CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6147|Reply: 32

Filem Kita Wajah Kita?????

[Copy link]
Post time 3-5-2012 03:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by etonjelita at 3-5-2012 03:35

Uncle Usin : Filem lawak sampah?                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                                               

                                                
                                                                        
                                                                                                                                                         
Mukadimah sedikit sebelum korang mula membaca review kali ini : JANGAN BACA DENGAN NADA MARAH ATAU GERAM. Dan kalau boleh baca sambil senyum-senyum seorang diri dan dalam keadaan yang tenang. Tiada haiwan dicederakan semasa penulisan review ini.

Nama Filem : Uncle Usin
Pengarah : Husri Husain
Genre : Komedi
Pelakon : Zizan, Johan, Nabil
Tarikh Tayangan : 19 April 2012


Sinopsis Filem :
Filem ini mengisahkan dua orang yang sama guru dikenali dengan nama 11 (lakonan Johan) dan juga 13 (lakonan zizan), telah membawa haluan masing-masing setelah guru mereka meninggal dunia. 11 telah disingkirkan dari kumpulan guru beliau dan membawa diri. 13 pula adalah murid kesayangan gurunya dan telah menimba ilmu, seterusnya setelah lima tahun, membuka sebuah syarikat penyiasatan persendirian. Beliau telah menjadi popular kerana berjaya menyelesaikan banyak kes menggunakan kemahiran beliau.
Pada suatu hari Cik Julia (lakonan Syiqin Kamal) telah datang ke pejabat 13 dan meminta bantuan. Julia perlu 13 untuk menolong membongkarkan dalang yang menyebabkan bapanya koma. Dengan pelbagai alatan canggih dan ajaib, 13 sedia membantu Julia dalam usahanya untuk menyedarkan bapa Julia. Pada masa yang sama, 11 telah muncul dan membantu pak cik tiri Julia, dan bercadang untuk melawan 13 untuk mendapatkan buku rahsia persilatan gurunya. Apakah yang terjadi selepas itu? Bilanya Uncle Usin ni muncul?


Komen KakiWayang.com :
Punya la payah nak cari gambar dalam filem yang boleh diletakkan sebagai penyeri untuk membuat review ini. Ok, ni bukan komen filem ni, cuma luahan perasaan. Marketing department publisher cerita ni tak buat keje ke? Kurang jugak publisiti yeah? Orait, agak panjang komennya :
1. Kami sentuh pada genre filem ini terlebih dahulu. Adalah ditulis bahawa genre utama filem ini adalah komedi. Seriusly, kami hanya gelak yang betul-betul ikhlas ada la dalam 2,3 kali je. Walaupun duduk sebelah brader sorang ni yang memang penggelak terbaik (semua benda dia nak gelak), namun tahap lawak yang ditonjolkan dalam filem ini amat-amatlah mendukacitakan. Memang tak lawak la cerita ni.
2. Dari segi barisan pelakon, memang dah pelakon-pelakon famous dah, cuma nampak memang ada benda yang tak kena dengan lakonan diorang dari awal hingga ke akhir filem ini. Admin baru sahaja tengok ‘Lawak ke der?’ pada minggu lepas, sangat-sangat lah berbeza. Dalam lawak ke der, boleh kami gelak sepuas-puasnya walaupun tengok berkali-kali. Namun, dalam filem ni, lawak tak menjadi langsung. Watak zizan sebagai hero bernama 13 ni pula, bila diperhatikan lebih kepada mengikuti Apek Senario punya cara berlakon. C’mon bro, nampak sangat kot gaya apek. Penampilan istimewa Angah dan Jambu Raja Lawak tidak menyumbang kepada tahap komedi filem ini.
3. Dari segi video, biasa sahaja. Audio filem ni kurang sedikit dengan ada beberapa part tu bunyik macam hilang-hilang secara tiba-tiba. Sound effect yang digunakan adalah berlebihan dan kadang-kala tak kena langsung. Yup, tak salah nak jadikannya sound effect sebagai benda yang lawak dalam filem, cuma banyak bunyik yang tak sesuai pabila sampai satu-satu scene. Plus, cara highlight setiap jurus yang mereka gunakan untuk berlawan adalah sangat annoying.
4. Jalan cerita? Hancur. No komen. Sangat simple and yet, macam takde plot dan element of suprise langsung (apabila baca pengarah kata perkara utamanya adalah siapakah uncle usin?). Dari awal hingga nak habis filem tu nabil tak keluar, so korang dah boleh agak 15 minit terakhir tu sape sebenarnya uncle usin.
5. Ada beberapa scene ‘lawak’ mungkin adalah dari perkara yang sebenar, seperti Julia yang takutkan katak pengubat yang dibawa oleh Spy 13 ni, so nampak muka si Julia ni memang takot katak. Ada juga scene dimana pelakon seperti salah cakap, then ada pelakon lain yang betulkan dan diorang pun gelak. Suppose penonton pun akan gelak bersama perhaps?

