CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13221|Reply: 119

Lebih Baik Demand Daripada Mencuri – Adi Putra

[Copy link]
Post time 3-4-2013 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Dalam pada aktor kegemaran ramai ini menjadi rebutan para pengarah juga produser serta namanya di puncak popular, tiba-tiba saja Adi Putra terpaksa berdepan dengan gosip terbaru, dia sekarang dikatakan sudah semakin demand (semakin meletakkan harga bayaran tinggi).

        Bertemu dengan pelakon versatil ini di malam gala filem lakonanya, Langgar, bertempat di e@curve malam tadi, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada tuan empunya badan, mengenai sejauh mana kebenaran gosip tersebut.

        Menurut Adi, dia tidak melihat isu berkenaan sebagai satu perkara negatif malah langsung tidak menjejaskan nama baiknya, sebaliknya Adi menganggap ia satu perkara yang positif.

        "Saya bersyukur cerita sebegitu terkeluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan beerti ada orang yang ambil berat tentang diri kita dan kita masih dalam perhatian. Saya tidak melihat ianya (gosip tersebut) negatif tapi lebih pada positif.

        "Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak. Saya bukanlah meminta sesuatu harga yang sebegitu atau sebegini bagi tujuan dipromosikan... Bagi saya, kalau sesorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam. Bagi saya, terpulang kepada perspektif orang", kata Adi Putra sekaligus menjawab gosip di ruangan pojok sebuah akhbar edisi Ahad baru-baru ini.

        Dalam laporan akhbar BiPop itu menyebut, Adi kini sudah semakin berani meletakkan harga tinggi (demand). Dakwaan tersebut semakin hangat apabila kononnya Adi diundang untuk muncul dalam sebuah program hiburan, namun bintang filem Langgar ini mempersoalkan mengenai apa manfaat yang akan diperolehi menerusi kemunculan tersebut dan berapa harga yang akan dibayar kepadanya, sekiranya dia muncul.

        Tambah Adi, isu ini tidak sedikit pun menjejaskan nama baiknya. Malah dengan nada tegas, Adi memberitahu dia terbuka menerima berita gosip tersebut.  

        "Saya tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan. Tapi kalau terlihat satu keburukan dari diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.

        "Saya terbuka dengan isu ini. Mungkin juga tiba-tiba saja isu ini timbul di sebabkan saya kini dalam perhatian. Itu saya tidak tahu lah...

        "Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri. Jadi terpulang pada anda, samada mahu memilih nak demand atau mencuri", katanya.


http://iphone.malaysiandigest.com/entertainment/303712-gosip-makin-demand-lebih-baik-demand-daripada-mencuri-adi-putra-adpadiputra-adputrahot.html


Last edited by RatuDunia94 on 3-4-2013 05:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
biarla abg enal nk demand pn..die bkn retis sjuk beku nk byr murah2..kalo rase xmampu,xpyh amek abg enal blakon..p la amek retis sendu lain..ape yg susahnye?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tmbh lg 1..abg enal reti blakon oke!bknnye jnis kayu bakau..so,nk byr biarla bbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:04 PM | Show all posts
ok lah kan .. dia pun macam buruh gak kale ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:13 PM | Show all posts
rasa ok la kot..sebab dia pun da ada nama sendiri dan dia pun bermula dari bawah..tak salah dia nak demand since tgh laku
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:17 PM | Show all posts
dia ensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 06:31 PM | Show all posts
kena ada harga, baru orang hargai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:38 PM | Show all posts
Adi Putra = worth every penny Kalau dia demand, bermakna dia ' berani ' dan menjaminkan ' kualiti ' di dalam lakonannya mahupun appearance nya di dalam apa jua program.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 06:52 PM | Show all posts
biarla dia nak demand. orang yang berkerja pun tiap2 tahun naik gaji. x kan berlakon bagus bayar dok tu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:16 PM | Show all posts
Abg Nal sungguh kacak.ohh,sengsara aku dibuatnya.hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:29 PM | Show all posts
mmg patut pun demand... bukan baru sehari dua dia berlakon pun...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:42 PM | Show all posts
Aku prefer AP compare AA. Dia nak demand tak kisah la janji blh jual filem. Kalu meletop smp box opis mesti pulang modal kan? Go AP!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:47 PM | Show all posts
Demand jgn x demand... Asalkan pandai pilih skrip.  Jgn nak main sapu jer mcm org tuh... AA
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:48 PM | Show all posts
tak salah pun dia nak demand sebab dia dah lama berlakon & lakonan dia bagus..
berbaloi pun kalau ambik dia berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:08 PM | Show all posts
aku setuju. btw nape pggl abg nal?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:09 PM | Show all posts
zainal arif!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon bagus... Oklah kalau AP demand...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:18 PM | Show all posts
masnona posted on 3-4-2013 08:08 PM
aku setuju. btw nape pggl abg nal?


soklan yg sama nk tau

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:20 PM | Show all posts
lotionmilo posted on 3-4-2013 08:09 PM
zainal arif!!!!

NAMA SEBENAR DIE KE? ALAHAI....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:38 PM | Show all posts
Zainal Arif - nama watk ady dlm Sehangat Asmara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074839 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list