CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10354|Reply: 101

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem

[Copy link]
Post time 23-3-2012 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 23-3-2012 09:08

Jumaat Mac 23, 2012


Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri
(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara
stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU


PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.

"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.

"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.

Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.

"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.

"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.
"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.

Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.

"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.

"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 09:35 AM | Show all posts
betul gak kata diua nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:37 AM | Show all posts
tp aku suke je ade astro first..xyhla susah2 nk p beli tiket..nk tgk pong, bley ulang ikut waktu yg aku nk tgk..siap bley mkn nasik smbil tgk wayang kat astro first..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:39 AM | Show all posts
kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton


kalu filem dia bagus lepas ni... mmg dia peka.... tp kalu macam biasa gak.... baik x yah kuar statement gini....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:40 AM | Show all posts
aku pon pkir yg same dulu mse nk kuar astro first nie.....
so org akan tunggu je cte tu kt astro first ......
xyah tgk wayang...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:42 AM | Show all posts
br nk sedar kerrr.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2012 09:43 AM | Show all posts
sesuai beli/langgan Bunohan@astrofirst..sebab buleh tgk ulangkali smpai paham
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:44 AM | Show all posts
sikalang.. lanun lanun cetak rompak suka la ... sebab tak yah masuk panggung nak rakam.... tunggu astro first jer.. hiks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 09:44 AM | Show all posts
ai ok je ngan astro first
sebab tak yah pk nk beli popcorn bagai
makan je nasi + telur goreng + kicap

hahahaha
tgk tv sambil berbaring

tak yah bayar parking
nk g toilet ke ape tak riso sebab kalau tertinggal jalan cerita leh repeat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:46 AM | Show all posts
ai ok je ngan astro first
sebab tak yah pk nk beli popcorn bagai
makan je nasi + telur goreng + ki ...
pipigebu Post at 23-3-2012 09:44



   hihihihihi betul tuh ..... penat laaa ngan mamat nih....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:48 AM | Show all posts
biasala astro semua dia nk bolot maa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:48 AM | Show all posts
dari segi industri filem mmg betul apa yg Ahmad Idham ni cakap... dr masa mula2 Astro nak start Astro First ni lagik aku dah terfikir... apsal laa pengeluar2 filem gak objek cadangan tu... mmg menyenangkan penonton boleh tengok tergolek2 depan tb.. tp dr segi industri perfileman mmg memudaratkan lahh....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:54 AM | Show all posts
Reply 1# achik2009


   le ingt depa ni dh ade persetujuan dr due2 belah pihak. tfkir jgk sblm ni. tapi klu utk industri, amik la after 3mgu bru kua kt astro1st. 2mgu cepat bebenor.. bole kaut byk lgi kat wayang tuh.. tapi klu dr sudut pandangan aku sbgi pengguna, alaaaa halal la.. cte bkn box office pon smpi nak hold lame2 kat wayang.. klu transformer tuh iyye la bole buat duit klu hold lame kt wayang.. ini filem chantekkk, filem keramat, dlm btl kicap.. ya ampun. jual 2inggit setengah kt astro 1st pon ase berkire sungguh nak amik, ini kan laaaaa nk start keta p tgk wayang.. mak ai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:07 AM | Show all posts
Reply 1# achik2009


    bukan ari tuh die menyokong sngt??? orang yg tk sokong time pelancaran astro first neh..erma fatima jeh...time tuh...sbb die lantang bersore tak stuju..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:14 AM | Show all posts
dah rugi baru nak sedar...sejak ada astro first ni lah lanun2 sgt bergumbira...pagi start masuk astro first -petang dah boleh dpt dvd lanun...sgt pantas hanya 5hengget tgk sekali & boleh buang dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by magnus at 23-3-2012 10:21

Ala AI manyak bunyi..setakat ko menyumbangkan  industri pilem dgn pilem pilem ko yg vodoh vodoh tu takyahlah nak fefeeling patriotik sgt kot...eksklusiflah sgt pilem ko tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 10:18 AM | Show all posts
aku tak paham apa dia ni pikir, bodoh ke atau saja buat bodo untuk mengampu TV3.

aku nak tanya skit, Astro First tu masuk dlm wajib tayang FINAS ke? maksud aku, ada dlm undang2 FINAS yg lepas WAJIB tayang kat panggung selama seminggu, MESTI aku ulang lagi MESTI... sekali lagi aku ulang MESTI masuk astro first???????

lepas selesai tayang kat panggung, suka hati mak bapak ko la nak tayang kat AF atau taknak. takdak sapa paksa pon. pasal apa pulak nak kata" FILEM MALAYSIA TAKDAK NILAI EXKLUSIF SEBAB LEPAS TAYANG PANGGUNG, 2 MINGGU MASUK TV"

Astro takkan nak suka2 masuk dlm TV kalau takde kebenaran dr pihak pembuat filem?
kalau pembuat filem taknak tayang kat AF, astro pon tak hingin nak tayang la.

so kat mana yg kata astro ni suka tayang filem lepas 2 minggu tayang pawagam? kalau taknak, tak payah tayang kat AF. habis cerita.

belambak lagi filem yg tak masuk AF lepas tayang kat panggung. bukan kena paksa pon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:20 AM | Show all posts
Hmm... cakap cakap marketing.. well.. bukannya Astro ambik free aje filem tu nak tayang kat Astro First.. Kalau Astro nak ambik, the producer has the rights to agree on the release date. Kalau takmo letak kat Astro First, jangan sign agreement..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:24 AM | Show all posts
duit yang bayar AF tu mesti share dengan pengeluar kan takkan astro bolot sorang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:25 AM | Show all posts
aku tunggu BUNOHAN tak sempat tengok kat wayang BZ memanjang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.587829 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list