CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5719|Reply: 20

Pengacara dan Hos TV Baru, Mula Buat Hal

[Copy link]
Post time 24-4-2013 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perihal pendatang baru tak kiralah selebriti, pengacara TV, penyanyi mahupun pelakon buat hal selepas dirinya mula popular, bukanlah cerita baru dalam dunia show business tanah air.

Perkara yang sama juga turut terjadi kepada seorang pengacara TV baru sebuah program bual bicara khusus buat wanita yang khabarnya sudah mula buat hal dengan produksi rancangan kegemaran ramai terutama bagi penonton berjiwa urban.

Murai Batu di beritahu, pihak produksi rancangan itu sedang pening kepala melayan kerenah pengacara TV baru itu yang khabarnya terlalu banyak ragam sehingga menganggu tanggungjawabnya sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Nak dijadikan cerita, Murai Batu dapat tahu diawal pembabitan pengacara TV itu, namanya langsung tidak dikenali. Apatah lagi untuk mendapatkan kerja sampingan di luar lokasi seperti sekarang.

Namun selepas beberapa pendedahan dan publisiti yang telah diberikan produksi berkenaan kepada pengaracara TV itu, dia mula menjadi perhatian dan sejak itulah dia mula liat untuk memberikan kerjasama dengan rancangan itu.

Khabarnya sekarang, pengacara TV berkenaan mula sibuk dengan kerja pengacaraan untuk beberapa majlis di luar dan juga sesi fotografi bagi majalah fesyen mahupun kecantikan.

Malah alasan itu juga telah digunakan oleh pengacara TV berkenaan untuk mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara rancangan yang telah banyak memperkenalkan namanya.

Murai Batu agak kecewa dengan sikap pengacara berkenaan kerana Murai batu sendiri sering mengikuti perkembabngannya di kaca TV dan kebelakangan ini Murai Batu jarang melihat wajahnya di dalam rancangan itu.

Mungkin juga Murai Batu tersalah tafsiran atau tidak memahami jadual bekerja pengacara TV baru itu, tetapi apabila diberitahu tentang hal ini, Murai Batu rasa semuanya ada kebenarannya juga.

Dalam hal ini, Murai Batu tidak boleh mempersalahkan produksi rancangan bual bicara berkenaan, kerana sebagai salah seorang pengacara yang dilantik, dia perlulah mengikut peraturan dan memberikan komitmen 100 peratus.

Bukannya dengan memberikan alasan yang bukan-bukan untuk mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengacara TV.

Malah Murai Batu dapat tahu, produksi TV berkenaan langsung tidak berhadapan dengan seorang pengacara TV lebih senior daripadanya. Sebut saja bila dan di mana khidmatnya diminta, pasti hos itu akan menjalankan tanggungjawabnya sehabis baik.

Masalah yang sama bukan sahaja dialami produksi TV rancangan berkenaan kepada pengacara baru itu, malahan juga beberapa pengacara sebelumnya. Bagaimanapun keadaannya masih lagi terkawal.

Bagi Murai Batu, mungkin sudah tiba masanya, produksi berkenaan mencari pengganti kepada pengacara TV bermasalah berkenaan supaya memudahkan segala urusan kerja.

Murai Batu: Biasalah pengacara baru. Ketika mula-mula minta kerja sanggunp memberikan 100 peratus komitmen. Tapi selepas popular, habuk pun taka da.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 09:52 AM | Show all posts
ntah siapa la. malas nk teka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:25 AM | Show all posts
lofa???? program nona??? biar betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:41 AM | Show all posts
Perkara yang sama juga turut terjadi kepada seorang pengacara TV baru sebuah program bual bicara khusus buat wanita yang khabarnya sudah mula buat hal dengan produksi rancangan kegemaran ramai terutama bagi penonton berjiwa urban.


program bual bicara utk wanita skang nih popular cuma primadona jer..nona program bual bicara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:46 AM | Show all posts
coconico posted on 24-4-2013 10:25 AM
lofa???? program nona??? biar betul

