CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
Post time 19-6-2014 03:15 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-6-2014 03:59 PM
Aku sebelum kawen kena..
Lepas kawen pun kena..

hahahha..aku da biase kena..dr drjah 3 lg..mse tu aku tido sesorang..ayah aku askar so sllu pindah randah...ade satu mlm tu..aku demam..mak aku duk bilik lain,pastu tetbe bende tu urut2 aku...pastu tnya aku..sakit ya..pastu aku jwb la pening..die urut2 aku..hahaha...smpai skrg nie..klu aku demam or sakit..mak aku xberani teman,die ckp seram..pastu die ckp rase org jage aku..hahahah..opah aku ckp..bukan saka kut tp myb die kesian tgk aku xde spe jage mse demam..hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ckenj posted on 19-6-2014 03:15 PM
hahahha..aku da biase kena..dr drjah 3 lg..mse tu aku tido sesorang..ayah aku askar so sllu pindah ...

Peh! Ko nih lagi angker..

Pindah randah tu yg best tu, bnyak citer ko dpt..

Bukak thread la weh.. Share pengalaman ko.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 04:09 PM | Show all posts
non.sari posted on 13-4-2014 12:21 PM
Assalamualaikum.. Selamat berhari ahad!

1st of all aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi ba ...

tak la..rezeki sebenarnya, tiada makluk tuhan leh kawal rezeki dr tuhan..yg penting ko berusaha..gambatte kudasai..hehhe..owh ya,pasal mmpi baby tu..ko dukung baby lelaki ke perempuan...if laki,org tua ckp bajang ke ape tah...so tu cm antu la..so xelok, klu perempuan...rezeki..xper yg penting pecaya pada rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 04:10 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-6-2014 05:05 PM
Peh! Ko nih lagi angker..

Pindah randah tu yg best tu, bnyak citer ko dpt..

aku malas nak manaip pepjg mcm ko nih..nt org xpaam bace ayat aku.hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 04:18 PM | Show all posts
zilaila posted on 23-4-2014 07:51 PM
pernah kak...dari saya kecik hingga la ni..satu family saya dah besa bnda2 ni...ada post yang sy r ...

kita nk share la tempat rwatan ni dr ust syarhan yg sellu di jemput di tv9 iaitu segmen tanya la ustaz..dan sellu jgk di jemput di al-kuliah tv3...
Zamdurrani
HARI & WAKTU RAWATAN :SISTEM PENDAFTARAN :
WALK-IN SAHAJA, TIADA SISTEM TEMUJANJI
KESEMUA PESAKIT YANG MENDAFTAR AKAN
DIRAWAT PADA HARI YANG SAMA
PEJABAT UTAMA CHERAS

URUSAN PEJABAT/JUALAN PRODUK
ISNIN-JUMAAT 10PG-5PTG

HARI RAWATAN
SETIAP HARI RABU
12TGHR-10MLM
SETIAP HARI JUMAAT
6PTG-11MLM.
(TIADA RAWATAN PADA HARI LAIN)


HARI CUTI
SABTU & AHAD

HOTLINE (10AM-5PM ISN-JUM)
017 649 9818
017 290 7595


ALAMAT :
PUSAT RAWATAN ISLAM
SINAR ZAMDURRANI
12-1 PUSAT NIAGA VELODROM
JALAN DATARAN VELODROM
OFF JALAN CHERAS BT4
CHERAS BANDAR TUN RAZAK
56000 K.L


(LOKASI BERSEBELAHAN STADIUM BASIKAL & DOWNTOWN CHERAS)


CAWANGAN SUBANG JAYA

DIBUKA PADA HARI SABTU SAHAJA
TIADA RAWATAN PADA HARI YANG LAIN

HARI RAWATAN
SETIAP HARI SABTU SAHAJA 8MLM -12MLM.

