CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80177|Reply: 433

Updated: Kahwin meriah, hutang tak bayar?...Usah jadi kacang lupakan kulit (pg.1

  [Copy link]
Post time 8-3-2012 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 10-3-2012 11:32

MALAS rasanya SS nak mendengar kisah seorang artis yang hebat dengan empayar perniagaannya ini kerana sudah banyak kali SS mendengar orang menyampaikan kisah ‘liat’ bayar hutang mereka.

Dulu hanya kisah gaji pekerja yang tidak dibayar dan sistem bayar separuh-separuh saja, kali ini SS dengar sampai ke seorang pelakon popular pula tidak dibayar selepas siap membuat kerjanya.

Kisahnya seorang pelakon comel ini khabarnya menjadi pengacara untuk sebuah program televisyen terbitan syarikat artis tadi.

Sampai nak pengsan dengarnya si pelakon cantik tadi menyiapkan semua kerjanya mengikut kontrak. Bukan saja menjadi pengacara, malah si pelakon tadi siap membuat kajian dan penyelidikan sendiri sebelum mengendalikan program televisyen tadi.

Tapi apabila sudah siap dan program itu ditayangkan, sampai ke sudah bayarannya tidak diterima. Macam-macam alasan yang diberikan oleh artis tadi yang juga seorang penyanyi dan pelakon.

Padahal yang kelakarnya, si artis yang susah nak membayar hutang tadi baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan gilang-gemilang. Bukan main lagi meriahnya majlis itu.

Tapi nak bayar duit orang yang sudah bekerja alasannya tiada duit lagi.

Kononnya dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk program itu masih belum masuk. Sampai ke hari ini dengarnya si pelakon jelita tadi tidak dapat duit kerjanya.

SS pun terkejut kerana berani sungguh si artis yang memang terkenal dengan perniagaannya itu tidak membayar duit artis lain sedangkan dia tahu yang cerita sebegini dengan cepat boleh diketahui orang lain.

Tapi memang SS pun susah nak cakap apabila menyentuh mengenai artis ini kerana sejak dulu memang sudah macam-macam cerita yang disampaikan. Bergaya dengan kereta mewah dengan deretan filem yang bukan main kutipan tiketnya, tapi masih kekal dengan sikap yang ‘liat’ nak bayar duit dan gemar sekali meminta harga murah.

SS harap si pelakon yang sudah pun menjalankan kerjanya itu tidak berdiam diri.

Pergi minta duit sendiri atau ugut saja untuk memberitahu kepada pihak media.

Biar takut sikit si artis tadi dengan adik-beradiknya yang kedekut dan berkira.

Kalau betul hebat berniaga, mustahil tidak tahu etika orang menjalankan sesebuah perniagaan.


SS: Ada pelakon yang berhutang dengan bekas kekasihnya. Bila nak bayar tu?



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 08:13 AM | Show all posts
yusry KRU kew?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:17 AM | Show all posts
iollss pun rasa yusry kru sebab siap mention adik beradik yg kedekut...
ke iollss salah pemahaman....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by effey at 8-3-2012 08:20

Mungkin jgkla trio beradik tue..sian kat org yg xdibyr tuh..keje penat2., duit xdpt
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by Santeira at 8-3-2012 09:10

yusry KRU kah? mmg kru beradik ni liat nak bayar pun, hatta office supplies pun hampir setahun belum bayar pada syarikat pembekal (cerita tahun 1999).
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:32 AM | Show all posts
Hah!!! abg chik????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2012 08:37 AM | Show all posts
aiyooo...mcm tak pecaye aje...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:38 AM | Show all posts
huh, sape ekkk...

yg pelakon comel tu siapa pulak???ermmmm {:4_229:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 08:39 AM | Show all posts
aku da rasa mesti aa ceta busuk kalo pas kawen

mcm kes farah af2 yd dikata hutang kawen gak

2 selebiti kawen gilang gemilang peminat happy depa cantik

last2 mesti ada kuar ceta busuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:40 AM | Show all posts
kedekut!...xagak2 tue ek

kalau dorang lar xsangka pulak camtue...culas pulak nak bayar hutang!...bahaya ooo utang ngan orang xselamat dunia akhirat tue
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:40 AM | Show all posts
what???hope kru boleh bg penjelasan tentang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:51 AM | Show all posts
ni macam kes makan sudah bayar belum kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:52 AM | Show all posts
si pelakon comel
si pelakon cantik
si pelakon jelita


Ni memang kes masuk bakul campak sendiri ke laut ke hape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 08:53 AM | Show all posts
selalu jugak dengar .. kata kawan mek sebab  tu staff die bertukar ganti.. kalu bukan penyanyi mek speku lopak kot sebab lopak kan jadi pengacara kru tv ek?? ker si kris?? but deme berdua tak nyanyi.. hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:12 AM | Show all posts
tak terpikir ..............................
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:24 AM | Show all posts
???? no idea.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 09:28 AM | Show all posts
Reply 5# Santeira

kawen nak gah je nooksss...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:34 AM | Show all posts
sapa plak ni..........................
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:35 AM | Show all posts
Biar takut sikit si artis tadi dengan adik-beradiknya yang kedekut dan berkira



terang2 si SS ni bg clue.... harap2 ada penjelasan isu ni lah yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:37 AM | Show all posts
erm i tak rasa perkahwinan Yusri Kru tu meriah, mcm biasa aje i tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.072601 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list