CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladydolph

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (JEBATMAS LOVE COTTAGE 24) (ULANGAN :ASTRO BELLA 7PM)

[Copy link]
Post time 12-11-2014 11:11 AM | Show all posts
sesaja..tetiba rindu kxtxj..kemanisan jebatmas tetap di hati..
tayangan d astro ria pun nak abis dh..
semoga yg terbaik utk mereka..

#jebatmas #nelynaz forever n ever..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 03:56 PM | Show all posts
dinadzahir posted on 12-11-2014 11:11 AM
sesaja..tetiba rindu kxtxj..kemanisan jebatmas tetap di hati..
tayangan d astro ria pun nak abis dh ...

kan dina... walaupun kita ada SKD... tapi kemanisan bkatc tu lain macam...
kat online pun dah susah nak dapat... kalau dulu selalu layan kat dfm2u tapi skrang dah banyak
episodes yang ditarik balik.. tak tau la kenapa... yang tak best nya episode2 yg abam adik romantik
tahap tak hengat dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 04:57 PM | Show all posts
twins posted on 12-11-2014 03:56 PM
kan dina... walaupun kita ada SKD... tapi kemanisan bkatc tu lain macam...
kat online pun dah sus ...

tula twins..skd pun tak sma dgn bkatc..bkatc ttp no1 d hati iols..wpon org yg sama..tp tak serupa..
bila tgk bkatc hati rasa lain..kemanisann..pandangan mata dorang..erm..tak tau nk ckp..mmg sweet sungguh..
semoga nelynaz kekal d hati memasing..krn jodoh tu kan rahsia Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 04:52 PM | Show all posts
tekejut tgk thread ni naik balik..... korang ada jengok cni rupanya...
cepat pulak rasa bkatc di ria dah nak habis tayangan ulangan...
semalam ep57 ...
so nxt week finale la tu.....
akan merindui bkatc .... kali ni mmg lama lagi la kalo nak ulang pun kan....
tetiba rasa sedih pulak....

looks like cottage 24 ni la yang terakhir utk bkatc ...
terima kasih semua krana memeriahkan cottage ni..... sampai beranak pinak jadi 24 buah cottage cinta .... dan of coz our sister thread, SKD ... harap2 nanti ada lagi la reason nak bukak thread nelynaaz yang baru.. insyaAllah ...

sokongan korang yang tak jemu2 mendoakan dan mengaminkan serta menyokong nelynaaz amatlah dihargai...
keep the support coming!! dan jangan lupa.... fb jebatmas kan ada....

#disinilahirnyasebuahcinta
#ns30
#nelynaaz
#cozUknowY
Last edited by ladydolph on 13-11-2014 04:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:31 AM | Show all posts
ladydolph posted on 13-11-2014 04:52 PM
tekejut tgk thread ni naik balik..... korang ada jengok cni rupanya...
cepat pulak rasa bkatc di ri ...

minggu depan dah episod2 ahir bkatc kat ch Ria...
mmg rasa sebak la kan....dah x leh moyan tiap ari ngan abg jebat...

tp baru td tengok kat astro bella, ada iklan BKATC lagi..hahhah
tayang isnin- jumaat... kol 10am.. tayang 2 episod setiap hari..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 07:46 AM | Show all posts
reddots posted on 16-11-2014 01:31 AM
minggu depan dah episod2 ahir bkatc kat ch Ria...
mmg rasa sebak la kan....dah x leh moyan tiap a ...

laaa ada lagi eh????
yeayyyyyy!!! hahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2014 10:34 AM | Show all posts
ladydolph posted on 17-11-2014 07:46 AM
laaa ada lagi eh????
yeayyyyyy!!! hahahahha

yea.. skang tgh layan ni..
dah ep 7 dah.. episod hubungan hati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:59 PM | Show all posts
reddots posted on 16-11-2014 01:31 AM
minggu depan dah episod2 ahir bkatc kat ch Ria...
mmg rasa sebak la kan....dah x leh moyan tiap a ...