6. Jika dilihat dari tubuh Johan, filem ini adalah filem lama, yang lambat ditayangkan. Maaf, Jozan tidak lawak dalam filem ini, sori ye peminat-peminat Jozan, filem ini bukan untuk anda bergelak ketawa bersama artis pujaan anda.
7. Ending? Seperti ada ditulis atas tadi. Klimaks takde. Dan ending adalah sangat mendukacitakan. Nabil nye part berlakon hanya 10 minit terakhir.
Kesimpulannya, kami pun tak tahu apa sebenarnya production company ni nak dari filem seperti ini. Sebab kami yang menonton ni pun, rasa segan dan kecewa apabila menontonnya, apatah lagi mereka adalah orang pertama yang menontonnya selepas habis pengembaraan filem. Banyak lagi cerita di cerekarama TV3 contohnya yang lebih baik dan ada nilai komersial berbanding filem ini. Harapan kami sebelum masuk ke panggung wayang mengharapkan filem ini filem yang amat lawak sebab ada Jozan dan Nabil. Filem melayu tidak akan dipandang tinggi jika filem seperti ini yang dihasilkan.. Maaf, sekian.
ps : Mana la blogger2 dapat sinopsis ni ye : “Kumpulan Spy 13 yang dibangunkan 3 detektif (johan, zizan, nabil) persendirian sangat terkenal kerana berjaya menyelesaikan banyak kes-kes yang ditugaskan. Salah seorang ahlinya juga mempunyai pelbagai keupayaan seperti menerbangkan bola kecil kepada musuh. Dipendekkan cerita, spy 13 diupah untuk membongkar rahsia salah seorang bapa ahli kumpulan sendiri dan mereka mendapati 1 konspirasi besar sedang berlaku, menyebabkan mereka perlu mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan konspirasi tersebut.Sangatlah bukan jalan cerita yang sebenar~

   
credit : kakiwayang.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2012 03:19 AM | Show all posts
i nk kasi -10 bintang.. buat perabih duit i jer nokssssss....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:46 AM | Show all posts
aku lawak filem melayu aku rasa lawak macam buat2
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:42 AM | Show all posts
rendahnya rating uols .. tunggu kat astro pertama jelah ..pastu copy dr member jelH ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:46 AM | Show all posts
biasalah lawak filem melayu, bajet nak buat filem cam Jim Carrey yang berlakon, semua sampah.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:47 AM | Show all posts
jangan lupa nntkan di Youtube, saluran free anda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 08:05 AM | Show all posts
tgk tajuk cite pun , dh tk komersialllll...huwaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 08:09 AM | Show all posts
tak tau pon cite ni tayang kt wayang . errrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 08:49 AM | Show all posts
tak best langsung cite ni...nyesal aku tgk...rugi duit + buang masa aku je :@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 09:08 AM | Show all posts
felem kita: wajah david teo!!! buleh???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 09:12 AM | Show all posts
kesian.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:24 AM | Show all posts
dah lama tak tengok cerita melayu kat wayang.. haih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:41 AM | Show all posts
tgk trailer kat TV pun dah buat aku jadi bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 11:59 AM | Show all posts
Zizan ni mana dengan mengacara, sitkomnya lagi ngan filem lagi tak rehat2 ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 12:08 PM | Show all posts
ari tuh ade baca review filem nih kat berita harian..pon kena hentam teruk..mmg katanyer setaraf drama kat tv..rupe2nye..drama kat tv lebih berkualiti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 01:08 PM | Show all posts
Zizan ni mana dengan mengacara, sitkomnya lagi ngan filem lagi tak rehat2 ke dia ni?
charliestcloud Post at 3-5-2012 11:59


itulah yg menyebabkan dia sakit... kan kena tahan wad akibat radang otot...(kalo salah jgn mare) sekarang dia MC 2 mggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2012 01:17 PM | Show all posts
3 Temujanji : Filem tempatan paling romantik 2012?



Seperti yang saya tulis di fanpage Kakiwayang.com, filem ni adalah filem yang best…tidak la sehebat Ombak Rindu or Nur Kasih tapi lagi best dari Cinta Kura-Kura, Azura or Chantek. So sebenarnya boleh dikatakan berbaloi kalau kita nak menonton filem ini di wayang, lagi2 dengan pasangan la kannn..

Sinopsis :

Mengisahkan tentang Riana, dimana sebab kisah silam maka dia tak percaya lelaki dan buat satu prinsip yang pelik (well, sapa lagi yang akan wat prinsip pelik kalau bukan pompuan kan..=p)…iaitu hanya dating 3 kali je dengan mana2 lelaki, lepas tu sila blah lelaki itu.

Ini kerana pada Riana manisnya cinta hanya pada awal2 saja, pastu lelaki akan jadi membosankan dan wat sakit hati, so sebelum dia sakit hati akibat cinta, baik dia tolak cinta itu sementara ia masih manis dan sweet gituuu (hhm, seems legit).

3 Temujanji : Filem tempatan paling romantik 2012?

Tapi apa jadi kalau dia jumpa lelaki yang sweet dan supercool seperti Pierre Andre? Sebab dok prinsip maka dia terpaksa lepaskan Pierre, and sebab prinsip tu maka dia sendiri yang rugi. Tapi kan prinsip tu dia sendiri yang buat. Ok guys, this is what we call women..=p… aha, so jom tonton 3 Temujanji!!



