View: 4691|Reply: 13
|
Majalah Ala Vogue Versi Tutup Aurat di Turki
[Copy link]
|
|
Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh.
Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah.
Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.
Ala – bermaksud “paling cantik” – hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.
Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.
“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan. Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.
Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.
Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.
Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman.
Kredit: http://amekaw.com/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masih memperlihatkan bentuk badan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah makin banyak majalah sebegini dipasaran sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata letak modelnya berpurdah sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah segak n lawa pakai purdah pon leh taw derrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Majalah a la vogue yg menutup aurat di arab saudi xde ker? |
|
|
|
|
|
|
|
menarikk
|
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia dah berlambak majalah fesyen hijabista . |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pon berlambak ler... |
|
|
|
|
|
|
| |
|