Hari ni episode abam jebat kena tembak ngan airen...
lakunan abam masa episode ni mmg superb... masa menahan sakit kena tembak tu
memang terbaekkkkk....  twins boleh bg sembah ratu kat abam...
episode last tu 1 jam mcm mana Ria nak tayangkan? sekali jalan atau
break into 2 episodes ?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2014 07:57 AM | Show all posts
sempena finale di ria hari ni ..... nak throwback la episode 59 yg epik tu....



(Mas yang panik setelah melihat kecederaan Jebat menelefon Uwais)
Hello.... ha Mas... ada apa kol abg malam2 ni? - Uwais
Abg! Abg! Abg! Abg Jebat kena tembak. Mas tak tau nak buat apa. Mas tak tau nak buat apa.. Mas tak tau nak buat apa ni?! - Mas
Mas tunggu kat sana. Nanti kejap abg dtg. Abg telefon ambulans. Tunggu dengan Jebat tau! - Uwais
Abg! - Mas

...............

Syg, awak siap sekejap - Uwais
Siap? Nak pegi mana? - Hannah
Kita pegi ke kotej jap - Uwais
Kotej? Yelah... saya ambik tudung dulu eh - Hannah
Baik2 naik tangga - Uwais

.....................

Mas .... jaga baby kita elok2 ye Mas - Jebat bercakap dgn terketar2 menahan sakit di pangkuan Mas yang menangis teresak2)
Abg..abg.... jgn dia jadi mcm abg.. abg tak nak.... Mas janji dgn Abg ya... - Jebat
Mengucap bang.... mengucap .. - Mas
Mas, syg abg tak? - Jebat
Sayang - Mas
Mas janji dgn abg .. jaga diri elok2 ya .. - Jebat
Abg jgn tinggalkan Mas! Abg jgn tinggal Mas! Pegang tgn Mas! Abg jgn tido!! Abg! - Mas (tangisan Mas semakin kuat)
Abg!! Abg! Abg!! - (Mas menyembam mukanya ke dada Jebat sambil menangis. Dan kemudian Uwais pun muncul di depan pintu)
Abg long! - Mas

#bkatc #ep59 #finale
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 07:58 AM | Show all posts


(Hannah membawa masuk Mastura yang kelihatan sugul)
Sekarang ni jgn fikir2 lagi ... besok2 la kita ke sana - Hannah
Mas nak abg Jebat... - Mas
Ye.. tapi sekarang ni Angah tak cukup rehat. Angah kena rehat .. - Hannah
Abg tak mati lagi kan? - Mas (menangis)
Angah.. sekarang ni Angah kena berehat ok. Angah tak kesian ke .. bayi dalam perut Angah ni. Kalau Angah kesian, Angah kena berehat k .. Angah nak makan tak? Along ambikkan. Angah tak makan lagi kan? - Hannah (sambil mengucup dahi Mas)
Jebat selamat? - Mak Awa
(Hannah tidak menjawab)

#bkatc #ep59 #finale
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 07:59 AM | Show all posts


(Mas menangis membaca diari suaminya... )

Sygku Mas..... kau tak kawen dgn lelaki sehebat sasterawan yang mampu menulis kalimah cinta. Aku cuma lelaki biasa yang byk kekurangan Mas. Namun lelaki yg serba kurang ni, sentiasa akan rasa dirinya hebat bila berada di sisi engkau Mas. Menikahi engkau adalah perkara terbaik dlm hidup aku. Ketika aku jatuh cinta dgn kau, aku rasakan aku adalah lelaki terhebat. Kau tau kenapa tak? Kerana setiap kata cinta dan syg yang lahir daripada bibir engkau sentiasa buat aku rasa begitu berharga. Kau membuatkan lelaki yg tak punya apa2 ni seperti permata yang bernilai. Kau sanggup lakukan apa saja Mas. Asalkan lelaki ni kau miliki. Biar seisi membenci tapi biarlah kau satu2 nya yg menyayangi.

Mas, selepas kematian ibu dan ayah aku tak pernah mengharapkan apa2 daripada dunia yang kejam ni. Aku tak pernah mengimpikan utk mencintai sesiapa ataupun dicintai sesiapa. Hidup aku ni mudah saja. Aku lakukan apa saja yg mampu memberikan aku kekayaan dan kuasa. Aku hidup dgn matlamat yg esok aku mati takkan ada sesiapa pun yg akan meratapi kematian aku. Biar tempatku di neraka sekalipun aku tak pernah berasa kesal kerana akal dan hati aku yg jahil ini tak pernah ambik peduli. Aku bencikan takdir yang meragut kematian ibu dan abah. Aku rosakkan diri aku sendiri. Jadi spt mereka yang membunuh ibu dan abah. Apa lagi yg mampu aku lakukan?