Apa yang best filem ni?

MIG kali ni bagus sebab menampilkan pelakon2 ‘mahal’ mereka iaitu Pierre, Yana, Diana Amir, Kamal Adli..dan lagi dasat diorang memasukkan juga otai2 lama seperti Pie, Kartina Aziz, Esma Daniel, Farid Kamil..so cam semua muka best, kadang2 rasa cam tonton Sepi or Cinta je.

Diana Amir antara manusia2 yang diterima kalau buat watak terkinja2 neh. Tak tau what kind of sorcery is this, tapi even watak dia macam tu pun still xbrape annoying, ok, maybe sebab dia cute or dia ..em ape tah, tapi kalau tengok dia sejak 3,2,1 Cinta tu cam acceptable la.

3 Temujanji : Filem tempatan paling romantik 2012?

Filem ni arahan Hashim Rejab, tapi sila notice ada banyak pelakon yang experience jadi pengarah dalam filem ni iaitu Pierre, Yana, Esma Daniel dan Farid Kamil. So, pelakon2 ni mungkin banyak membantu dan paham apa yang seorang pengarah mahu dari pelakon. Pierre dan Yana berlakon dengan baik dan buat seolah filem tu memang milik mereka.

Babak paling cool tentulah time Riana tu di’interview’ oleh ahli2 keluarga Mukhsin. Pergerakan tangan tu sesuatu yang cool dan kelakar. I loikkeee..

Filem ni juga mengajar teknik2 untuk berdating yang romantik. Yela, kalau ada 3 temujanji mesti nak buat yang terbaik kan, kasi awek tu tangkap lentok punyee. Yeah, generally watak Pierre create idea macam mana nak jadi bf yang bagus. Kalau anda pompuan, mesti nak bawak pasangan tengok crite ni punya la.

Kalau Kabir Bhatia tak buat  filem cinta yang lebih baik tahun ni, filem 3 Temujanji mungkin akan memegang title filem paling romantik untuk 2012…=)



Apa yang kureng filem ni?

Generally the whole idea filem ni pasal prinsip yang selekeh tu. Which rarely happen. Lelaki akan rasa cam, apekah ini, bukan pompuan lagi banyak dari lelaki ke. Dan bukan lelaki ke yang lagi suka short-term relationship berbanding wanita, dan pompuan biasanya sangat setia. Anda akan paham ni kalau layan 9gag.com. Watak Zul n Cat dalam filem ni sangat loser. Tapi lepas tengok filem ni, syok jugak la rupanya, kalau tak pelik tak jadi cerita.

Lakonan Wawa Zainal cam patut repair lagi. Masa kene propose tu cam cepat sangat nak habiskan babak, dan masa dia jumpa Riana tu cam ‘bila plak babak kau nak habis ni’. Yup, dia cantik tapi time babak akhir tu nampak sangat dia asyik2 pandang atas dan kebil2 mata 1000x supaya keluar air mata. Oh ye, mungkin Lisa Surihani di ending Ombak Rindu patut dijadikan rujukan supaya babak itu nampak lebih berkesan.

3 Temujanji : Filem tempatan paling romantik 2012?

Kamal Adli pun cam hensem, tapi babak dia merayu kat Diana Amir time dalam butik tu cam xbrape jadi. Dia pun xbrape nanges. Adalah lebih berkesan kalau dia nangis time tu. So, to Kamal Adli, boleh improve lagi la supaya jadi cam Aaron Aziz kan, nangis still nampak macho..haha..

The idea of Impian Yana nak bawak kereta sebenarnya lagi bagus kalau ganti dengan benda lain. First bila dia kata dia xpandai bawak kereta, ia akan menimbulkan lebih banyak soalan terhadap babak-babak sebelum itu. Dimana dia ni businesswoman, tapi takde kete cam leceh kot, dah la xnampak driver or teksi ke dalam filem ni, dan perabot rumah dia adalah super-kaya tapi xde kete. Then dalam satu hari, belajar bawak BMW, terus boleh. Cam agak foul dan kurang logic di situ, baiklah ganti impian dia tu dengan belajar bawak lori ke,buat kek ke, paragliding ke, main jongkang-jongkit ke, so persoalan2 elektif itu tidak muncul..hoho..

Ops, dah terpanjang pulak, harap2 review ni dapat membantu memberi gambaran tentang filem ni, mana yang dah tengok tu meh2 la share comment/pandangan anda tentang filem ni…

credit : kakiwayang.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 01:23 PM | Show all posts
Reply 17# etonjelita


   cite ni i kasi 3 bintang.. lawak la jugak... ditambah kesengalan diana amir tu.. kira hidup la story ni... tp i x pegi pun panggung wayang i tgk dr MHOmuvee.blogspot jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 02:16 PM | Show all posts
bosannya Yana Samsudin ni, dia ni yg suka jerit tu kan... anoyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:21 PM | Show all posts
Reply 19# AzzaAzman



for me ok jer yana tu.... i like her... tp 1 dia bebas dr gossip2 liar... setakat gossip gitu2 jer ....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.264613 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list