CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20439|Reply: 123

Nurul Akui Kahwin Tahun Ini, Pilih Rizman Ruzaini Sebagai Pereka

  [Copy link]
Post time 27-3-2012 10:25 PM | Show all posts |Read mode
26 Mar 2012, 03:52pm   |        Miss Ayu & Nani



Dalam program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 menerusi topik ‘Fesyen : Koleksi Pengantin’, sebentar tadi, penyanyi Nurul Wahab mengaku akan berkahwin tidak lama lagi. Pada mulanya, penyanyi hitam manis ini enggan menyentuh isu tersebut, namun setelah diajukan beberapa kali oleh pengacara Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan, Nurul akhirnya akur memberi jawapan.

Untuk  mendapatkan penjelasan lanjut, GUA telah mendapatkan Nurul sebaik sahaja program WHI berakhir tengahari tadi. Namun, penyanyi berkulit hitam manis ini enggan mendedahkan butiran terperinci tentang perkahwinannya itu. Bahkan, Nurul juga tidak mahu memberitahu siapa bakal suaminya itu.

“Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh bercerita lanjut tentang perkara ini. Semuanya masih belum diputuskan. Apa yang boleh saya katakan ialah, saya memang akan berkahwin pada tahun ini. Tapi tarikh dan lokasinya masih belum boleh diumumkan. InsyaAllah, bulan Mei nanti saya akan adakan sidang media untuk umumkan berita perkahwinan ini secara rasmi.
Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh berkongsi cerita. Banyak hati yang perlu saya jaga. Harap GUA dan peminat boleh faham situasi saya sekarang ini,” ulas Nurul bersungguh-sungguh.

Dalam masa yang sama, Pengurus kepada Nurul, Mas Anizah juga menyatakan perkara yang sama. Jelas Mas Anizah, Nurul tidak boleh bercerita kepada mana-mana pihak lain berhubung hal perkahwinan itu kerana sudah ada perjanjian dengan sebuah portal hiburan yang mahu menyiarkan cerita-cerita perkahwinan Nurul secara eksklusif.

“Sebenar apa yang berlaku dalam WHI tadi tidak dirancang. Nurul hanya diundang untuk bercerita tentang gaun pengantin, tetapi lain pula jadinya. Mujur Nurul tidak terlajak kata. Saya perlu jaga hati semua pihak. Tunggulah sidang media nanti. Pada waktu itu kita akan jelaskan semuanya,” ulas Mas Anizah.

Selain Nurul, tetamu jemputan WHI pada hari ini ialah pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ketika program tersebut, Nurul turut memberitahu akan mengenakan busana pengantin rekaan pereka duo tersebut.

“Kalau saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana saya sudah lama berkerjasama dengan mereka. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Sejujurnya, kami belum buat sebarang perbincangan. Semuanya persiapan baru hendak dimulakan,” ujar Nurul lagi.

Ditanya mengenai perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu, “Setakat ini, kawan-kawan terdekat saya yang paling teruja. Saya sangat istimewa sebab semua orang tak dapat peluang kedua seperti saya. Impian untuk perkahwinan kali kedua ini, saya nak ia eksklusif dan istimewa untuk keluarga. Saya nak raikan ia dalam suasana penuh romantik.”




Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 10:27 PM | Show all posts
eksklusif sgt ke nurul ni ?? mcm x relevan dh kat dlm industri hiburan je ... apa produk terbaru dia ???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:28 PM | Show all posts
ermmm dia kawin dgn negro ke mat salleh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:29 PM | Show all posts
elok ler tu...jgn sexy sgt pas kawen......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 10:29 PM | Show all posts
mcm dah jadi trend artis skrg...asal nak kawin je msg2 sibuk nak buat sidang media....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:30 PM | Show all posts
lor, iols tersalah baca..ingatkan dia nak kawen ngan rizman ruzaini tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 10:30 PM | Show all posts
tekejut iols tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:34 PM | Show all posts
ok moga berbahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2012 10:35 PM | Show all posts
Nurul Wahab Tak Hirau Pendapat Peminat?

