CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41206|Reply: 151

Kakak Melissa Saila berjemaah dengan Adlin untuk hencap beliau!

[Copy link]
Post time 14-10-2014 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Kakak Melissa Saila Turut Kecewa Biopik Saloma Aibkan AR Tompel


      

Minggu lepas, waris Allahyarham A.R Tompel atau nama asalnya Aman Ramli Jaafar membuat satu sidang media khas bagi mengkhabarkan dukacita mereka tentang penonjolan watak pelakon tersebut dalam filem biografik Saloma. Hari ini, kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad turut meluahkan kekecewaan tentang naratif penceritaan yang menampilkan sisi negatif pelakon.

Memetik laporan dari Sinar Harian, katanya, pemaparan karakter antagonis tersebut tidak wajar kerana sebagai seorang Islam, penonjolan sisi yang mengaibkan seseorang harus disimpan dan tidak didedahkan.“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.


Katanya lagi, bukan sahaja watak Allahyarham A.R Tompel, malah watak Allahyarham Puan Sri Saloma juga dipotretkan seperti ibu yang tidak menyayangi anaknya dan menyimpan dendam terhadap karakter Norizan yang ‘mencuri’ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

“Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” ujar anak kepada Seniwati Mariani ini. Sambung Rozita, adiknya hanya melakukan rujukan dengan mendapatkan informasi daripada Seniwati Mariani dan kakaknya tanpa melakukan rujukan dari pihak lain.

Sekadar informasi, filem biopik Saloma diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, produksi milik pengarah filem ini iaitu Melissa Saila dan ditunjangi Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff sebagai P.Ramlee dan Azhan Rani sebagai A.R Tompel.






Last edited by xanderz on 14-10-2014 03:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 02:38 PM | Show all posts
dia sendiri ada berlakon kan..
time joget2 pakai kebaya ketat tu..
bukan main berpusing2 lagi dia nya joget...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:41 PM | Show all posts
iya nenek ini ada berlakon menari2 gitu kat kelab.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:41 PM | Show all posts
blinkazwa posted on 14-10-2014 02:38 PM
dia sendiri ada berlakon kan..
time joget2 pakai kebaya ketat tu..
bukan main berpusing2 lagi dia ...

kan sis?
alih2 cerca filem lakonan sendiri.

lama jua babak beliau dok menari pusing2 itu. gigih melissa extend babak lakonan kakak beliau, kalau ikutkan tak perlu lama sangat pun babak itu, kalau takde pun tak apa takat scene joget2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:41 PM | Show all posts
Ngengada........attention seeker.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:43 PM | Show all posts
derghhh..mcm le x bleh ckp dgn adik sdiri. nak ckp jugak thro media.ngengg..!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2014 02:43 PM | Show all posts
yang berlakon dlm filem saloma ni bukan rozita, tp shasha...rozita ni anak mariani dgn hm rohaizad...hm rohaizad ni dulu pengarah filem...sama2 kawan2 dgn ar tompel juga...rozita ni jd penyanyi kjap tahun 80an tp sendu...sasha tu model
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:46 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 14-10-2014 02:43 PM
yang berlakon dlm filem saloma ni bukan rozita, tp shasha...rozita ni anak mariani dgn hm rohaizad.. ...

oh ye ke sis?
ingat kan orang yg sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rs ni drama adlin ngan astro je nk suh biopik ni laku..xkan la adlim nk buat onar ngan astro.kan ke dia pengacara super spontan tu..poyo jer semua ni..kan menjadik?semua org nk tgk citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:46 PM | Show all posts
Changa posted on 14-10-2014 02:41 PM
kan sis?
alih2 cerca filem lakonan sendiri.



yg berlakon jd perempuan joget + perempuan yg keluar dr stesen tg pagar tu yg baju oren...anak mariani yg nama sasha...sasha ni dr kecil stay dgn saloma..

yg komplen pasal movie ni nama rozita rohaizad..yg berdiri di antara melisa (kiri) dan mariani (tengah). sheols penyanyi, bukan pelakon.

meols rasa sheols attention seeker sbb sheols x diinvite utk terlibat kot dlm filem ni... sbb melissa ambil suara liza hanim utk dub suara saloma.. sheols selalu feeling saloma junior sejak 80an.



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:47 PM | Show all posts
Sume nak entreframe, buatlah biopic sendiri, tapi kalo
orang lain kutuk, jangan mare.................  
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak limelight. Hambik kau! Sentap sbb x dpt job berlakon bawak adik sendiri ke kak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 02:54 PM | Show all posts
Changa posted on 14-10-2014 02:46 PM
oh ye ke sis?
ingat kan orang yg sama.



ni lah sasha hamid...supermodel era 80an. anak mariani yg awal2.. watak sheols pun ada dlm saloma..part saloma masuk sepital tu..yg temankan armali sign surat sepital tu... itulah watak sasha..

sasha pun berlakon jd perempuan joget dlm filem ni. sheols still gojes till now
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:01 PM | Show all posts
alahai kecundang betul dapat kaka cem ni

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:03 PM | Show all posts
mariani ni kawen berapa kali? anak2 sheols muka lain2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:09 PM | Show all posts
mariani ni sbnrnye ada bp org husband?
asal anak2 semua binti lain2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 03:13 PM | Show all posts
dark28angel posted on 14-10-2014 03:09 PM
mariani ni sbnrnye ada bp org husband?
asal anak2 semua binti lain2...

Nak tahu, kena tunggu Melissa buat biopic, pasal
Maryani pulak..................
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:23 PM | Show all posts
Tahnyer.....sasha hamid, rozita rohaizad, melisa alias. Banyak beb laki Mariani
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 14-10-2014 02:54 PM
ni lah sasha hamid...supermodel era 80an. anak mariani yg awal2.. watak sheols pun ada dlm sal ...

Lawakny ad jejanz kt blkg tu.iolss xfhm ap kaitan ng model pmpn tu.. perlu ke watak tempelan cmtu bca mag.
P/s-watak tempelan mcm mat rempit jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:28 PM | Show all posts
dark28angel posted on 14-10-2014 03:09 PM
mariani ni sbnrnye ada bp org husband?
asal anak2 semua binti lain2...

mariani kawen 3 kali :

suami pertama – darus -- anak 2 orang : noraini dan normala

suami kedua - h. m. rohaizad  ---  anak 6 orang : sharifah haslinda, sharifah rozita, syed herwaini, syed marhain & syed nazran (kembar) dan syed hasnidan

suami ketiga – alias   ----  anaknya 5 orang : iskandar mierza, shahruniza, ariff efandi, kamarul ariffin dan melissa saila


dari pakcik wiki

Last edited by chekshu on 14-10-2014 03:30 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086516 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list