HOTLINE  (10AM-5PM ISN-JUM)
017 322 3365
017 649 9818
017 290 7595



ALAMAT :
PUSAT RAWATAN ISLAM
SINAR ZAMDURRANI
55 JALAN USJ 21/11
UEP SUBANG JAYA
(SHOP LOT 3 TINGKAT)


(LOKASI BERDEKATAN RESTORAN DAYA)


CAWANGAN K.K SABAH

URUSAN PEJABAT/JUALAN PRODUK
ISNIN-JUMAAT 11PG-5PTG


HARI RAWATAN
SETIAP HARI SABTU SAHAJA
9PG -6PTG

HARI CUTI
AHAD

HOTLINE  (10AM-5PM ISN-JUM)
017-899 2178
012 869 8771
017 649 9818
017 290 7595



ALAMAT :
PUSAT RAWATAN ISLAM
SINAR ZAMDURRANI
NO 12, TINGKAT 1, BLOK B
RIVERSIDE PLAZA 1 KINGFISHER
(K.K LAND)
88000 KOTA KINABALU SABAH

(BERSEBELAHAN KEDIAMAN PELAJAR UMS)








2014-03-24 15:42:36
Zamdurrani

SINAR ZAMDURRANI ditubuhkan dengan hasrat untuk sama-sama membantu memartabatkan perjuangan syiar Islam, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti kursus/bengkel/seminar Keagamaan dan khidmat Rawatan Islam dapatlah berkongsi segala ilmu dengan harapan agar bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran Agama Islam, semoga kewujudan Sinar Zamdurrani akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan menunjangi perjuangan Syiar Islam.
Salam. Selamat Datang ke Laman Web kami, untuk semua pelawat web Zamdurrani, Laman web ini merupakan laman web Rasmi Sinar Zamdurrani (www.zamdurrani.dumei.com)  & (www.facebook.com/sinar.zamdurraniHQ) yang mana tidak ada laman web lain/blogger ataupun face book yang telah dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjwb sekiranya ada mana-mana pihak meniru atau menambah fakta yang tidak berkenaan bolehlah hubungi kami
017-6499818/017-290 7595




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ckenj posted on 19-6-2014 04:09 PM
tak la..rezeki sebenarnya, tiada makluk tuhan leh kawal rezeki dr tuhan..yg penting ko berusaha..g ...

Aku tak sure la baby laki ke pompuan.. Tp yg pasti baby lah..
Aku anggap blum ada rezeki je lagi.. InsyaAllah ade la.
Allah bg peluang utk aku laki bini bercinta puas2  dulu.. Huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2014 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
HAnaNAjima posted on 19-6-2014 04:18 PM
kita nk share la tempat rwatan ni dr ust syarhan yg sellu di jemput di tv9 iaitu segmen tanya la u ...

Whoaa!! Thanks hana for sharing this schedule..

Sapa2 yang berminat bole la refer kat jadual ni..
InsyaAllah mbantu..
Segala-galanya atas kehendakNya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 10:47 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-6-2014 12:27 PM
HOMESTAY

Okay cerita lain pulak berlaku kat homestay.. Cerita mungkin ringkas tapi still ada sera ...

tq non.sari mengupdated citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 27-5-2014 08:31 PM
pehh..super duper berani ko dik..

padahal akak main-main je bagi petua tu..

Qt lagi takut selubung.. sbb kecik2 dulu disogok jgn selubung.. nnt antu ungat dahmati.. so antu angkat... hahahs.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 05:37 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-6-2014 06:38 PM
Whoaa!! Thanks hana for sharing this schedule..

Sapa2 yang berminat bole la refer kat jadual ni ...

Sama2...hanya tu je yg hana mmpu tlg and share...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 03:26 PM | Show all posts
ty sudi share...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 03:38 PM | Show all posts
HIWAY LEKAS

oke. ini pengalaman dari kawan aku yang mana benda ni terjadi dekat hiway lekas senawang-kajang. tempat arwah achik spin eksiden. masa ni aku masih kerja kat tempat lama aku yang mana masa kejadian ni berlaku aku dah on the way balik ke selatan. masa ni baru abis meeting di senawang.

kawan aku ni aku namakan sajalah sebagai nik. abis meeting kat senawang dia terus pecut ke kl atas sebab apa aku pun tak pasti. yang pasti masa kejadian ni dia bertiga dengan kawan dia. tapi bukan dengan ofismate aku. tak tau lah kawan dia yang mana satu.

