CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6068|Reply: 52

Zainal Abidin - "Industri kita banyak sampah"

[Copy link]
Post time 28-3-2012 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 28-3-2012 11:08

USAHA Zainal Abidin memupuk kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan peminat dan masyarakat bukan sedikit. Menerusi lagu Hijau lebih 20 tahun lalu, yang kini masih ‘hijau’ pada deria pendengaran kita hinggalah yang terbaru, Alam ciptaan sepenuhnya oleh Ajai.

Bagi Zainal, 53, itu antara sumbangannya sebagai penyanyi kepada komuniti selain menghiburkan mereka. Muziknya dijadikan kenderaan atau medium dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan khabar berita alam kita yang semakin menipis ozonnya.

Sebagaimana juga nipisnya industri muzik hari ini yang bukan saja disebabkan lanun cetak rompak, malah disokong oleh pelbagai faktor termasuk sikap seseorang artis itu sendiri terhadap karier yang diceburinya. Menurut Zainal, industri hiburan kita semakin banyak sampah yang mencemar nama baik bidang seni.

Penolong Pengarang Hiburan Harian Metro, ABIE ABDULLAH ada cerita lagi mengenai bintang ini ketika ditemui di The Andaman, A Luxury Collection Resort, Langkawi minggu lalu.

RAP: Selepas Hijau, kini anda tampilkan Alam meneruskan kempen alam sekitar. Sejauh mana Alam kali ini?

Zainal:
Kalau Hijau, ramai tertarik kepada dialek liriknya tetapi Alam lebih kepada irama di mana Ajai menggunakan muzik reggae yang mudah ditangkap halwa telinga. Daripada muzik inilah saya sampaikan liriknya mengenai alam sekitar. Mungkin Hijau tiada ganti tetapi Alam meneruskan usaha saya untuk kempen ini.

Bagaimanapun CD lagu ini hanya dijual di lokasi yang saya pergi saja, selain melalui muat turun. Sekarang caranya lain dan saya tiada cara lain untuk melawan cetak rompak. Kalau cetak rompak jual RM5, saya akan turunkan RM2.50. Saya bukannya bergantung kepada jualan album tetapi album ini perlu diedarkan untuk kempen alam sekitar.

Terus terang, saya sebenarnya tidak mahu lagi buat album. Kali akhir, enam tahun lalu dengan Puteri. Kalau fikirkan, dalam usia begini saya rasa tua sangat untuk buat album (tergelak). Saya sudah 53 tahun, bila sampai usia 50-an di dalam industri hiburan, terasa nak tutup dan buka pintu kepada orang muda.

Namun muzik meneruskan ‘nafas’ saya, macam dilahirkan semula setiap kali ada album atau lagu baru. Muzik medium terbaik untuk kempen saya. Dengan adanya twitter, facebook dan Youtube, lebih mudah untuk kita promosi atau sampaikan apa yang ingin disampaikan seperti Legendary Concert yang sudah ada dua juta orang ‘bercakap’ pasal itu. Sama juga dengan single Kamu saya sebelum ini, letak saja 15 minit, sudah ada 500 ‘Likes’. Sekali gus ia menunjukkan peminat masih menyokong muzik saya. Tetapi kalau fikirkan untuk berhenti menyanyi, mungkin saya akan ‘sakit’. Apapun saya menyanyi kerana peminat yang sentiasa menyokong.


RAP: Tetapi ramai artis terutama yang baru, ‘sakit’ untuk bertahan seperti anda?

Zainal:
Ramai artis baru yang silap definisi terhadap dunia artis itu sendiri. Artis adalah mereka yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi baik menyanyi, berlakon mahupun melukis di mana bakatnya diperakui oleh masyarakat penonton. Kalau tiada kreativiti, mana kualitinya? Bukan hanya yang cantik, tampan atau kaya saja yang masuk TV tetapi yang buta macam Stevie Wonder. Stevie menjual bakat, bukan rupa.

Satu lagi, apabila seseorang itu dipanggil profesional, penyanyi misalnya dan kalau mereka berbakat dalam nyanyian, mereka tidak akan berlakon atau mencuba bidang seni lain kerana ia menunjukkan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap bakat atau kebolehan yang mereka lakukan. Kalau tukar karier saja kepada pengacaraan atau apa saja, sekali gus ia menggambarkan karier mereka semakin menurun. Mereka tiada keyakinan kerana tidak fokus. Kenapa saya, Datuk Sheila Majid atau Datuk M Nasir boleh?

RAP: Bukankah hari ini, penonton hanya mahu lihat yang cantik saja?

