CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanani

Gossip: Faradhiya Kini Kekasih Saudagar Hotel & Bakal Bergelar Isteri Kedua

  [Copy link]
Post time 11-3-2012 02:01 AM | Show all posts
bg aku perkara biasa lah artis jg isteri no 2 ni..lelagi yg taste tggi, seksi, muke leh jual... kdg2 dorg xyah cari, ramai laki kaye dtg kejor, brebut nak jdkan bini....  but farah ni maybe xjd bini no 2..tp yg pasti, calon suami mesti beharta..............huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 09:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 11-3-2012 09:22

Reply 24# mixed


    Bakal jadi isteri kedua?


    NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
    11 Mac 2012                                    
                                                                                       


                                                
        Atmosfera industri hiburan, bagai tidak berhenti dari serangan khabar angin liar mengenai artis tempatan. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal.        Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua.
        
        Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya semasa dihubungi Zass tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit.
        
        "Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif.
        
        "Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya.
        
        Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut.
        
        "Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali.
        
        "Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya.

        
        
        Proses kenali hati budi
         
        Wanita yang bakal menginjak ke usia 28 tahun, 28 April ini, bagaimanapun tidak berselindung dan mengakui sedang mengenali hati seseorang.
        
        Namun, Faradhiya enggan berbicara lanjut mengenai perkara itu dan menyifatkan masih terlalu awal untuk berkongsi segala-galanya dengan peminat.
        
        "Saya bukanlah seorang individu yang gemar berkongsi cerita peribadi. Saya faham, sesetengah pembaca, mereka 'geli' bila membaca cerita mengenai kisah peribadi artis. Malah saya sendiri yang sedang bercerita sekarang pun, merasa geli untuk bercerita lebih-lebih.
        
        "Saya rasa cukuplah saya katakan, saya kini sedang mengenali seseorang dan bila tiba masanya, serta segalanya sudah pasti, barulah saya bersedia untuk bercerita kepada peminat," katanya penuh berhati-hati.
        
        Masih aktif
        
        
        Enggan terus berbicara mengenai kisah peribadinya, Faradhiya berkata, dia bakal melancarkan album terbarunya dijangka berlangsung bulan hadapan.
        
        Katanya, album berkonsep pop itu diterbitkan oleh Julfekar dan mengandungi lima lagu. Tiga lagu sudah dirakamkan dan kini dalam proses merakamkan dua lagi lagu. Antara judulnya, Tergila-gila dan Kau Telah Pergi.
        
        "Julfekar menawarkan kepada saya untuk mengeluarkan album dan ia adalah peluang dinanti-nantikan. Maklumlah kini bukan senang untuk mengeluarkan album.
        
        "Apatah lagi, ramai peminat tertanya dan keliru, apakah saya masih menyanyi atau tidak. Jadi, album ini adalah sebagai jawapan dan hadiah buat peminat," katanya yang akan ke Pulau Pinang bagi merakamkan klip video.
        
        Faradhiya berkata, selain akan kembali aktif menyanyi, dia juga banyak tawaran lakonan. Namun kerana kekangan masa, Faradhiya terpaksa menolak tawaran lakonan dan banyak memberi tumpuan kepada telefilem.
        
        "Saya kini terpaksa memilih tawaran. Bukan mula untuk demand, tetapi memandangkan saya akan aktif menyanyi, jadi saya takut jadual saya akan bertindih dengan waktu penggambaran.
        
        "Maklumlah, penggambaran drama bersiri mengambil masa. Malah kadangkala saya ada persembahan pentas yang perlu dihadiri. Jadi saya tidak mahu susahkan orang lain jika saya banyak terima tawaran lain.
        
        "Selain itu, saya jarang muncul di majalah atau dada akhbar kerana merasakan tidak ada projek yang mahu saya kongsikan. Justeru saya memilih untuk mengelak dari membuat sesi fotografi. Tapi selepas ini,mungkin tiada masalah untuk kembali seperti biasa," katanya.

~sinarharian~
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 10:47 AM | Show all posts
tu. dia dah buka mulut
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:12 PM | Show all posts
doakan yg terbaik aje utk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:47 PM | Show all posts
Asal bahgia teruskan faradhiya, terlanjur ngko Ada asset yg jutawan nak, dulik ler mulut org ....
Ramai org yg nak jutawan, takder yg dapeh.... dah rezeki ngko, berkongsi kemewahan dgn jutawan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:45 PM | Show all posts
kalau ada bujang, pilih lah yang bujang
tapi better kahwen daripada wat maksiat dan jadi stok simpanan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2012 02:03 PM | Show all posts
ermmm...kalo dah jodoh..elok le kawen cecepat..jgn dok kumpul dosa banyak2..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 02:07 PM | Show all posts
        
        "Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang."

Skandal dgn laki org xpe la ek? Dulu kan dia penah kene serang dgn abby sbb dia skandal dgn normiang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 03:03 PM | Show all posts
Normiang tu yg gatal
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 03:46 PM | Show all posts
apa punya statement ni?
kalau kau diberi pilihan usahawan dengan penoreh getah kau pilih peno ...
kukulangau Post at 9-3-2012 13:31


Tu statement leh mask muzium, kang kata soklan b*d*h  nak matiikan topik mare plak kannn
Camler  penoreh getah tu satu pilihan ......
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 03:52 PM | Show all posts
harapnya lelaki itu tidak suami org setelah ingin mengahwini dia
jgn kerna nak kawin ceraikan bini
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 04:42 PM | Show all posts
retis2 skrg, tade pun dgr nak kawen ngn anggota polis ke,
tentera ke, cikgu ke...
retis2 jaman 80a ...
wookiehoney Post at 8-3-2012 23:57



    bg depa,ape curlastt kawen ngan polis n tentera. Cikgu? lg nk ketawa aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 04:56 PM | Show all posts
roti miskin pn kena sound
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 04:56 PM | Show all posts
dedolu,seniman n seniwati bekerja keras jd anak seni menyara hidup keluarga. Mereka betol2 ikhlas nak berlakon. xderla sambil nyelam minum air. zaman dh berubah,dimana wang dan pangkat jadi keutamaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:46 PM | Show all posts
Itulah untungnya org cantik...dan itulah untungnya juga org berduit..ungkapan duit bukan segalanya kdg2 tak relevan untuk semua org..actually.. money can buy love..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 10:12 PM | Show all posts
harapnya lelaki itu tidak suami org setelah ingin mengahwini dia
jgn kerna nak kawin ceraikan bini
guesswho09 Post at 11-3-2012 15:52



    Setuju! Jgn la menjandakan bini org semata2 nk buktikan ko x bermadu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 10:08 AM | Show all posts
untung r die..xpyh bersusah payah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:18 AM | Show all posts
Reply 10# Mamason


        penoreh getahhh skrg da kaya okehh......lagi kaya dari kita gamaknyee...xcaya tgk bawah tilamm..kepok2 duett nye....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:29 AM | Show all posts
aduhai... macam2 kan.. biarlah dia pon cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 11:19 AM | Show all posts
sapa lelaki iteww....?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068592 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list