kejadian ni berlaku malam dalam pukul 11pm yang mana kebiasaan kami akan abis meeting memang malam pun. kadang-kadang pukul 3 pagi pun tak siap lagi lebih-lebih bila akhir tahun. tapi yang kali ni abis meeting takda la jauh malam sangat, dalam pukul 10pm meeting dah abis.

masa lalu dekat hiway ni seperti yang telah nik ceritakan pada aku, semua berjalan dengan lancar. cuma memang tak banyak kereta la masa tu. lagipun waktu siang hiway tu pun memang nampak sunyi apatah lagi malam. dengan ditemani keheningan malam yang dingin itu, diorang pun borak-borak lah bagi menghilangkan ngantuk dan rasa takut. yelah, yang lalu masa tu kereta dorang je..kereta lain cuma boleh dikira dengan jari.

kebetulan masing-masing borak semua tak ingat dunia. yang cakap kuat nye lain, yang ketawa kuat nye lain, yang menyanyi-nyanyi pun ada. memang meriah lah masa tu. sampai lah satu masa bilamana radio yang dari tadi elok je mainkan lagu bertukar frekuensi nye secara tiba-tiba. bunyik macam radio rosak pun ada. so diorang yang dari tadi meriah macam ada kenduri kat dalam kereta terus diam seribu bahasa. masing-masing memandang sesama sendiri.

tapi untuk tidak nak menampakkan rasa janggal kat situ, masing-masing buat tak faham. buat macam takda apa-apa yang berlaku. nik selaku pemandu masa tu terus saja membetolkan balik frekuensi radio kereta pada tempat yang sepatutnya. 2 orang lagi kawan nik pulak sambung berborak dan ketawa macam biasa.

tengah sedap melayan borak sesama mereka tetiba mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat seolah-olah bunyik  tayar meletop. tapi bila dipikirkan balik oleh nik selaku pemilik kenderaan tersebut, dia baru saja menukar keempat-empat tayar kereta lebih kurang 2 minggu lepas. mana mungkin tayar yang masih berbunga-bunga tu boleh meletop. cepatnya botak?

nik jugak masa tu menolak sekeras-kerasnya yang mungkin dia terlanggar sesuatu di tengah jalan tadi, sebab masa tu mata dia masih segar dan still boleh nampak dengan jelas apa yang ada diatas jalan raya walaupun keadaan masa tu gelap hanya ditemani lampu dari taman perumahan yang ada di sepanjang jalan tersebut dan lampu keretanya saja.

masa tu nik cerita dia memang tak berani nak berentikan kereta dia walaupun didesak dengan member dia berkali-kali. tapi nik memang refuse gila-gila masa tu. masa tu dia rasa betol-betol tak sedap hati. kalo kata nak berentikan kereta ke tepi semata-mata nak tengok tayar dekat tengah-tengah hiway yang sunyi tu memang dia surrender la. takda kudrat dia nak buat benda tu semua.

tetapi malangnya bunyi tayar kereta nik semakin parah. seperti yang nik cerita kat aku, kalo ikut pada dia yang masa tu selaku driver, memang tak ada kepelikan pun masa dia drive. allignment tak lari, tak rasa kereta 'mengempar' ke kiri kanan jalan, takda lah pulak rasa terhoyong hayang nak handle stereng. lancar je macam takda apa-apa yang berlaku kat tayar kereta dia. tapi bunyik tayar pulak yang lain macam. macam bunyik tayar bocor lalu kempis. bukan sebijik tayar, tapi keempat-empat tayar kereta.

mendengarkan bunyik tayar yang semacam itu, ditambah pulak dengan desakan member-member yang dari tadi suruh behenti ke tepi, akhirnya nik terpaksa akur. lepas saja dia parking kereta ke tepi jalan yang sunyi tu, terus la si nik dan 2 lagi member dia keluar untuk melihat keadaan tayar kereta tersebut. lebih memeranjatkan apabila melihat keempat-empat tayar tersebut dalam keadaan elok. tak kempis, tak bocor, masih berbunga-bunga lagi.

itu yang lebih meyakinkan nik bahawasanya bukan tayar yang menjadi masalah malam itu. nik dan member-member dah rasa cuak dah masa tu. malam makin larut, sunyi, sebijik kenderaan pun tak ada, apa lagi cahaya, hanya mengharapkan lampu kereta nik sahaja. masing-masing dah tak sedap hati. tengah masing-masing menonggeng-nonggeng membelek-belek tayar kereta, tetiba ada lori dari arah bertentangan.