Zainal:
Itulah silapnya artis baru hari ini. Saya tidak nafikan ‘sex sell’ tetapi itu semua untuk keuntungan jangka masa pendek semata-mata. Kalau mereka boleh kaut untung atau buat duit dengan kecantikan tanpa bakat sejati, percayalah ia tidak lama di dalam industri. Memang masyarakat kita menerima tetapi itu dalam jangka masa pendek. Pun begitu, itu bukan salah masyarakat tetapi artis yang silap definisi. Kalau formula Siti Nurhaliza berjaya, maka ramailah nak jadi macam Siti. Salah! Mustahil untuk kita ada dua Siti, untuk ada dua Michael Jackson. Sepatutnya seseorang artis ada konsep seni masing-masing dan fokus serta persembahkan yang terbaik, barulah peminat ‘beli’.

Mereka yang jual muka tanpa bakat itu, tolong keluar dari industri. Jangan jadi sampah, rosakkan industri. Jika mereka tidak sehebat Jamal Abdillah, Amy Search umpamanya, lebih baik buat latihan banyak-banyak. Inilah masalahnya kalau mereka pilih untuk jangka pendek. Maaf cakap, kita makin banyak sampah!

Kita sudah lama tiada fenomena muzik seperti zaman RAP (Roslan Aziz’s Productions) di mana syarikat yang kecil tetapi mendominasi 30% pasaran muzik tempatan. Kalau ada pun fenomena, itupun ketika Mawi menang AF (Akademi Fantasia). Tetapi naiknya mendadak, hilangnya juga mendadak.

RAP: Habis itu, macam mana nak jadi penyanyi yang baik di Malaysia?

Zainal:
Banyak caranya tetapi perlu tembusi pasaran Melayu, Cina dan India barulah ruangnya luas. Kenapa penyanyi atau komposer kita tidak buat lagu macam Bollywood, Afrika atau sekarang K-Pop yang berfokuskan global. Kita banyak buat untuk pasaran dalam negara saja, itupun hanya untuk satu kaum saja. Sudah lama sepatutnya kita memikirkan global dan dengan adanya kapasiti teknologi hari ini, ia lebih mudah sebagaimana Yuna. Kenapa Yuna diterima ramai? Sebabnya dia lain daripada yang lain dan dia fikir global.

RAP: Bagaimana pula dengan sesetengah artis yang suka menyalahkan media?

Zainal:
Selama lebih 30 tahun menyanyi, sumbangan media bukan kecil anak. Bukan untuk mengangkat tetapi hakikatnya begitu. Cuma satu yang boleh saya katakan, sebagai selebriti, tidak perlu pun untuk menyembunyikan kisah peribadi macam kahwin dua, janda duda atau sebagainya. Lambat-laun orang akan tahu juga dan lebih teruk kalau membiarkan orang berteka-teki. Memang pengakuan benar itu suatu kesakitan tetapi ia lebih baik. Baik berterus terang dan sepanjang saya mengenali media, mereka antara manusia yang bertoleransi dan memahami kedudukan artis sebagaimana artis perlu memahami kerja wartawan.

Ada yang kata wartawan terlalu penyibuk tetapi memang tugasnya untuk mencari berita, sama juga dengan penyanyi yang kerjanya menyanyi. Takkan nak suruh penyanyi mencari berita?

Seperkara lagi mengenai artis yang mudah melenting dengan komen negatif. Selagi ia tidak mengaibkan, saya rasa tidak perlu untuk panas badan sebab kalau betul terima sajalah dengan terbuka demi kebaikan kita sendiri. Kalau tidak kena mengena dengan kita, kenapa perlu kita marah?

RAP: Betulkah wujud diskriminasi dalam kalangan pengendali stesen radio berkaitan penyiaran lagu?

Zainal:
Kalau tengok senario hari ini, ada penyanyi baru atau belum dikenali mendapat peluang lagu disiarkan berlebihan di radio tetapi penyanyi lama seperti Jamal, Ramli Sarip misalnya, walaupun mempunyai lagu bagus, bagaimanapun kurang siarannya. Saya tidak kata ia membabitkan rasuah namun kemungkinan itu boleh berlaku. Lagipun isu rasuah dan radio ini sudah lama diperkatakan dan ia masih terus dibualkan. Saya tidak berani menuduh kerana kita tiada bukti kukuh, tetapi sepanjang 30 tahun menyanyi, pengalaman seumpama itu pernah saya lalui.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Sebenarnya kalau ia wujud, ia memang membimbangkan. Bukan bimbangkan periuk nasi saya tetapi industri muzik Malaysia secara amnya. Bagaimana muzik kita nak berkembang?




Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 11:19 AM | Show all posts
Tu pun masih ader lagi yang kunun2 nak buat program "mencungkil bakat"... Last2 bukan bakat..tapi sampah yang bertimbun..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:37 AM | Show all posts
carly hanya minat dgn artis yg benar2 ada bakat jer... kalu bakat yg asyik kuar papaer pasal scandal... sorry ler carly nak minat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:41 AM | Show all posts
nak guna cara apa buang sampah tu???
kalau recycle boleh ke idak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:47 AM | Show all posts
yg program realiti, cungkil bakat smue pong byk hasilkan smpah je..glamer time program, abes program, tros org xknal..sbbnyer yg undi tu pong bukan sbb bakat..tp sebab seksi, cantik, muke jambu n yg undi tu pong kuarge senirik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:47 AM | Show all posts
jeles la tu die dah x popular
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2012 11:50 AM | Show all posts
Dulu- ku lihat 'hijau'.....Sekarang- ku lihat 'sampah'....(:
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by ira_229 at 28-3-2012 11:57

kenyataan yg agak menyakitkan tapi banyak kebenarannya..

suka tengok video ni walaupun da berzaman! kombinasi lama n baru..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 11:57 AM | Show all posts
setuju part sex sell tu

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:20 PM | Show all posts
ada yg aku setuju ada yg aku x brp setuju, esp bab media tu.
klu diperhatikan media terlalu byk memberi perhatian hal2 yg remeh temeh, melaga2kan sesama artis, gossip2 sampah klu nk banding dgn berita2 kerjaya artis. blogger2 hiburan picisan jgn cakap la. lagi haru. dgn pakaian2 yg menjolok mata/hati lagi. psl 'sex sell' tu pun media main peranan jugak. dgn shoot kat tepi kolam la bagai. perlu ke?

bkn artis2 sampah je perlu kuar drp industri hiburan ni malah wartawan2 sampah pun perlu kuar jugak! semua pihak (bkn artis shj semata2) dlm industri hiburan ni perlu memainkan peranan dlm membaikpulih dan menaikkan taraf industri hiburan malaysia ni. x perlu ada busuk hati, dengki mendengki, jatuh menjatuhkan, melaga2kan, fitnah. masing2 perlu sokong menyokong antara satu sama lain dgn jujurnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:27 PM | Show all posts
pada ai, okay ajer...takder ler balik balik muke tu jer kuar kat tv...kat msia ni pun ramai yang berbakat tapi tak ke mana jugak...pilihan di tangan anda..tak nak dengar sudah...takder org nak pakse pun suh dgr...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:47 PM | Show all posts
sentap sangat khen
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:54 PM | Show all posts
Sampah sarap bergelimpangan, menyerlah jauh dari yg biasa~
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 01:01 PM | Show all posts
wartawan pun byk yg sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:07 PM | Show all posts
Zainal abidin tu mcm la tak sampah.. Ceh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:09 PM | Show all posts
suara zainal abidin tak sampah...menten sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 10:22 PM | Show all posts
setuju...........................................

jgn jadi sampah masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:38 PM | Show all posts
USAHA Zainal Abidin memupuk kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan peminat dan masyarakat bu ...
achik2009 Post at 28-3-2012 11:07

termasuk abang zenal sendiri ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:42 PM | Show all posts
abg jenal!
mmg betul pun.byk sampah dr hasilnye.
sila buat lagu sampah lak pasni bang jenal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by Opah_Vogue at 29-3-2012 22:44

Bagi opah satu2nya artis di Msia yang sentiasa gigih memajukan dirinya ialah Siti Nurhaliza! Kalau kita tgk dr zaman anak dara sampai la sekarang, penyanyi sorg ni tak pernah kenal erti 'berehat' atau 'berhenti' kerana

Pertama, ini mmg minat sejati beliau iaitu menyanyi dan

Kedua, beliau tahu peminat2 masih mengharapkan kehadiran beliau dlm industri seni tanah air, maka sebab itulah beliau dilihat masih begitu komited terhadap bidang seni sehingga ke hari ini walaupun terpaksa membahagikan masa antara menyanyi dan mengurus perniagaan...

Yuna juga mempunyai ciri2 tersebut...dia fokus dalam muzik yg dia perjuangkan...bukan sekadar mengharapkan kontroversi panas untuk dikenali...Kalau yuna mempunyai perancangan yang baik, dia boleh bertahan dan menjadi antara penyanyi lagenda negara suatu ari nanti...

Apa pun opah setuju dgn statement zainal abidin yg industri hiburan di msia ni banyak 'sampah'....tak larat nak amek kesah pasal diorang ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.171968 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list