia90


    Quoting blog sokernet.. Cat Farish ni memangla bangang abadi.
     Ko dah tau tak boleh tukar baju kat kereta pegi tukar tempat lain. Request la production to provide a condusive work environment. Itu yg Seniman kena tuntut..from producers and production houses.

Lame ass sungguh..bangang semulajadi ke hapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 03:53 PM | Show all posts
adoiii..apa lg laa zz ni dok meroyan..hebat btl seniman..hingga kena minta pengesahan ngan senimann
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 03:55 PM | Show all posts
ZZ ni  timbalan je kan...? Awat begitu menyerlahkan diri dgn idea2 ntah2 apa2...

Akak terfikir apa la agaknya presidennya HSBC fikir / rasa bila tengok gelagat si ZZ ni...senyap je HSBC ni...kasi sound sikit si ZZ ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 05:53 PM | Show all posts
Lepas ni ada lagi permintaan dari golongan artis ni..... Meminta supaya kerajaan menjalankan kes2 nikah cerai artis dalam satu mahkahmah khas yang tertutup dan bebas dari liputan wartawan.Ini termasuk jugak kes2 khalwat/mabuk atau kantoi dalam pusat2 hiburan....
Lingkupp.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2012 10:44 PM | Show all posts
tak nak minta kuota untuk p haji ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:58 AM | Show all posts
Seniman Hantar Usul Mahu Artis Jadi Anggota Rela

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Zed Zaidi. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk artis-artis tempatan supaya segala aktiviti kebajikan yang dilakukan melalui agensi itu dihargai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, usul tersebut telah pun diberi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mac lalu dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan.

"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu.

"Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah," katanya pada sidang akhbar khas yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Jumaat.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi membetulkan usul yang menjadi kontroversi sebelum ini iaitu permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.

Zed Zaidi (duam dari kiri) bersama sebahagian ahli Seniman.

Zed mendakwa usul berkenan disalah lapor sehingga membuatkan dia menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati khususnya berkaitan permohonan cermin gelap kereta untuk artis.

Sebaliknya kata Zed, usul sebenar ialah permohonan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia selain penubuhan unit khas di bawah Rela.

"Saya terkejut apabila kenyataan saya disalah ertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap, saya tidak pernah menyatakannya.

"Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 5 Mac lalu, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

"Saya harap, menerusi sidang akhbar ini, ia dapat dijelaskan dengan betul," ujarnya.

Tambah Zed Zaidi, sidang akhbar yang diadakan bukan bertujuan ingin memanipulasikan keadaan memandangkan dia dikritik hebat sepanjang minggu lalu gara-gara tiga usul yang dikemukakan sebelum ini.

"Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar kerana jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana.

Pada sidang akhbar berkenaan, pihak Seniman turut menjemput pelakon baru, Melia Aimiellia, bagi membersihkan namanya gara-gara fitnah penyebaran isu video lucahnya yang tersebar menerusi blog hiburan.

Persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 01:43 PM | Show all posts
ha, ni aku bru jumpe..xtawla da ade ke x..akibat minx cermin gelap ni lah hasilnyer..

Zed Zaidi Diugut Bunuh Kerana Cermin Gelap

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Zed Zaidi tidak menyangka cadangannya kepada kerajaan supaya membenarkan penggunaan cermin kereta gelap buat golongan artis tidak disenangi segelintir pihak sehingga dia mendapat ugutan bunuh baru-baru ini.

Menurut Zed yang juga merupakan Timbalan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ugutan bunuh itu diterimanya selepas dia menyerahkan tiga usul kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Festival Youth Music Barisan Nasional pada 4 Mac lalu.

“Apalah salah saya hanya kerana kerana mengusulkan penggunaan cermin gelap kepada PM menyebabkan saya mendapat banyak ugutan. Selain diri saya, saya juga bimbangkan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung lima bulan,” katanya.

Pada Festival Youth Music Barisan Nasional itu, Zed turut mengusulkan dua lagi usul iaitu peruntukan kuota rakyat 1Malaysia dan perlindungan insuran golongan artis yang turut diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Selain ugutan bunuh, Zed juga menerima banyak ugutan termasuklah ingin merompaknya yang disampaikan menerusi e-emel, panggilan telefon, di laman sosial Twitter dan Facebook yang secara tidak langsung menimbulkan pelbagai tandatanya di benak fikiran pelakon terbabit.


sumber : http://mynewshub.my/2012/03/27/z ... erana-cermin-gelap/
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 01:47 PM | Show all posts
ape2 la ko zed zaidi..xde keje cari keje..ayoooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 01:52 PM | Show all posts
gedik mtk cermin gelap...ader terlibat kngsi gelap ker??? ala2 retis hong kong
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 01:54 PM | Show all posts
tak nak minta kuota untuk p haji ke?
jasmin Post at 21-3-2012 22:44

nk gak sokong kalo ader yg ni..bg kt stok2 birah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:17 PM | Show all posts
KEMAIN SI giler kuasa ni buat sidang media sampai sanggup ketepikan presiden kan???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:19 PM | Show all posts
abes die sorg je risaukan pasal keselamatan ahli kuarge die?yg kite ni xrisau ke?hebat sgt ke jd retis smpai nk tinted bukan main..gpong dok risau sgt2 ni nape?ade wat jahat ke..da tu ade yg ugut nk rompak pun mesti sbb igt zed ni kaye..yela, beriye sgt minx nk cermin tinted..tu psl org rase nk rompak die..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by mauminumapa at 27-3-2012 14:20
“Apalah salah saya hanya kerana kerana mengusulkan penggunaan cermin gelap kepada PM menyebabkan saya mendapat banyak ugutan. Selain diri saya, saya juga bimbangkan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung lima bulan,” katanya.

toet2meoww Post at 27-3-2012 13:43



    terjawab sudah... bimbangkan bini yang mengandung rupanya... patut mintak cermin itam bagai.. biini ko sorang je la yang mengandung zed zaidi oiiii .. bini orang lain mandul kot, laki lak mati pucuk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:23 PM | Show all posts
Reply 235# mauminumapa


    bini die mengandung ape?emas ke, berlian?smpai nk minx2 tinted bagai..apsal xminx polis escort kete die setiap kali die kuar umah bawak bini die..hatta nk p pasar beli belacan pong kene escort..gpong bile die da ckp cmni nmpk mcm ape yg die buat tu atas kepentingan diri die senirik..bukan sbb atas kepentingan retis len pong..kire amek kesempatan atas jawatan die kat seniman la nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 02:27 PM | Show all posts
Reply 236# toet2meoww


    rasanya dia tengok kepentingan diri kuarga dia dulu.. pastu baru dia usulkan kot.....  sakit ati aku bila dengar nama dia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply 237# mauminumapa


    klu nk ckp psl kuarge die, kiter yg bukan retis ni pon berhak gak minx cermin gelap tu..yela, zaman skrg ni kan mcm2..buat baik pong klu org xsuke, ttp akn attack..so, jgnla pikir retis je berhak minx cermin gelap..die igt hebat sgtla jd retis..dato ct pong x mnx cmtu sedangkan dato ct tu lg kaye dr die..da la usulkan mende nih tnpe tnye HSBC..buat ikot suke ati je..baru je jawatan timbalan da giler koser..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.085099 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list