NONA bukan program BUAL BICARA.
Bual Bicara macam Primadona di mana terdapat beberapa orang hos
duduk membicarakan sesuatu topik semasa, berkaitan wanita.
Lopa dalam NONA tidak berbual bicara.
Dia dengan fau-fau jadik pengacara program.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:47 AM | Show all posts
salah seorang pengacara rancangan yang telah banyak memperkenalkan namanya.



rancangan ni byk pengacara kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2013 10:49 AM | Show all posts
sis ke?
yang sume pkai tudung tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:50 AM | Show all posts
iols parking dulu.. esok esok tengok balik kot dah ada jawapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 10:58 AM | Show all posts
Mesti di awal-awal dulu host ni ambil saja kerja ni walaupun di tawarkan gaji yang rendah, dengan niat bila rancangan tu popular nanti boleh lah gaji di naikkan. Berganding pula dengan host yang popular dan berpengalaman mungkin jadi mungkin dia dapat tau perbezaan bayaran jauh ketara, jadi dia ada hak untuk minta kenaikkan atau demand. Tapi mungkin bila dia minta kenaikkan dan pihak production tak ambil peduli jadi lebih baik dia undur diri dan fokus kepada produksi yang sanggup bagi bayaran yang lebih berbaloi, pendapat saja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:02 AM | Show all posts
sapa katakan siapa
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:07 AM | Show all posts
sapekah????
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:26 AM | Show all posts
X TERCAPAI AKAL PIKIRAN ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:32 AM | Show all posts
susah nak teka...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:36 AM | Show all posts
pengacara saffiya kah??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:51 AM | Show all posts
pengacara TV baru sebuah program bual bicara khusus buat wanita


1. primadona
“Sedia maklum  program Primadona ini adalah rancangan khusus buat kaum wanita yang menampilkan empat hos atau panel terdiri dari Erra Fazira, Raja Azura, Ziela Zalil dan Rozita Che Wan yang bakal mewarnai program ini sepanjang ianya disiarkan.


2. SIS
Dua program baru yang pasti menarik minat golongan remaja ialah Semangat Intelek Swadaya atau panggilan ringkasnya SIS, yang akan mula disiarkan pada setiap Sabtu, jam 11.00 pagi bermula 26 Januari ini. SIS akan diterajui oleh tiga personaliti baru seperti Anne Ngasri, Diana Amir dan Shabana.


3.OMG @Diva astro
Baru-baru ini telah berlangsungnya sidang akhbar untuk pelancaran program terbaru di Astro DIVA Universal iaitu sebuah program bual bicara tempatan, OMG. OMG merupakan program berkonsepkan bual bicara tempatan khusus untuk wanita ini bakal dihoskan oleh gandingan hebat selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim.


4. Wanita harini
Memasuki ulang tahun ke-12 siarannya, program terbitan TV3 'Wanita Hari Ini' (WHI) telah memperkenalkan pengacara barunya yang merupakan salah seorang peserta 'Top Host' 2010. Gadis bertuah yang dikenali sebagai Nabihah Rosdi ini telah memulakan tugas pertamanya dengan WHI bermula semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:24 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 24-4-2013 10:49 AM
sis ke?
yang sume pkai tudung tu?

kalau sis, mesti murai mention program bual bicara ala2 islamic sbb pengacara semuanya bertudung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 01:12 PM | Show all posts
yg pasti bukan primadona..

next...ahahha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:18 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 24-4-2013 10:46 AM
NONA bukan program BUAL BICARA.
Bual Bicara macam Primadona di mana terdapat beberapa orang hos
...

yo ko...? silap org la? kene teka lagi ni. hehe... sekarang lofa teramatla terhangat especially kat benang seblah. dayyummmm!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:19 PM | Show all posts
nextttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:18 PM | Show all posts
Perkara yang sama juga turut terjadi kepada seorang pengacara TV baru sebuah program bual bicara khusus buat wanita yang khabarnya sudah mula buat hal dengan produksi rancangan kegemaran ramai terutama bagi penonton berjiwa urban.


Kalau program bual bicara yg penonton nya berjiwa URBAN, aku rasa macam prog BELLA kt NTV7 tu jer...



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.085643 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list