Syg, andai aku lemah, aku dipijak dan mungkin dibunuh, setiap kali aku ke sekolah, mereka mencemuh aku dgn keturunan yg jahat. Mereka mengejek kematian ibu dan abah sehingga aku tak mampu bertahan. Aku pukul mereka sepuas-puas hati hingga mereka merayu keampunan. Aku puas, aku puas bila cara itu membuatkan mereka goyang. Sejak itu aku percaya kata-kata Uncle Kwan. Jika aku berdiam, aku akan ditindas.

Syg, kerana kematian tragis ibu dan abah aku tak pernah berani membunuh sesiapa. Aku mmg jahat Mas, tapi masih tak berani meragut nyawa sesiapa pun .. namun segala maksiat sebati dlm tubuh dan jiwa hitam ini. Kejahatan membawa aku jauh. Jauh daripada tuntutan agama. Aku tak lagi bersolat. Lidah aku tdk mengungkap kalimah memuji Allah melainkan merasa nikmatnya meneguk air setan. Kedua2 belah tgn aku tak pernah mengangkat takbir kerana leka di meja judi. Kaki yang tak pernah melangkah ke masjid pulak aku guna utk memijak kepala manusia yang lemah yang tak mampu mengikut arahan aku. Betapa rakusnya kehidupan hitam yg aku lalui saban hari, bahkan aku tidak tergamak utk menyakiti hati engkau jika kau tahu betapa ramai perempuan yg pernah aku miliki termasuk Airen. Aku minta maaf kerana hakikat itu pernah membuat kau menangis. Aku bersyukur kerana sebelum aku menutup mata, sebelum ayatku ditarik dan nafas yg dipinjamkan Nya ini dihentikan. Allah telah melimpahi aku dgn hidayah-Nya.

Syg, aku berubah dan tahu bahawa adanya kita di muka bumi ni semata2 utk beribadah kepadaNya. Aku berasa takut, bahawa neraka yg aku anggap ringan itu adalah tempat yg paling dasyat dgn siksaan yg menyakitkan. Aku mula mengimpikan syurga dan ingin bahagia di dalamnya dan mengharapkan kau menjadi bidadariku di sana Mas.

Syg, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana sanggup berjuang mempertahankan maruah aku yg sedikit. Terima kasih utk cinta yg indah itu. Terima kasih kerana kau tetap menerima kekurangan atau sekalipun aku tau, hati kau tercalar menelan hakikatnya, terima kasih kerana menjadi inspirasi dan pembakar semangat aku untuk terus istiqamah dan terima kasih kerana kau sudi menjadi isteri kepada lelaki ini.

Syg, aku ada byk harapan utk kita. Entahkan Allah akan makbulkannya atau tidak, jika ada aku bersyukur. Sekiranya tidak, maka aku redha dgn ketentuan Allah.

Syg, maafkan aku kerana buat kau susah hati. Maafkan aku kerana pernah menyakiti hati dan berkasar. Pernah menampar kau dulu adalah merupakan perbuatan yg aku kesal seumur hidup aku. Maafkan aku sekiranya aku tak mampu lagi menemani engkau saban hari. Dan maafkan aku kerana membuatkan kau menangis dgn coretan ini Mas. Aku tak malu untuk meluahkan apa yg aku rasa. Biarlah aku coretkan di sini sebagai pengganti bicara aku. Aku cintakan kau Mastura. Aku sygkan kau. Aku hargai setiap detik aku bersama engkau, selamanya mencintai engkau ...dan selamanya akan ada dlm hati engkau ...

Ahmad Ziyad Foo .....

(Diari ditutup dan Mas menangis teresak2) ...