nik cerita masa tu memang dia tak perasan pun ada lori datang dari arah bertentangan. tapi bila lori tu tiba-tiba hon berkali-kali siap beam lampu lagi baru lah dorang perasan kehadiran lori tu. bayangkanlah bunyi hon lori macam mana.. tak ke kuat bunyiknya. lepas je terdengar bunyik hon lori, terkejutlah masing-masing. yang menjadi keseraman di situ bila mana pemandu lori tu siap keluarkan kepala and lambai tangan kat diorang sambil jerit,

''woi!! jalan! jalan! masuk kereta! masuk! jalan! jangan berenti..jalan!''

lepas je terdengar jeritan dan arahan pemandu lori tu yang masa tu nik agak bangsa india, terus ke dorang mencicil lari masuk kereta, start enjin dan blah!

dalam kereta semua membatu. masing-masing beku. tak tau apa yang patut buat. nik arahkan masing-masing baca ayat kursi atau apa-apa ayat yang terlintas kat kepala. semua akur. nik cakap dalam selang 5 minit tetiba terbau bau wangi macam bau bunga. nik kata bau macam kat kubur. oke lah, aku tau kot bunga apa. dah bau macam tu makin ditekan-tekan la butang tingkap kereta biar bau tu tak masuk dalam kereta. tapi tetap bau jugak. yang 2 orang member ni dah menggigil dah. tapi mulut still kumat kamit baca ayat kursi.

tak lama lepas tu bau pun hilang, bunyik tayar kereta yang bising tadi pun tak berbunyik lagi dah. sudah nya semua membatu sampailah dah exit kajang. masing-masing tak berani nak bukak mulut. diam seribu bahasa. carik port minum, masa tu lah semua cerita terhambur. rupa-rupanya salah seorang kawan nik ni dah ternampak dulu kelibat perempuan bertudung jalan sorang-sorang tepi hiway masa mula-mula mereka masuk ke hiway.. tapi dia cuma sangkakan manusia biasa je. kot awek balik keje ke..

hurmmm...selalu macam tu kan?

sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:44 PM | Show all posts
non.sari posted on 27-6-2014 03:38 PM
HIWAY LEKAS

oke. ini pengalaman dari kawan aku yang mana benda ni terjadi dekat hiway lekas senaw ...

Ishh..seram
Nasib baik ada lori dari depan bagi amaran
kalau tak tak tahulah apa jadi nnti

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:58 PM | Show all posts
Pernah kene jugak kt Lekas nih. lepas je dr tol senawang klu x silap dengar ade bunyi ketuk2 atas bumbung kereta.  
x berani nak tengok kat cermin. dahla ade 2 anak kecik nasib baik dorg tido je xde buat hal. lame jugak dok ketuk2. MIL kate nasib xde yg tegur kalau x die mengikut smpai umah huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:06 AM | Show all posts
non.sari posted on 27-6-2014 03:38 PM
HIWAY LEKAS

oke. ini pengalaman dari kawan aku yang mana benda ni terjadi dekat hiway lekas senaw ...

TT takde cerita baru ke? tiba2 teringat cerita2 non sari yg best2 dulu...rindu pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 04:12 PM | Show all posts
hatikudus posted on 9-12-2014 11:06 AM
TT takde cerita baru ke? tiba2 teringat cerita2 non sari yg best2 dulu...rindu pulak

penat draft cerita, laptop kene format..
husband akak tak simpan barang akak dikkk, abis musnah semua nya...
sedihhh...

insyaAllah, akan korek balik cerita bila ada kelapangan..
terima kasih sudi rindu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:27 AM | Show all posts
miss u kak non
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke citer kat non.seram:Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 11:34 AM | Show all posts
zilaila posted on 23-12-2014 01:27 AM
miss u kak non

ahha! miss u too...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 11:35 AM | Show all posts
KurniaCute posted on 25-12-2014 12:47 AM
Suke citer kat non.seram:Q

terima kasih..
insyaAllah, ada kelapangan kak non share oke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.278652 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list