CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2160|Reply: 9

[Tempatan] Patah tangan lawan peragut

[Copy link]
Post time 29-5-2014 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

http://www.youtube.com/watch?v=tNjfZMWXVzk

Gombak: Seorang wanita patah tangan kiri manakala rakannya cedera di muka, tangan dan lutut selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangan milik salah seorang daripada mereka dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Greenwood, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah sebelum tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki dua lelaki cuba merampas beg tangan milik mangsa yang membonceng.

Menurut sumber, mangsa enggan melepaskan beg tangannya itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka selama beberapa minit sebelum hilang kawalan dan terjatuh dari motosikal.



“Lelaki terbabit yang panik melihat kejadian itu terus memecut laju tanpa sempat merampas beg tangan itu.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal itu patah tangan kiri dan cedera di muka sementara mangsa yang membonceng turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan lutut,” katanya. Last edited by kumbang7 on 29-5-2014 10:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 09:56 AM | Show all posts
kasihannya. takziah. semoga berhati-hati lain kali. sorok beg dalam jaket ke, apa-apa..

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 09:59 AM | Show all posts
peragut sekarang susah nak cari makan dah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:05 AM | Show all posts
bangangnye peragut!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:08 AM | Show all posts
beg tu sorok sebaik mgkn...

dh byk kali aku tgk...
dorg letak beg dlm bakol moto tu..
selamba jek..

aku plk yg risau
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:15 AM | Show all posts
peragut ni mmg patut kene potong ja tgnnya..

klu kamu ada adik2,kakak yg naik moto tu, nasihatknla psg storage boxes,givi ka apa, simpan beg2 tu dlm box, brula bwak, psg pn dlm rm100 lbih aja..

zmn skrg , kena hati2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 11:05 AM | Show all posts
ofismate tgh lenggang kangkung kepit purse di celah ketiak pun dpt diragut ngan selamba peragut tu tarik purse kt celahan ketiak dia dari belakang trus lari...terkelip-kelip member.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:16 AM | Show all posts
susahnye bawak beg/purse sekarang. sana sini bahaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 11:29 AM | Show all posts
mcm muka jep akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:43 AM | Show all posts
kalau aku nampak, mmg aku langgar peragut tu kasik mampus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059099 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list