#bkatc #ep60 #finale
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 08:09 AM | Show all posts


Tan Sri! Hannah! Jebat! Mas nak bersalin! - Mak Awa
Hahh?! - Jebat
Kita tunggu apa lagi! Cepat!!! - Hannah

(Kalut depan rumah Tok Ayah. Jebat dukung Mas yg dah nak bersalin masuk ke kereta... hahah comel je dorang ni... )

#bkatc #finale #ep60 #tuahiskandarontheway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 08:09 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 08:10 AM | Show all posts


(Mas dan baby keluar dari kereta)
Tutup mata .. - Jebat
k - Mas
Bukak - Jebat
Pelan pelan ....cover kepala baby - Mas
Jap eh... depan cket depan cket je.. - Jebat
(Mas buka mata dan teruja dgn apa di depan matanya.. sebuah rumah teres hujung mewah yg masih belum siap sepenuhnya)
Rumah kita ke? Mas masuk sekarang! - Mas (meluru nak masuk)
Eh belum! belum! Belum Mas..... tak siap lagi. Ko tak nampak ke batang2 kayu tu. Reban lagi. Masuk la bby panas ni - Jebat
Jap..Mas nak tgk dulu - Mas
Alaa Mas..nanti pun boleh tgk..hari2 kau tgk .. - Jebat
Tak boleh masuk dulu ke tgk2 dlm tu - Mas
Tak boleh masuk. Beware of dog . -Jebat
Nape dog? - Mas
Dog .. abg ... - Jebat
Ni abg beli ke, Tok Ayah kasi? - Mas
Mas.. ko tgk muka aku ni .. - Jebat
Tgk la ni - Mas
Tentu la aku rompak Mas .. - Jebat
Abg... - Mas
Mas, aku boss tau sekarang ni. Kau tak nampak ada ciri2 bos ke? Mesti la aku beli. Halus la benda ni. Baby, papa beli kan? - Jebat
Betul ke papa beli? - Mas
Baby! baby! mcm tak puas hati je - Jebat
(Mas gelak tgk gelagat suaminya)
Masuk masuk - Jebat
Thank you papa.... - Mas

#bkatc #ep60 #finale #jebatmasweddedbliss #jebatmaslove
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:30 AM | Show all posts
ladydolph posted on 18-11-2014 08:08 AM



Rindunya kat jebatmas ........
kisah cinta yang 'sukar' dilupakan......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 11:18 AM | Show all posts
hans78 posted on 18-11-2014 10:30 AM
Rindunya kat jebatmas ........
kisah cinta yang 'sukar' d ...

#disinilahirnyasebuahcinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 11:55 AM | Show all posts
ulangan BKATC pun dah nak habis dah...
Bakal merindui Jebat & Mas / Amir & Mia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ladydolph posted on 18-11-2014 08:10 AM
(Mas dan baby keluar dari kereta)
Tutup mata .. - Jebat
k - Mas

Rindunya kat mereka lady,, rindu'jebatmas'...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 02:06 PM | Show all posts




Abg..... Mas sygkan abg sampai bila-bila - Mas (menutup diari Jebat sambil menangis ..tiba2 Jebat muncul di belakang dan memeluknya ...Mas cuba menyembunyikan diari)
Itu abg tau lah.... tapi takkan la sampai nak kena nangis.. layan feeling rupanya eh... Abg minta maaf tadi abg tak dpt teman Mas pegi kubur mama dan papa. Biasa la kerja makan gaji ni ... - Jebat
Takpe - Mas
Dgr tak abg cakap ni? - Jebat
Mmmmm - Mas
Kan abg cakap pegi kerja balik kerja dgn Kak Hannah. Lepas tu balik terus rumah Tok Ayah. Lepas tu Abg jemput dari sana. Kenapa degil sgt ni? - Jebat
Hmmmm? - Jebat
Hmmmm - Mas
Kenapa baca diari abang? hmmmmm .. - Jebat
Hmmm - Mas
Apa hmmm? Kan abg dah cakap baca diari abg bila abg dah tak temankan Mas lagi - Jebat
Yelah..... tp abg selalu sgt sibuk. Abg tak temankan Mas...terpaksa la Mas pegi sorg2 - Mas
Maksud abg... bila abg dah mati - Jebat
Abg! Tak nak la cakap mcm tu. Mas tak suka lah. Mas takut. Tak nak cakap mcm tu k - Mas
Ajal maut semua di tgn Tuhan. Bukan kat tgn org. - Jebat
Ye...mmg betul pun. Yelah ...kalau ..kalau baca lepas abg dah takda nanti, kalau Mas nangis, siapa nak lapkan airmata Mas? Lepas tu, mana la tau kalau Mas yg pegi dulu ke lepas tu abg kawen lain lepas Mas mati ...laki kan selalu mcm tu .. - Mas
Boleh ke? - Jebat
(Mas cubit Jebat)
Allahuakbar! Abg tanya je.. - Jebat
Sukati ati abg la... - Mas

