CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Updated: Siti himpun 10 komposer dan penulis lirik selama tiga hari (pg.12)

[Copy link]
Post time 14-3-2013 06:56 PM | Show all posts
ala sikitnya...RM20,000 je ke ...duit berjuta2..nk bwk ke kubur kerr... phuiiihhhh kedekut pahit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 07:08 PM | Show all posts
oii paling afdal buat kenduri doa selamat bukan melalak atau menari terkinja kinja.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 08:25 PM | Show all posts
chazey: tudung seperti itu bukan ka dilaknat ummah?tidak labuh enough untuk menutupi buah dada katanya.


Tidak lah dilaknat tapi lebih afdal la sedikit daripada jambul.
Alhamdulillah step by step.. hidayah datang peringkat peringkat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:11 PM | Show all posts
emmm yg mengutuk siti kedekut pahit tu...tau la manusia spesies apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:26 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. moga murah rezeki kepada semua yang menderma... terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:12 PM | Show all posts
perlu ke tunjuk cm ni kalau nk sedekah ct oooooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2013 11:22 PM | Show all posts
siti makin comel sekarang..
untung datuk k..
sejuk mata memandang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:32 PM | Show all posts

“Harap masyarakat di luar sana boleh menghulurkan bantuan kepada tabung ini. Jika tidak boleh beri sumbangan dalam jumlah yang banyak, sedikit pun tidak mengapa. Kalau bukan dalam wang ringgit, mereka juga boleh berdoa agar setiap anggota keselamatan yang bertugas berada dalam keadaan selamat,” ujar Siti lagi.

nice quote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 07:52 AM | Show all posts



sat nampak gemoks...
sat nampak kurus balik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 09:10 AM | Show all posts
Syukur alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki dan anak pada tahun ini. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 09:17 AM | Show all posts
mgkin tokti ingat arwah bapaknya kot...kan bapak nya polis....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 09:34 AM | Show all posts
tahniah....buat benda baik ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 09:47 AM | Show all posts
alhamdulillah dah kaya pun tak lupa nk ingat org2 yang lebih memerlukan. moga makin murah rezeki.amin

ok ler tu dah pakai tudung lengkap(nak komen gak pasal tudung - terikut-ikut ngan derang2 kat atas ni)
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 10:07 AM | Show all posts
makin sayang kat siti..
sentiasa prihatin dan hulurkan bantuan..
malah dalam Siti talkshow pun ada diselitkan segmen Sentuhan Kasih, segmen khas untuk membantu mereka yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 11:13 AM | Show all posts
Alhamdulillah...semoga murah rezeki CT ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 11:56 AM | Show all posts
Patriotisme anak polis

2013/03/15 - 19:25:32 PM Farihad Shalla Mahmud | farihad@bharian.com.my Cetak Emel Kawan
  

Datuk Siti Nurhaliza
Siti selar pihak perlekeh jasa perajurit negara, mahu nasib anggota keluarga wira gugur terus terbela

"Pahlawanku, pergilah berjuang untuk bangsa, jangan ragu, namamu tetap dipuja. Biar mati, sebagai pahlawan yang sejati, jangan undur, jasamu kelak bertabur."

Lagu Pahlawanku yang pernah dinyanyikan semula olehnya jelas menggambarkan semangat patriotisme yang ada dalam diri Datuk Siti Nurhaliza. Ketika diajak berbicara soal pencerobohan Lahad Datu dan Semporna, Sabah, Siti cukup bersemangat membela nasib perajurit yang gugur, begitu juga yang setia berjuang di sana.
Sebagai anak bekas anggota polis dan juga askar wataniah, Siti kagum dengan pengorbanan ditunjukkan pasukan keselamatan negara. Justeru, apabila ada pihak memperlekehkan perjuangan mereka menentang musuh, dia menyelar tindakan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Perbuatan mengkritik dan memperlekehkan pasukan keselamatan di sana bagi Siti ialah perbuatan yang tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana adanya pejuang seperti mereka yang sanggup tampil ke hadapan dan menggadai nyawa demi mempertahankan negara.

“Adalah lebih bermanfaat jika kita membantu mereka dengan memberikan sumbangan.
Kalau tak dapat banyak, sedikit pun tak mengapa, ikut kemampuan kita. Kalau tidak, kita kirimkan saja doa. Selama ini kita hidup aman damai kerana mereka, jadi tak perlulah nak senang-lenang mengkritik mereka,” kata Siti ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM10,000 oleh syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan SimplySiti Sdn Bhd, kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima di Sri Pentas, Bandar Utama, kelmarin.

Sumbangan itu disampaikan Siti kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar.
Puji tindakan pantas pemimpin


Mengakui mengikuti perkembangan insiden itu setiap hari, Siti turut memuji tindakan kerajaan yang pantas membuat keputusan ketika negara berdepan saat genting.

“Siti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama memanjatkan doa. Begitu juga Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri kerana bijak membuat keputusan, serta tidak berdiam diri terutama apabila membabitkan soal keamanan,” ujarnya.

Pada masa sama, Siti juga tersentuh dengan nasib balu dan anggota keluarga yang ditinggalkan perajurit yang terkorban.

“Walaupun sedih dengan pemergian mereka, tapi buat balu dan ahli keluarga yang ditinggalkan, mereka harus bersyukur kerana pemergian mereka tidak sia-sia.

“Siti percaya kerajaan juga sudah menyediakan peruntukan setimpal dengan apa yang mereka berikan. Siti harap, nasib ahli keluarga yang ditinggalkan ini akan terus dibela.
Kehidupan harus diteruskan dan semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia,” ujar penyanyi ini.

Rawatan susulan ke Jerman?

Seperti biasa, setiap kali bertemu Siti, soalan mengenai keadaan kesihatan terkini suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, tidak ketinggalan diajukan.

Khabarnya, Siti akan membawa suaminya ke Jerman untuk rawatan susulan. Mengulas perkara itu, Siti berkata, ia masih dalam perancangan dan belum lagi diputuskan.

“Buat masa ini suami Siti masih menerima rawatan fisioterapi di sini. Masih ada bahagian yang patah belum pulih sepenuhnya.

“Mengenai rawatan di Jerman, ia bukan rawatan susulan kerana kecederaan serius. Sebaliknya, ia lebih kepada percutian dan pada masa sama membuat rawatan fisioterapi. Ia lebih kepada pelancongan kesihatan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan Khalid sendiri. Kalau doktor benarkan, barulah kami pergi,” ujar Siti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 11:59 AM | Show all posts
tak kisah lah dua ratus ke dua ribu ke dua puluh ribu ke dua ratus ribu ke
dia dah pun menderma
kita bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 12:01 PM | Show all posts
alhamdulilah
semoga rezeki bertambah bila dah menderma
semoga lagi ramai yang menderma
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 12:21 PM | Show all posts
sedekah : tangan kanan memberi.. tangan kiri x pasan pon.. just renungan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068016 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list