CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9541|Reply: 63

Azhar Tidak Mahu Dikenali Kerana Berwajah 'Boyish'

[Copy link]
Post time 7-3-2012 03:05 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by maxim at 7-3-2012 06:51

Azhar Tidak Mahu Dikenali Kerana Berwajah 'Boyish'





PETALING JAYA: Juara Bintang Idola 2011, Mohd Azhar Osman atau Azhar memberitahu tidak mahu dikenali hanya kerana berwajah "boyish" sebaliknya ingin dipandang disebabkan bakat yang dimiliki.

Azhar berkata, dia tidak pernah melihat faktor rupa paras sebagai pengukur kejayaannya dalam bidang nyanyian tetapi yakin peminat dan penggemar muzik tempatan sudah bijak untuk membuat penilaian.

"Saya masuk ke dalam dunia hiburan ini menerusi sebuah pertandingan yang tidak menggunakan sebarang undian daripada penonton sebaliknya dinilai oleh juri profesional.

"Dari situ saya yakin tidak dinilai hanya kerana mempunyai wajah comel tetapi bakat," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya, dia sudah bersedia dengan sebarang komen dan pandangan masyarakat terhadapnya selepas ini jika ada yang mengatakan dia hanya bersandarkan kepada rupa paras.

Atas dasar itu juga katanya, dia perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan bakatnya lebih menonjol berbanding perkara lain tentang dirinya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Azhar memberitahu dia sedang dalam proses menyiapkan single pertama ciptaan Edry Abdul Halim.

Katanya lagu yang berkonsepkan pop balada itu dijangka akan siap dalam masa terdekat namun menjelaskan ia masih belum mempunyai tajuk.

"Saya gementar ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam studio bersama Edry untuk proses rakaman lagu tersebut. Bagaimanapun dia sebenarnya adalah seorang yang peramah dan lucu.

"Malah dia juga adalah seorang komposer yang bijak dan mempunyai banyak idea dalam menghasilkan sesuatu," ujarnya.

Azhar kini bernaung di bawah label KRU Records sejurus selepas memenangi pertandingan Bintang Idola 2011 yang ketika itu Edry adalah salah seorang juri.

Sementara itu, Azhar berkata dia bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan.

Menurutnya, dia akan menyampaikan lagu dendangan daripada Anuar Zain berjudulKeabadian Cinta secara medley bersama-sama dua lagi artis lain iaitu Bob AF dan Ziana Zain.

"Saya sangat teruja dengan persembahan tersebut kerana ia boleh dikatakan sebagai persembahan pertama saya yang paling besar setakat ini.

"Tambahan pula bakal berkongsi pentas bersama artis kegemaran saya iaitu Bob AF," ujarnya.

Katanya pemilihan lagu itu dibuat sepenuhnya oleh Pengarah Muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS dan memberitahu dirinya sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan pada malam itu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 03:11 AM | Show all posts
Jambu habis muka budak ni......Cute jeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 03:17 AM | Show all posts
xkan die pakai nama Azhar je kot? x komercial lngsung
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 03:17 AM | Show all posts
hanak hikan makkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 06:41 AM | Show all posts
comel la jugak.....tapi iols x taste



*mohon maxim buat siggy kelip2 mcm freekey
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 07:20 AM | Show all posts
Pencerahan "Boyish".. hadek2 ade la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2012 07:27 AM | Show all posts
takde lah boyish sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 07:43 AM | Show all posts
sapakah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 07:44 AM | Show all posts
iols ingat pakcik 50an tadi sebelum bukak thread ni.. sekali adik-adik baru lepas tamat spm ghupenye... motif nama tak commercial?

iols nk cadangkan heols tukar nama kepada.. A'AA? bley ?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:22 AM | Show all posts
mmmmmmmmmmm... biasa2 jer pun!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:32 AM | Show all posts
jgn risau dik..agak2 populariti sendu..priki ngn kruskenu akan tolong pomotkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:35 AM | Show all posts
Bintang idola ni prog. realiti yg mane pulak..idola kecil aku tau la...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:39 AM | Show all posts
mmg agak budak2 ropenye
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:08 AM | Show all posts
jejaka perasan mana la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:16 AM | Show all posts
hazabnye baju yg ko pakai dik...takde aura retis lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:23 AM | Show all posts
sapo nieeee??? tak kenall
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 09:28 AM | Show all posts
hurrmmm sorry lah not my taste hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:32 AM | Show all posts
sapo budak ni? pengganti Dafi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:34 AM | Show all posts
saper pulak ni wehhh..isk..x sesuweeiiii sgt baju tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:36 AM | Show all posts
"Dari situ saya yakin tidak dinilai hanya kerana mempunyai wajah comel tetapi bakat,"



comel???? boleh laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070507 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list