CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12711|Reply: 77

Anggap murah rezeki sejak cat kereta warna emas..Hairul Azreen percaya fengshui?

[Copy link]
Post time 24-5-2014 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Hairul Azreen Murah Rezeki Sejak Cat Kereta Warna Emas


.
Pelakon Hairul Azreen, 26, memberitahu dirinya semakin bertuah dan rezekinya bertambah murah selepas menukar warna keretanya kepada warna emas, sejak beberapa tahun lalu.
Bersyukur dengan kehidupannya kini yang semakin stabil, pelakon yang mula mendapat perhatian ramai menerusi drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini bagaimanapun berkata masih banyak lagi perlu diterokai dalam dunia lakonan sekaligus mengukuhkan kerjayanya sebagai pelakon.

"Saya perasan sejak saya cat kereta lama saya, kereta jenis Iswara dengan warna gold (emas), saya selalu bertuah. Itu pun saya buat demikian selepas saranan daripada seorang rakan. Kira macam ikut fengshui lah.

"Tapi saya tidaklah terlalu bergantung dan percaya pada fengshui tu. Saya tahu kesenangan dan rezeki tu tak datang bergolek tanpa kerja keras. Alhamdulillah, sekarang ni berkat usaha gigih saya, semakin ramai menerima lakonan saya. Tapi saya akui masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam bidang ini", katanya yang kini sudah memilik sebuah lagi kereta namun enggan mendedahkan jenisnya.

Hairul ditemui pada sidang media sidang media Selebriti bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Raflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, dia juga mengusahakan studionya sendiri iaitu Hello Studio yang baru dibuka sejak sebulan lalu yang terletak di Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor.

Sementelah dia juga tidak menolak, penampilannya dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' dan ditambah kejayaan meraih gelaran Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 (berpasangan dengan Dazrin) memberi impak besar pada dirinya.
Bermula dari situlah dia menjadi tumpuan peminat hinggakan ada dikalangan mereka sendiri yang menawarkan diri untuk mewujudkan sebuah kelab peminat khas untuk Hairul.

Mula ditubuhkan pada tahun lalu, kelab peminat Hairul diberi nama 'KaptenHairulSkuad'. Jelasnya lagi, nama tersebut diambil sempena trademarknya yang sering dengan lagak gaya ala kapten (gaya tabik) setiap kali memenangi cabaran semasa dalam 'Fear Factor'.

"Sebelum ni saya tak berapa yakin yang saya ada peminat. Hinggalah semasa drama 'Setia Hujung Nyawa' sedang hangat ditayangkan, ada peminat menyatakan hasrat mahu mewujudkan kelab peminat untuk saya. Mulanya susah juga saya nak percaya. Ada peminat ker saya ni?

"Lagipun masa tu saya fikir, buat apa kalau ada kelab peminat tapi tak aktif. Tapi melihat kesungguhan mereka, akhirnya saya bersetuju dan saya serahkan pada mereka dari segi mengatur segala aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli 'KaptenHairulSkuad'.

"Setakat ni ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti bermain paintball. Tahun lalu kami bercuti bersama ke Beijing dan terbaru kami bercuti bersama di Pulau Tioman. Fans club saya ni kalau berkumpul, kami suka jalani aktiviti lasak. Jadi macam-macam aktiviti outdoor yang kami buat bersama", katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama berantai 'Misiku Kuza' musim ke-2.

Perkembangan lain, Hairul menyertai rombongan selebriti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014.

Rombongan tersebut juga disertai empat lagi artis popular iaitu Fizo Omar, Tasha Shila, Miera Liyana dan Kamal Adli. Sepanjang lapan hari di sana, mereka bebas melakukan aktiviti masing-masing sambil bertanggungjawab mempromosikan tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi menerusi laman Twitter, Facebook dan juga Instagram masing-masing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 03:58 PM | Show all posts
kapten la sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:02 PM | Show all posts
"Saya perasan sejak saya cat kereta lama saya, kereta jenis Iswara dengan warna gold (emas), saya selalu bertuah. Itu pun saya buat demikian selepas saranan daripada seorang rakan. Kira macam ikut fengshui lah.

"Tapi saya tidaklah terlalu bergantung dan percaya pada fengshui tu. "

syirik dek non - kejadah nya ko ni
kang kata porumer tu - baik sembah berhala terus
lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh botingkek..sesuai ngan hamis jalika
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:14 PM | Show all posts
Usaha kerja keras macam mana pun, kalau Allah tak bagi, tak mendapat juga.




*nasib baik dia ada sebut alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:20 PM | Show all posts
Yuhu meksim....lama dah xtgk uolss...
berbalik pd topik....kejadahnya kaler gold...byk dpt tawaran segala....makin tahap jamban laa pemikiran retis dewasa ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2014 04:23 PM | Show all posts
bongok la die neh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:25 PM | Show all posts
lakonan dia ni biasa jer kan
watak yg dia dapat pun biasa2 jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 04:58 PM | Show all posts
tidak terlalu bergantung pd fengshui tapi tetap percayakan? sampai kaler kereta jadi emas
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 05:08 PM | Show all posts
cite murahan je ni.ekekekeek
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 05:25 PM | Show all posts
encikWawad posted on 24-5-2014 04:02 PM
"Saya perasan sejak saya cat kereta lama saya, kereta jenis Iswara dengan warna gold (emas), saya se ...

syirik sensitif.

nanti akak changa sebut elohim tuhan yehudi kaum ibrani
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 05:48 PM | Show all posts
aku rasa bukan kereta kaler emas tu yg buat ong...tp boxer ko yg tak basuh2 tu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 07:49 PM | Show all posts
iklan kat radio

daripada saya, kapten Hairul Azreen



ke mmg dia ada capt?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 08:12 PM | Show all posts
Makin macho heshe ini mak teh tengok....
Sesuai la dgn peningkatan usia.

Dulu masa awal2 berlakon ala2 muka anak hikan jah...
Yg dia jd pakwe/hubby abby abadi tuh...lupa mak teh tajuknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Menantu nanisrostam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakainya..

Jawab jela tu rezeki Allah, baik ko tukar agama terus jerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh baru ku tau nm sebenar dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo piang statement
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 10:07 PM | Show all posts
aiyo, parahnya pemikiran
zaman ilmu agama boleh diperolehi dengan mudah, guna jari pon boleh, tapi masih ada orang berpemikiran sebegini
kalau macam tu apa kata ko tukar semua gigi ko, pakai gigi emas pulak, manatau dapat ganti watak the late paul walker dalam 2 fast 2 furious movie franchise
aku hari2 lalu kat kedai emas, nampak kosong n takde orang beli pon
kedai emas tu taw, bukan setakat cat emas
pastu aku tengok orang yg drive kereta warna selain warna emas pon murah jugak rezeki mereka
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah kenapa iols tak rasa muka heols tak sesuai jadi artis, macam takda aura artis. Macam orang biasa je, kalau selisih pun tak cam  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.076933 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list