27 Mar 2012, 12:00am   |        Miss Ayu




Selepas berpisah dengan Ajai, selain digosipkan dengan beberapa lelaki, Nurul Wahab juga dikatakan berubah imej menjadi lebih seksi. Kulit album ‘Tika Cinta’ yang dilancarkan pada 2009 lalu turut mengundang cakap-cakap kurang enak didengar. Ramai membuat kesimpulan Nurul  berubah imej kerana hendak ‘pasang badan’ bagi mencari pasangan hidup yang baru. Lebih dahsyat lagi, ada yang menuduh dia mahu memikat golongan VVIP. Walau bagaimanapun, Nurul tidak mudah melatah. Sebaliknya dia bersikap terbuka dan menerima pendapat peminat itu sebagai peringatan.

Setelah menghilangkan diri buat seketika, hari ini Nurul muncul dengan cerita terbaru. Pertama, dia mengumumkan tentang perkahwinannya pada tahun ini, dan yang kedua dia mahu melancarkan album terbaru pada Mei ini. Seiring dengan pelancaran album terbaru itu, Nurul memberitahu yang dia akan membuat sedikit perubahan dengan penampilan diri.

“Saya mahu tampil berbeza untuk album terbaru itu nanti. Bukan kerana ingin lari daripada imej seksi yang diperkatakan orang selama ini. Saya tidak pernah rasa penampilan saya terlalu seksi. Kadangkala orang salah faham apabila melihat foto-foto yang dirakamkan oleh jurugambar. Maklumlah, ada sesetengah sudut gambar ini boleh membuatkan kita nampak seksi, tapi hakikatnya tidak. Jadi, saya tidak mahu terlalu mendengar cakap-cakap orang. Saya tahu apa yang saya pakai dan tahu menjaga batasnya,” ujar Nurul yang ditemui selepas program Wanita Hari ini tengahari tadi.

Bercerita tentang pembikinan album terbaru, Nurul menjelaskan kali ini dia memilih Andi Merican untuk menerbitkan album yang memuatkan lima buah lagu itu.

“Andi yang datang berjumpa dengan saya untuk buat album baru ini. Memandangkan saya memang memerlukan material baru, jadi saya tidak lepaskan peluang untuk bekerjasama. Lagipun Andi memang yang kreatif dan lagu-lagu yang dihasilkan sedap didengar. Saya masih kekalkan konsep pop dan balada untuk album kali ini, cuma iramanya agak rancak. Saya sudah pun siap merakamkan empat buah lagu dan lagu yang terakhir akan dirakamkan pada hujung bulan ini. Mudah-mudahan album kali ini akan mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan,” ujar Nurul sebelum meminta diri.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:44 PM | Show all posts
harap2 bukan propa....lekas2 kawin nurul k...hitam2 pun meletop laris gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:58 PM | Show all posts
bagusla kawen...
jgn propa je lbh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:01 PM | Show all posts
Reply 6# KumbangPolkaDot


   iols pon terbace mende yg same..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:02 PM | Show all posts
Reply  KumbangPolkaDot


   iols pon terbace mende yg same..
kecikgurl Post at 27-3-2012 23:01



    kann..tajuk misleading ke mata kita kero
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:03 PM | Show all posts
tahniah nuyul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:07 PM | Show all posts
Reply 13# KumbangPolkaDot


tajuk yg over nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:14 PM | Show all posts
Bila dia cakap macam tu kan... Macam kaver line jek..apekah akan menjadi seken waif??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 11:21 PM | Show all posts
perlu ke nak bersidang media bagai nak umumkan pasal kawin???? rasanya x payah ler... Nurul pun bukannya glemer cam Dafi nak buat sidang akhbar.... kawin diam2 sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:41 PM | Show all posts
hitam2 pun laku
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:49 PM | Show all posts
Makcik nie  bnyk jaja hal peribadi sungguhlaaa lps bcerai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:51 PM | Show all posts
entah aku pon tak pahamm...apa la sumbangannya dlm dunia seni selain menyeksi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.074828 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list