#bkatc #finale #ep60
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 02:07 PM | Show all posts




(Jebat dtg dr dapur sambil membawa sepiring buah kurma)
Nak Mas? - Jebat
Ye? - Mas
Buah kurma. Aku pgi kutip belakang rumah Makcik Sari - Jebat
Nak satu - Mas
Yg ni elok ni. Sedap kan? Dia juicy berjuicy basah cket - Jebat
Sedap - Mas
Abg letak cni eh ... - Jebat
(Jebat meletakkan piring di atas meja di tepinya. Kemudian perhatiannya ditumpukan pada perut Mas yg memboyot)
Assalamualaiku .. baby papa buat apa tu? (mencium perut Mas)
Rasa? Rasa dia gerak? - Mas (teruja bila rasa perutnya ditendang)
Mas! Dia lutut ke apa tadi? - Jebat
Tengok baby papa ni kan... selalu sgt gerak2 tunjuk bakat dia pada papa... - Mas
Ni terror silat ni... - Jebat
Eh? Confident je abg. Ntah2 dia ni perempuan ke ...- Mas
Kalo perempuan apa salahnya kalo dia silat jugak . - Jebat
Tak boleh. Kalau baby girl, Mas nak dia jd lemah lembut, sopan santun, ayu2 sweet2. Tak nak la sepak terajang mcm tu. Tak nak la.. - Mas
Tu la Mas... Ni yg aku tak berapa berkenan ni. Ko salah Mas ...tak kira laki ke, bby perempuan ke, kalo dia belajar seni mempertahankan diri bukan utk dia jd tak betul, tp utk jadi betul, boleh latih mental dia latih fizikal dia...jd leader ...aaaa.. nampak? Jd ketua... Kalau org jahat mcm aku dulu dtg, sekali dia bagi, lari berterabur gigi kutip satu2.. - Jebat
Boleh la bang ... abg... abg rasa kan? Ni anak perempuan ke laki? - Mas
Mas, aku rasa la Mas, bby ni bby laki Mas, bukan perempuan - Jebat
Confident. Nape plak? Kalau Mas nak perempuan? - Mas
Sbb kan Mas, aku dah ada bby besar depan aku ni Mas. Mcm2 Mas, aku kena mengadap Mas. Nak terjun kolam, toreh tgn aku, nak tikam aku, nak telan pil panadol, nak telan Myvi, Lamborghini.. Mas ... satu cukup la Mas.. kalo dua Mas, aku yg telan Mas... keta Tok Ayah semua aku telan .. - Jebat
Ok fine. Tak nak jd mcm Mas kan? - Mas (merajuk la konon)
Alamak merajuk pulak!! Meh cium cket! - Jebat
Ok Ok ok ...- Mas
Eh .. kenapa ni? - Jebat
Abg pegang ni ... - Mas (hulur kurma yg setengah dimakannya tadi)
Pegang? Pegang ke makan? - Jebat
Suka ati la - Mas (Jebat makan kurma tu)
Abg.. sakit pinggang ... - Mas
Meh, baring kat abg .. - Jebat
(Mas berbaring di pangkuan Jebat)
Up kaki .. - Jebat
Jap jap ... - Mas
Aku tolong ... eh.. abg tolong ... boleh tahan jugak berat engkau ni Mas.. - Jebat
(Mas memandang Jebat dgn tajam dan Jebat sengih)
Abg... slow slow.... - Mas (Jebat usap perut Mas yg berbaring di pangkuannya)

#bkatc #finale #ep60
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.527643 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list